Mengenal Diri Mengenal Allah-Khalik Dan Makhluk

 

BEBERAPA KESIMPULAN>> 
Asal kata makhluk diambil dari kata-kata halq. Dan kata-kata halq itu diambil dari kata khalik. Dan kata-kata khalik itu adalah khalik. Jadi asal dari khalik kembali lagi kepada khalik.
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI’UN” (Datang dari Allah kembali kepada Allah).
Awalnya Allah, dan ahirnya Allah. Awalnya Tuhan, dan ahirnya Tuhan. Awalnya tidak ada permulaannya, dan ahirnyapun tidak ada penghabisannya.
Kalau ma’rifat kita sudah ta’zmullah, iaitu : tilik seorang arif itu akan kebesaran dan kemuliaan, keagungan sesuatu itu melainkan itu semata-mata kebesaran, kemuliaan dan keagungan Allah aza wazallah jua adanya. Maka intisari daripada itu adalah :  Segala makhluk itu adalah khalik, dan khalik itu sebaliknya.
Dalilnya : SYUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH dan SYUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH, ahirnya SYUHUDUL WAHDAH FIL WAHDAH. Demikianlah pandangan seorang arifbillah.
Jadi kesimpulannya adalah : SEMUA ITU ALLAH, dan ALLAH ITU SEMUANYA. Inilah yang disebut WAHDAH AL UJUD : atau kesatuan UJUD. Demikianlah yang dapat hamba menyimpulkan bahawa : ALLAH ADALAH HAKIKAT ALAM.
RUKUN AGAMA ADA EMPAT FASAL>> Agama islam adalah agama yang murni. Kemurniaan agama itu disertai oleh 4 rukun.
  • Pertama : SYARI’AT
  • Kedua : THARIKAT
  • Ketiga : HAKIKAT
  • Keempat : MA’RIFAT.
Tanpa yang empat macam ini bukan dinamakan agama. Pokok yang empat ini ialah : MA’RIFAT. Dan MA’RIFAT ialah : kumpulan daripada syari’at, tharikat, hakikat. Itulah yang disebut MA’RIFAT.
  • Syari’at ertinya : kenyataan
  • Tharikat ertinya : jalan yang menuju/menyempurnakan syari’at
  • Hakikat ertinya : kebenaran yang sejati dan mutlak
Jadi kumpulan ilmu pengetahuan tentang syari’at dan kesediaannya dengan tharikat, akhirnya akan bertemu dengan hakikat. Itulah yang disebut ma’rifat. Maka nyatalah kepada kita bahawa ma’rifat itu adalah gabungan dari ilmu fiqih, usulludin dan ilmu tasawuf. Kumpulan dari mantik, keindahan dan cinta. Dengan demikian hanya empat fasal inilah yang menyempurnakan agama Allah didalam dunia ini. Jadi tanpa yang empat ini, semua amal ibadah, baik zahir mahupun bathin akan membawa masuk ke neraka. Sebab dalam amal ibadah pasti ada syari’atnya, tharikatnya, hakikatnya dan ma’rifatnya.
Seperti dalam rukun islam ada lima perkara :
  1. Dua kalimat syahadat
  2. Mengerjakan sholat
  3. Puasa pada bulan ramadhan
  4. Mengeluarkan zakat fitrah
  5. Naik haji kalau mampu
Jadi susunannya sebagai berikut dibawah ini :
  • Syari’at syahadat
  • Tharikat syahadat
  • Hakikat syahadat
  • Ma’rifat syahadat
Inilah susunan syahadat yang sebenarnya. Dan rukun islam yang kedua ialah :
  • Syari’at sholat
  • Tharikat sholat
  • Hakikat sholat
  • Ma’rifat sholat
Inilah susunan rukun islam yang ketiga :
  • Syari’at puasa
  • Tharikat puasa
  • Hakikat puasa
  • Ma’rifat puasa
Inilah susunan rukun islam yang keempat :
  • Syari’at zakat
  • Tharikat zakat
  • Hakikat zakat
  • Ma’rifat zakat
Inilah susunan rukun islam yang kelima :
  • Syariat haji
  • Tharikat haji
  • Hakikat haji
  • Ma’rifat haji
Baiklah kita uraikan satu persatu ;
Pertama— Syahadat
  • Syariat syahadat itu ialah : mengucap dengan lidah.
  • Tharikat syahadat itu ialah : pada sholat sejatinya, sedang melakukan tajli kepada Tuhan.
  • Hakikat syahadat itu ialah : hidup/hayat yang sesungguhnya.
  • Marifat syahadat itu ialah : agar supaya merasa dan melingkupi yang mencorong itu dengan zat dan sifat Allah.
Kedua—Sholat.
  • Syari’at sholat ialah : saat-saat berdiri, ruku’, sujud, dan lain-lain.
  • Tharikat sholat ialah : tetap saja dalam kita sedang sholat sejatinya ialah tajli mutlak.
  • Hakikat sholat ialah : telah jelas adanya, alif, lam awal, lam akhir, ha. Katakanlah Allah tak salah lagi.
  • Marifat sholat ialah : harus sampai bertemu dengan Nur Muhammad itu.
Inilah sholat sejati, sebelum kita ini tahu dia sudah ada.
KetigaPuasa.
  • Syariat puasa ialah : kita sudah maklum adanya.
  • Tharikat puasa ialah : menyatu dengan tajalli.
  • Hakikat puasa ialah : puasa yang bergelimang dengan nafsu angkara murka,dan supaya kita berdiri dengan nafsu zat hak ta’ala. ( nafsu yang diridhoi ).
  • Ma’rifat puasa ialah : harus bertemu dengan bulan purnama siddi iaitu terang benderangnya, Tuhan telah bertajalli kepadanya.
KeempatZakat.
  • Syariat zakat ialah kita sudah maklum adanya.
  • Tharikat zakat ialah : harus berdirinya/fana’nya makhluk dari ingatannya, dan harus tajali mutlak.
  • Hakikat zakat ialah : jangan sampai kita lupa atau salah dalam akidah.
  • Marifat zakat ialah : harus mampu atau harus sanggup merasakan hilangnya ujud seluruhnya zahir dan bathin dan menunggal dengan Tuhan ( dalam rahsia ).
KelimaHaji
  • Syariat haji ialah : kita sudah maklum adanya.
  • Tharikat haji ialah : sedang kita sholat atau waktu kita ada dibaitullah ( rumah Tuhan ).
  • Hakikat haji ialah : meleburkan dosa dengan jalan ma’rifat, mengenal Allah.
  • Marifat haji ialah : rohani dan jasmani telah menyatu dalam kesatuan yang utuh/mutlak.
Demikianlah yang dapat hamba sampaikan. Jadi rukun islam itu tadi tiap-tiap satu rukun mempunyai empat fasal. Maka kalau demikian, lima rukun itu menjadi lima kali empat adalah dua puluh fasal. Inilah si empunya sifat dua puluh itu. Sebab dua puluh itu pada fasal ini menghimpunkan segala sifat-sifat Allah didalam alam ini. Dan manakah sifat istimewa bagi Tuhan ?
Segala-galanya harus bagi Tuhan, tidak ada yang tertegah bagi Tuhan/tidak ada dinding-dindingnya lagi. Hanya nafsumu sendiri yang tertegah, kerana masih terdinding. Bagi Tuhan tidak ada lagi wajib, yang wajib hanya bagimu dan bagi orang yang belum faham dan belum mengerti. Jadi siapa yang faham, itulah yang beroleh petunjuk dari Allah. Kesimpulan rukun agama itu tadi ialah ESA SEGALANYA dan tidak ada lagi DUANYA.
RUKUNIMAN
Perihal rukun iman itu ialah :
  • AMANTUBILLAH
  • WAL MALAIKATIHI
  • WA KUTUBBIHI
  • WA RASULLIHI
  • WAL YAUMIL AKHIRI
  • WA QADRI AKHIRI, WAARIHI MINALLAHI TA’ALA
Ertinya ialah : Aku percaya adanya Allah Ta’ala s.w.t. Apakah cukup dngan keyakinan begitu saja ? Apakah adanya yang ada itu berada di arsyi atau dilangit sebelah, ataukah berada dalam syurga ?
Kepercayaan yang seperti itu adalah kepercayaan orang taklid buta. Kerana orang kebanyakan mereka meraba-raba sendiri. Sedang dalil ada mengatakan: “WANNAHUAKROBU ILAIHIMINHABLIL WARID“. (ertinya : dekaturat lehermu dengan dagingMakadekatlagi Tuhan itu).
Jadi makna rukun iman yang pertama tadi harus begini dan tidak boleh dicari dengan dalil yang lain.
Jadi AMANTUBILLAH ini harus diertikan dengan : Sesungguhnya percaya bahawa kehidupan sendiri, kehidupan wujud ini, selama hidup ini adalah tanda adanya Allah s.w.t. Jadi jelasnya kepada kita bahawa dunia ini pasti didalam ruang lingkup hidup Tuhan. Sedangkan sifat hidup ini adalah zat Allah.
AMANTUBILLAH, (ertinya : aku percaya adanya Tuhan).
WAL MALAIKATIHI, (ertinya : percayakepadamalaikatnya).
WA KUTUBBIHI, (ertinya : percaya kepada kitab-kitabnya).
WA RASULLIHI, (ertinya : percaya kepada rasul-rasulnya).
WAL YAUMIL AKHIRI, (ertinya : percaya kepada hari ahir).
WAL QADRI AHIRI, (ertinya : percaya kepada untung baik dan untung jahat daripada Allah Ta’ala).
Sekarang baiklah kita huraikan satu persatu :
AMANTUBILLAHI, (ertinya : Percaya kepada adanya Tuhan).
Belumlah benar kalau belum dihalalkan, ertinya kalau belum kembali kepada roh lagi dan perasaan. Dalil sudah jelas mengatakan bahawa Tuhan lebih dekat kepadamu, daripada urat lehermu sendiri. Jadi kita tak usah sibuk mencari Tuhan. Tuhan ada pada kamu dimana saja kamu berada. Kesimpulannya ialah : pandangan dan tatapanmu itulah tanda adanya Tuhan/yang ada. “LAMAUJUDA BI HAQQIN ILALLAH”. (ertinya: tidak ada yang maujud didalam alam ini,vkecuali Allah Ta’ala).

WAL MALAIKATIHI (ertinya : Percaya kepada malaikat-Nya).
Pertama kita yakin bahawa malaikat itu ada. Cubalah tekadkan dan telanjangi sekujur badan kita, agar supaya cepat beriman kepada Allah s.w.t. Supaya jadi iman kepada Tuhan yang maha Agung/maha kuasa tatkala sedang menghadapi sakaratul maut nanti.
Dalil apakah yang boleh menolong untuk nmenyempurnakan nyawa ?Bukankah kita sudah tahu bahawa malaikat itu utusan Allah. Jelaslah sudah dengan usiknya utusan, tentulah yang hidup yang memerintahkan, biarpun sehelai bulu usiknya, begitu pula bertambah panjangnya bulu itu, semua itu malaikat yang ditugaskan. Malaikat itu bukan jirim bukan jisim. Tentunya terasa oleh kita bahawa sedang tidur pun, bulu memanjang akan tetap berlaku. Begitulah kenyataannya malaikat pada diri kita ini, tidak akan hilang dengan badan kita ini. Siang dan malam terus bekerja tiada hentinya. Jadi dalam melihat, mendengar, mencium, dan dalam berbicara adalah malaikat yang ditugaskan untuk itu kepada kita. Mandurnya ialah, JIBRIL, MIKAIL, ISRAFIL, DAN IZRAIL.
WA KUTUBBIHI, (ertinya : Percaya kepada kitab kitab-Nya).
Jadi yang benar-benar percaya kepada kitabnya itu seperti Al-qur’an, harus dirangkap dengan wujud kita ini. Jadi begini, kalau kita belum mengetahuinya, kita harus percaya kepada takdir yang sudah tertulis kepada diri kita sendiri. Kita harus yakin dngan adanya takdir Tuhan itu. Tulisan wujud kita ini yang sesungguhnya, kalau kita sudah ainal yakin dan hakkul yakin, kita boleh sabar dalam menghadapi apapun juga. Kerana pokok ilmu itu adalah sabar dan ridho. Tentunya sudah tertulis di lukhmakhfudzh. Jadi iman kepada kitab-kitabnya itu umum. Persoalan diluar alkitab, manusia tidak ada yang tahu, terkecuali Allah. Memang ada persoalan diluar kitab, tetapi amat sulit mencapainya. Itulah yang disebut MAKHSYAF, yang tiada huruf, tiada suara, dan tiada kata-kata. Ini adalah RAHSIA yang amat dalam dan amat dahsyat, dan tidak seorangpun yang mendapatkannya, kecuali Tuhan sendiri. Kehendak Tuhan tidak ada yang dapat menghalangnya. Dia sanggup merubah yang tak dapat diubah oleh makhluk. Sedang perubahan yang ada pada mahluk ini adalah perubahan pada sangkaanmu saja. Tuhan berkuasa menghidupkan yang mati, dan mematikan yang hidup. Fahamkanlah wahai sekalian tholib.
WA RASULLIHI,(ertinya : Percaya kepada rasul-rasulnya).
Memang kita percaya kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, itupun tak ada salahnya, memang dalam bentuk nyata, memang demikian. Tetapi kerana sudah pada wafat semua, sudah lestari, maka tinggal percaya itu berbalik kepada wujud. Iaitu, kepada hakikat badan yang jadi utusan hidup peribadi kita, beginilah tekad kita sesungguhnya percaya kapada rasa wujud kita. Seperti, melihat, mendengar, mengucap dan mencium. Cuba saja kita rasakan, bagaimana kita tidak percaya kepada ujud kita ini ?
Kalau kita mencicipi garam, sudah tentu kita merasa masin, tidak mungkin yang lainnya. Demikian pula dengan yang lainnya, seperti : pendengaran, tidak mungkin salah lagi. Juga seperti panglihatan, penciuman dan pengucapan. Semuanya dapat kita fahami dengan perasaan kita. Disinilah orang banyak tidak faham makna rasul yang sesungguhnya. Padahal rasul atau utusan itu ada pada kita jua. Makanya kita kalau mengatakan dua kalimat syahadat itu, harus tahu rahsianya. Kalau Tuhan mengatakan Aku naik saksi, tiada Tuhan melainkan Aku, dan Muhammad itu utusanKu. Maka kitapun demikian pula adanya, kalau lain daripada itu, maka tersalahlah ma’rifat kita. Orang kebanyakan salah memahami tentang makna rasul yang sebenarnya, mereka mengira rasul itu hanya ada pada nabi-nabi, seperti nabi Muhammad. Jadi yang dimaksud dalam pengertian Muhammad itu utusanku, iaitu Muhammad dalam erti rahsia ma’rifat. Kerana setiap insan kamil itu mempunyai utusan (rasul) peribadi. Disinilah letaknya nilai dan barang yang bernilai itu, letaknya dalam peribadi masing-masing. Inilah makna percaya kepada rasul-rasul yang hak.
WAL YAUMIL AKHIRI, (ertinya : Percaya kepada hari akhir yaitu hari kiamat (pembalasan) ).
Kiamat besar hanya kita yakini dan kiamat kecil dapat kita rasakan masing-masing. Pertama kiamat diri, iaitu hancur leburnya kedalam Nur Muhammad, dan hingga sirna dan tuntas sampai tiada merasa lagi memiliki wujud zahir dan bathin. Dan akhirnya menunggal dengan kemaha agungan Tuhan ( menunggal dalam rahsia ).
Dan kiamat diri yang kedua ialah : dikala sakaratul maut telah tiba. Inilah yang disebut kiamat sugro, sedangkan kiamat kubro adalah kiamat yang sebenarnya. Inilah pengertian walyaumil akhiri itu tadi. Yang terakhir sekali ialah :
WAQODRI AKHIRI, (etinya : percaya kepada untung baik dan untung jahat datang daripada Allah jua).
Maksunya segala perbuatan yang berlaku didalam alam ini adalah perbuatan Allah  Ta’ala. Allah yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. Dan yakinlah kita bahawa kita ini tidak mempunyai daya dan upaya, kecuali dengan kudrat dan iradat Allah Ta’ala jua adanya. Maka dengan adanya rukun iman yang ke-enam ini, tentunya kita menjadi sedar akan diri kita ini. Kesedaran itu timbul kerana ma’rifat dan ma’rifat itu timbul kerana terbuka hijab (dinding).
Orang Ahli hakekat telah lupa kepada makhluk, kerana langsung melihat Allah raja yang Hak. Mereka lupa dengan sebab musabab, kerana teringat kepada yang menentukan dan yang menjadikannya. Orang ini sebagai hamba yang menghadapi hakikat yang nyata baginya terang cahayanya dan sedang berjalan pada jalannya. Telah sampai pada puncaknya, hanya ia sedang tenggelam dalam alam cahaya : sehingga tidak kelihatan bekas-bekas makhluknya lagi. Dan lebih banyak lupanya terhadap alam, daripada ingatnya kepada makhluk. Dan bertemunya daripada renggangnya, dan lenyapnya atau leburlah dirinya dari tetapnya perasaannya, dan lupanya terhadap makhluk daripada ingatnya pada mereka. Demikianlah seorang ahli hakikat yang telah fana’ zahirnya dan fana’ bathinnya kepada yang Hak. Dan siapa yang telah fana’ dengan Allah maka pasti ia lupa atau ghaib dari segala sesuatu. Orang ini pandangannya Allah semata. Siapa dalam tauhidnya itu seolah-olah sebagai hasil kepintarannya sendiri, maka tauhidnya itu tidak dapat menyelamatkan dirinya dari Api neraka.
BERTEMUNYA MANUSIAKEPADATUHAN>> Bertemunya manusia kepada Tuhan dan sampai kepadanya, itulah puncak harapan, dan dengan itulah dia mencapai kebahagiaan dan kerajaan besar ; bahawa dengan itulah dia akan lupa dan terhibur dari sesuatu selain Allah Ta’ala. Hilangkan pandangan makhluk kepadamu, kerana puas dengan penglihatan Allah kepadamu. Dan lupakan perhatian/menghadapnya mahluk kepadamu.
Nikmat itu meskipun beraneka ragam bentuknya ; hanya disebabkan kerana melihat Allah dan dekatnya kepada Allah. Demikian pula siksa itu walau bagaimana pun aneka ragamnya, kerana terhijab, dan sempurna nikmat itu, kerana melihat kepada ZAT Tuhan yang maha mulia. Maha suci Allah yang sengaja tidak memberi tanda kepada walinya kecuali sekadar untuk mengenal kepadaNya. Sebagaimana tidak menyampaikan dengan mereka, kecuali kepada orang yang hendak disampaikannya untuk mengenal Allah ; itulah HIKMAH YANG MAHA TINGGI.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq