Mengenal Diri Mengenal Allah-Fana’ Ul-Fana’

 

AHLI TASAWUF YANG SEJATI>> 

Ahli tasawuf yang sejati ialah mereka yang benar-benar memegang agama yang tulen. Ahli sufi yang sejati ialah mereka yang jiwanya bebas tidak terikat oleh apa-apa atau siapapun, dan bebas menjalankan kebenaran dari ilahi robbi. Berani mengatakan itu benar dan ini salah. Ahli tasawuf adalah putus dengan makhluk dan erat hubungannya dengan Tuhan, pandangannya Allah semata. Ahli tasawuf tidak melihat kepada dirinya lagi, hanya Allah dalam pandangannya. Jadi siapa yang masih melihat kepada dirinya, nescaya tiada melihat akan Tuhannya. Seluruh pandangan ruhaniyah memandang satu dalam banyak. Dan yang banyak pada yang satu.
Terhimpun dalam satu kesatuan. Kalau pandangan kita sudah mantap seperti itu, maka hilanglah rasa takut dan gentar, kecuali kepada Allah saja. Jadi pandangan seorang yang dibawah memang berbeza dengan yang diatas. Ujud selain daripada ujud Allah adalah ujud pinjaman kerana semua itu Allah dan Allah itu semuanya, ia hanya pertanda dari yang sebenarnya ada. Yang ada adalah yang ada, yang ada ialah yang awal dan tidak ada permulaannya, yang ahir tidak ada penghabisannya.
SABDA RASULULLAH S.A.W.:
Zabir berkata, katanya : RASULULLAH S.A.W. bersabda : “Siapa yang dapat melakukan Husudhzan (ertinya ; baik sangka kapada Allah Ta’ala), sehingga ia tiada mati kecuali tetap dalam husnudhzan terhadap Allah Ta’ala.
Maka haruslah kita berbuat husnudhzan terhdap Allah Ta’ala dan pada sesama kita umat MUHAMMAD. Sesungguhnya kata Nabi, sebaik-baik fi’il / kelakuan ibadah kepada Allah ialah baik sangka kepada Allah. Berbaik sangka kepada Allah itu pertanda bahawa sudah bulat tawakkalnya kepada Allah, dan penyerahannya kepada Allah, orang itu jaminannya hanya Allah
LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAHI” (Tak ada daya untuk berbuat kebaikan dan tak ada upaya menolak kejahatan)
BUHARI MUSLIM BERKATA: Tak ada dayaku untuk menolak suatu kemelaratan atau bahaya keburukan, dan tak ada upayaku untuk berbuat kemanfaatan, melainkan dengan Allah jua. Jadi tidak mudah bagi kaum sufi untuk mengatakan: La hawla wala quwwata illa billahi.
Disini hamba tekankan janganlah kamu berani mengatakan La hawla wala quwwata illa billahi, sebelum kamu memasuki alam tasawuf. Engkau katakan itu tetapi ujudmu masih ada, selama ujudmu masih ada, selama itu juga engkau dalam bergelimang dosa durhaka kepadanya. Selama ujud ADAM masih melekat dalam ingatanmu, selama itu pula engkau mempermainkan Tuhanmu. Ini namanya lain dimulut lain dihati. Kalau engkau mengatakan : “LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAHI“, sebelum engkau mati, maka celakalah kematianmu. Hilangkanlah ke AKUAN mu, lenyapkanlah kesombonganmu, baharulah sempurna amal ibadahmu kepada Allah.
BISMILLAHI AWWALLUH, WA AKHIRU”, (artinya : Awalnya Allah, akhirnya Allah). Awalnya tidak ada permulaannya. Dan akhirnya tidak ada penghabisan.
MALLAM YASY KURINNAS, LAM YASY KURILLAH”. (Artinya : Barang siapa tidak berterima kasih kepada sesamanya, maka samalah ia tidak berterima kasih kepada Allah).
Sebab NUR MUHAMMAD itu adalah hakikat alam. Dan Allah adalah hakikat alam atau hakikat ujud dalam hidup ini. Allah adalah hakikat kekuatan dalam hidup ini. Zahir Tuhan ada pada manusia, dan bathin manusia ada pada Tuhan. Kalau anda sudah mengerti,laksanakanlah. Untuk memperkuat dalil ini,hamba bawakan sebuah hadist qudsi yang berbunyi :
AL INSANU SIRRI,WA ANA SIRRUHU (SIRROHU)” (Insan itu rahsiaku, akupun rahsianya)
Dan Lagi : “AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRI, SIFATIN WA SIFATUN LA GOIRIH”. (ertinya: Insan itu rahsiaku dan rahsia itu sifatku, sifatku itu tiada lain daripadaku)
Dalil ini dalil nyata, tak boleh lagi diragukan. Menurut riwayat :Banyak para pemuka-pemuka agama, ahli tasawuf dan lain-lainnya mencari siapa DIA yang sebenarnya. Maka datang para nabi-nabi dan rasul-rasul menyampaikan langsung, melompat dari mulut / lidahnya perkataan: “AMALLAH LA ILAHA ILLA ANA” (Ertinya: Aku Allah, tidak ada tuhan melainkan aku) Jadi menurut aqidah/pendirian hamba dalam soal ini ; hamba tidak taklid dengan sesiapapun, dan hamba nyatakan bahawa kalimah itu tadi adalah inti dari semua golongan tasawuf, golongan para wali-wali, para sahabat, aulia dan anbiya dan para nabi-nabi dan para rasul-rasul. Jadi kalau para nabi dan rasul demikian adanya, maka tiada lain andapun juga demikian hendaknya. Banyak kaum sufi mati, kerana mempertahankan pendiriannya.
Didalam Al-Qur’anul karim Tuhan mengatakan : “AKU akan memberikan SATU kata kepadamu. Tetapi engkau tidak sanggup”.
Apakah yang dimaksud SATU kata itu? Inilah SATU  kata itu tadi : Siapa yang sanggup dialah keluarga Tuhan. Siapa tidak sanggup dialah keluarga syaitan. Pilihlah antara dua : ingin jadi pahlawan Tuhan, atau jadi pahlawan syaitan. Siapa menjadi kelurga Tuhan didunia ini, nescaya sampai ke-ahirat. Dan siapa menjadi keluarga syaitan didunia ini, nescaya sampai juga ke-ahirat.
SABDA RASULULLAH S.A.W.—
  • SYARIAT ITU SEPERTI TANAH,
  • THARIKAT ITU SEPERTI AIR,
  • HAKIKAT ITU SEPERTI ANGIN,
  • MA’RIFAT ITU SEPERTI API,
  • TANAH ITU BADAN MUHAMMAD,
  • AIR ITU NUR MUHAMMAD,
  • ANGIN ITU NAFAS MUHAMMAD,
  • API ITU PENGLIHATAN MUHAMMAD,
  • ADAPUN MATI ORANG SYARIAT ITU HANCUR LULUH,
  • ADAPUN MATI ORANG THARIKAT ITU KURUS KERING,
  • ADAPUN MATI ORANG HAKIKAT ITU LEMAK GEMUK,
  • ADAPUN MATI ORANG MA’RIFAT ITU HILANG LENYAP
SABDA NABI S.A.W. :
  • SYARIAT ITU LIDAHKU
  • THARIKAT ITU HATIKU
  • HAKIKAT ITU KEDIAMANKU
  • MA’RIFAT ITU ROHKU
PERNYATAANKU: “Aku hidup bukan kerana nafas, bukan kerana dengan nyawa, bukan kerana dengan roh, bukan kerana itu dan ini, tapi aku sendirinya sebelum ada kehidupan didunia ini, aku sudah ada sebelum adanya dunia ini, aku adalah aku didalam aku, bila aku bernyata, itulah aku dalam keadaanku, sebab keadaanku itu adalah keadaanku jua”

TENTANG FANA’ UL FANA’>> Fana‘ zahir iaitu : merasakan tajali atau memantul keagungan Tuhan pada tindak tanduk seseorang, sehingga segala keinginan, kehendaknya, ikhtiarnya sudah terlepas dari dirinya. Kerana itu kadang-kadang orang itu sampai beberapa lama tidak tahu makan dan minum dan sebagainya, semuanya terserah kepada Allah.
Fana’ bathin iaitu : hatinya saja yang fana’ dan zahirnya tidak, zahirnya seperti biasa. Hatinya terbuka pada melihat sifat-sifat Tuhan, dan keagungan serta gerakan-gerakan Tuhan, hilanglah segala was-was dan keragu-raguan dalam hatinya dan penuhlah hatinya dengan keyakinan terhadap Allah s.w.t. Tidak ada dalam hatinya timbul perasan takut dan gentar, kasih dan sayang, suka dan duka, kecuali kepada Allah.
Fana’ yang demikian itu yang membawa ke maqam baqabillah, serta melewati fana yang pertama. Biasanya lebih dahulu dimulai dengan pengakuan seluruh wujud. Sedang hatinya atau rohnya selalu melihat gerakan Allah, baik dalam ibadah, seperti dalam sembahyang. Dan dalam segala apa yang dilihat dan didengar dan sebagainya. Maqam baqa’billah inilah yang senantiasa ada pada para nabi dan rasul-rasul, aulia dan anbiya Allah Ta’ala yang berada dibawah qidamnya nabi Muhammad s.a.w.
Maqam baqa’billah ini kebanyakan adalah maqam mereka yang mahzub, dimana setelah mereka berada dipuncak tauhid, lalu mereka turun kepada sifat, dan sama’, terus kepada afa’al, sehingga kelihatan pada zahirnya mereka seperti orang biasa saja, memandang akuan ini, dan berbuat seperti ahli syariat umumnya. Tetapi hati mereka tidak pernah lupa kepada Allah dan selalu berpegang kepadanya. Ada sedikit perbezaan bagi orang yang berada dimaqam fana’, mereka adalah orang yang salik. Dimana pandangan mereka dimulakan dari bawah dan terus naik atau tarakki. Yakni dimulai memandang akuan, naik kepada afa’al, sama’, terus kepada sifat, dan ahirnya kepada zat. Dan kerana tajamnya serta asyiknya musyahadah, mungkin terjadi perasaan fana’, yang kita maksudkan dengan fana zahir yang tersebut diatas.
Demikianlah perjalanan fana’ dan baqa’ bagi seorang aribillah atau wali Allah Ta’ala. Jadi disini hamba katakan bahawa, kalau dimaqam fana’ belum faham betul atau belum mengerti, maka tidak ada harapan untuk mencapai maqam baqa’. Maka daripada itu pandanglah sedalam-dalamnya tentang maqam fana’, kalau sudah berhasil makam fana’, maka tercapailah maqam baqa’. Demikianlah tentang maqam fana’ dan maqam baqa’.
TENTANG IKHLAS>> Tidak dapat dikatan kecil perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas. Tidak dapat dikatakan benar awal-awal yang dilakukan dengan tidak ikhlas, kerana belum ma’rifat. Orang yang menjalankan fana’ dan baqa’ baru sah disebut khusyu’ dan ikhlas. Firman Allah Ta’ala dalam Al qur’anul karim : yang ertinya: “Sesungguhnya Allah hanya menerima amal perbuatan yang sudah kembali. Yaitu amal yang dilakukan dengan ikhlas,dan tepat sasarannya menurut ajaran Tuhannya”.
ABDULLAH IBNU MA’SUD r.a berkata : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang berilmu, dan mengerti /ikhlas, adalah lebih baik daripada amal ibadah yang dilakukan oleh orang yang tidak mengerti, sepanjang umurnya atau selama hidupnya ( tidak diterima amal ibadahnya ).
Sekarang baiklah kita berkisar pada ilmu-ilmu. Ilmu itu ada tiga unsur atau tiga martabat :
  • Ilmuyakin ialah : keyakinan yang didapat dari pengertian teori belajar atau berguru.
  • Ainalyakin ialah : keyakinan yang didapat dari fakta keyakinan yang lahir, setelah terungkap atau terbuka.
  • Hakkulyakin ialah : keyakinan yang benar-benar langsung dari Tuhan dan tidak dapat diragukan lagi kebenarannya, yaitu ; keyakinan-keyakinan yang mutlak. Demikianlah adanya.
ZIKKRULLAH>> Apakah yang disebut dengan Zikkrullah itu ? Menurut pengertian umum memuji dan menuju dengan hati yang tulus ikhlas. Tetapi tulus dan ikhlasnya itu berbeza dengan orang yang mengerti/ yang faham. Orang yang faham ialah,seperti dalil berbunyi :
“LA YA’ZIKKRULLAH ILLALLAH”, (ertinya : tidak menyebut Allah hanya Allah).
Adapun yang mengatakan LA ILAHA ILLALLAH itu ialah : RAHASIA ALLAH ZAHIR DAN BATHIN, ATAU BATHIN DAN ZAHIR. Kesimpulannya ialah : tidak lagi kita ini yang mengatakan kalimat itu, melainkan SIRRULLAH jua adanya. Dengan demikian leburlah tubuh itu dan hati itu kepada Roh, dan Roh itu hancur pula menjadi NUR, dan NUR itu lenyap pula kepada RAHSIA ALLAH TA’ALA. Jadi yang berzikir itu adalah RAHSIA ALLAH jua. Disini letaknya nilai, dan nilai itu terletak dalam diri peribadi masing-masing. Inilah yang disebut ISI daripada ZIKKRULLAH itu. Berzikirlah dengan Zikkrullah, dan ingatlah dengan ingatnya Allah dan pandanglah dengan pandangan Allah. Dan berbuatlah dengan perbuatan Allah, dan tinggalkanlah apa-apa yang ditinggalkan oleh Allah. Kerjakanlah apa yang dikerjakan Allah, dan tinggalkanlah apa yang ditolak Allah.
BEBERAPA KESIMPULAN
  • TIADA MENGENAL ALLAH, HANYA ALLAH
  • TIADA MELIHAT ALLAH, HANYA ALLAH
  • TIADA MENYEMBAH ALLAH, HANYA ALLAH
  • TIADA MENYEBUT ALLAH, HANYA ALLAH
  • TIADA YANG MAUJUD, HANYA ALLAH
  • TIADA UJUD BAGIKU, HANYA UJUD ALLAH
  • TIDAK ADA DALAM DIRI, MELAINKAN ALLAH
  • TIADA UJUD BAGI KITA, HANYA UJUD ALLAH
  • TIADA HIDUP KITA, HANYA HAYATULLAH ZAT
  • TIADA PERBUATAN KITA, HANYA FI’IL ALLAH
  • TIADA NAMA BAGI KITA, HANYA ASMA ALLAH
  • TIADA PANDANGAN KITA, HANYA PANDANGAN ALLAH
  • TIADA PENGLIHATAN BAGI KITA, HANYA PENGLIHATAN ALLAH
  • TIADA PENGUCAPAN BAGI KITA, HANYA UCAPAN ALLAH
  • TIADA PENCIUMAN BAGI KITA, HANYA PENCIUMAN ALLAH
  • TIADA RASA BAGI KITA, HANYA RAHSIA ALLAH
  • TIADA KUASA BAGI KITA, HANYA KUDRAT ALLAH
  • TIADA HIDUP BAGI KITA, HANYA KEHIDUPAN ALLAH
  • TIADA BERKEHENDAK KITA, HANYA IRADAT ALLAH
  • TIADA TAHU KITA, HANYA ILMU ALLAH
  • TIADA MENDENGAR KITA, HANYA ALLAH
  • TIADA MELIHAT KITA, HANYA ALLAH
  • TIADA BERKATA-KATA KITA, HANYA RAHSIA ALLAH
  • TIADA UJUD BAGI KITA, HANYA UJUD ALLAH
  • TIADA LAGI KITA KITA INI, HANYA DALAM RAHSIA ALLAH
Demikianlah beberapa rahsia dalam ma’rifat.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq