Mengenal Diri Mengenal Allah

 Pecahan Tauhid

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Alhamdulillahi rabbil’alamin washolatu wassalamu’ala syaiyidina, mursalin wa’ala alihi wasahabihi adjam’in, amma ba’du.
Adapun kemudian dari pada itu diketahui olehmu hai thalib, bahawasanya tiada sempurna bagi seseorang mengenal dirinya, jika tidak ada tahu akan asalnya diri (kejadian diri), dan mengetahui akan yang mula-mula dijadikan Allah Subhanahu wata’ala, seperti sembahyang mula-mula dijadikan Allah subhanahu wata’ala. Bertanya Abdillah bin Abbas R.A. katanya, “Ya Junjunganku, apakah jua yang mula-mula dijadikan Allah Subhanahu wata’ala“. Maka sabda Nabi Muhammad SAW. Yang ertinya : “Bahawasannya Allah Ta’ala menjadikan dahulu daripada segala Asyia ini yaitu NUR NABIMU“. Maka nyatalah Roh Nabi kita Muhammad SAW itu dijadikan lebih dahulu daripada Asyia, dan lagi dijadikan Allah Ta’ala daripada ZATnya, seperti kata Syeikh Abdul wahab yang ertinya; “Allah Ta’ala menjadikan Roh Nabi Muhammad itu daripada Zat-nya. Dan menjadikan sekalian alam ini jadi daripada NUR NABI MUHAMMAD”. Maka nyatalah Roh sekalian alam ini daripada NUR MUHAMMAD dan segala batang tubuh kita ini jadi daripada ADAM seperti Sabda Nabi Muhammad Saw. Yang ertinya : “Aku adalah bapak oleh sekalian ROH dan Nabi ADAM adalah bapa oleh segala batang tubuh, Kerana Nabi ADAM itu dijadikan ia daripada Tanah“, seperti Firman Allah yang ertinya; “Aku jadikan INSAN ADAM daripada tanah, tanah itu adalah NUR yang dijadikan ia daripada AIR, dan AIR itu NUR MUHAMMAD SAW“. Maka nyatalah ROH kita, Tubuh kita serta sekalian alam ini terjadi daripada NUR MUHAMMAD SAW, kepada ROHMU dan kepada BATANG TUBUHMU dan kepada sekalian kainat, insya Allah melihatlah engkau akan keelokan dan Dzat wajibal wujud lagi yang suci adanya, kerana tubuh kita  yang samar ini sekali-kali  tiada dapat mengenal ALLAH TA’ALA, kerana ia NUR MUHAMMAD dan memusyahadahkan NUR MUHAMMAD, adalah ia mengesakan TUHANNYA dan sebagai bukti (dalil) keadaan akan kezahiran dan kenyataan bagi wujudnya, maka bagi tiap-tiap yang datang kepadamu itu seperti; penglihatan, pendengaran, deria rasa, dan sebagainya, iaitu semata-mata sebab NUR MUHAMMAD jua. Firman Allah yang ertinya: “Barang yang datang kepadamu iaitu hak Allah Taala“, iaitu NUR dan kepada NUR itulah perhimpunan dan perjalanan segala AULIA dan ARABIA yang mursalin mengenal ALLAH TA’ALA dan mula-mula sampai Arifbillah pada martabat ini kerana ia asal kejadian alam seperti Firman Allah didalam Hadist Qudsi yang ertinya ; “Ya, MUHAMMAD, engkau kujadikan kerana-ku dan aku jadikan semesta sekalian alam ini keranamu”. Maka sabda Nabi MUHAMMAD SAW. Yang ertinya : “Aku daripada Allah dan sekalian MU’MIN daripada aku”.Maka hendaklah berpegang kepada NUR itu, Cuma ada didalam ibadat atau lainnya. Yang lain daripada pekerjaan.
Kemudian ketahui pula olehmu akan sebenar-benarnya diri, seperti kata Syeikh ABDUR RAUP ; “Bermula yang sebenar-benarnya diri itu adalah NYAWA dan yang sebenar-benarnya NYAWA itu adalah NUR MUHAMMAD dan se-benar-benarnya NUR MUHAMMAD itu adalah SIFAT dan se-benar-benarnya SIFAT itu adalah ZAT HAYAT bukan ZAT HAYUN”. Berkata sesetengah ulama, bermula yang sebenar-benarnya DIRI itu adalah ROH, tatkala ia masuk bagi sekalian tubuh maka bernama NAFAS, dan tatkala ia berkehendak bernama HATI, dan tatkala ia ingin sesuatu bernama NAFSU dan tatkala ia dapat memilih akan sesuatu bernama IKHTIAR, dan tatkala ia percaya akan sesuatu bernama IMAN, dan tatkala ia dapat memperbuat barang sesuatu bernama AKAL, dan pokok/pangkal AKAL itu adalah ILMU, itulah se-benarnya DIRI, dan kepada diri itulah ZAHIRNYA TUHAN, seperti sabda nabi MUHAMMAD SAW : “ZAHIRU RABBI WAL BATHINU ABDI“, ertinya: Zahir Tuhan itu ada pada batin hambanya” yakni pada ILMU HAKIKAT yang putus adanya dan tiadanya dan Esanya. Kemudian daripada itu maka hendaklah engkau kenal DIRI itu supaya sempurna mengenal ALLAH TA’ALA, seperti Sabda Nabi MUHAMMAD SAW: “MAN ARRAFA  NAFSAHU FAQAD ARRAFA RABBAHU”  ertinya “Barang siapa mengenal akan dirinya, nescaya menegenal akan Tuhannya“. Bermula mengenal DIRI itu terdiri atas 2 (dua) perkara;
  • Pertama hendaklah kita ketahui Asal diri seperti yang tersebut di atas tadi.
  • Kedua hendaklah MATIKAN DIRIMU seperti Firman Allah; “ANTAL MAUTU QABLAL MAUTU” ertinya: “matikan dirimu sebelum kamu mati“. “ABABARALLAH ILLALLAH” ertinya ; “Tiada yang menyebut Allah hanya Allah“.
Bermula mematikan diri itu seperti ; “WALA QADIRUN, WALA MUDIRUN WALA ALIMUN, WALA HAYUN, WALA SAMI’UN, WALA BASHIRUN, WALA MUTTAKALIMUN”  ertinya ; “tiada hambanya kuasa, tiada berkehendak, tiada tahu, tiada hidup, tiada mendengar, tiada melihat, tiada berkata-kata. Yang kuasa hanya Allah, yang tahu hanya Allah, yang hidup Allah, yang mendengar Allah, yang melihat Allah, berkata-kata Allah serta Maujud dan Esa Allah jua”.
Maka falah sekalian DIRI itu di dalam DIRI Ahdiat Allah yakni ; fana’lah di dalam ILMU ALLAH yang Qadim adanya. Kemudian daripada itu maka hendaklah diketahui akan SIRR ALLAH didalam UJUD INSAN ini, niscaya senantiasa di dalam dosa, seperti Sabda Nabi MUHAMMAD SAW, yang ertinya ; “Bermula ADAM itu pada dosa yang amat besar dan dosa itu sebahagiannya yakni tiada sempurna mengenal Allah Ta’ala”.jikalau diri di dalam kebaktian, kerana kebaktian itu adalah umpama JASAD dan ROH, demikian pula kebaktian tiada sempurna jika tiada dengan ILMU, demikianlah adanya. Adapun SIRR ALLAH DIDALAM UJUD INSAN itu seperti Firman Allah di dalam Hadist Qudsi yang ertinya ; “bermula INSAN itu RAHASIAKU dan AKUPUN RAHASIANYA”. Dan lagi Firman Allah di dalam Hadist Qudsi yang ertinya ; “INSAN itu RAHASIAKU dan AKU RAHASIANYA”, atau “RAHASIAKU itu SIFATKU dan sifatku itu tiada lain daripada AKU“. Maka kata GHAUSYALU AZIM yang ertinya ;  “TUBUH MANUSIA, NAFSUNYA, HATINYA, NYAWANYA, PENDENGARANNYA, PENGELIHATANNYA, TANGANNYA, KAKINYA, dan sekaliannya itu AKU nyatakan dengan azzaku dirinya bagi diriku itu tiada lain daripada AKU, dan aku tiada lain DARIPADANYA“.
Dan ketahuilah olehmu bahawasanya HAK ALLAH SUBHANAHU TA’ALA itu tiada ia berpisah dengan segala AF’ALNYA seperti Firman Allah “WAHUWA MA’AKUM AINAM KUNTUM” ertinya: “Tiada ada kamu, Allah Ta’ala beserta kamu“. dan lagi Firman Allah, Ertinya: “Di dalam DIRI KAMU jua AKU, maka tiadalah KAMU melihat akan DAKU, kerana aku terlebih hampir daripada MATAMU YANG HITAM DENGAN YANG PUTIH“. Maka hendaklah engkau tilik tiap-tiap sesuatu daripada alam ini, ALLAH TA’ALA serta di dalamnya, seperti sabda Nabi MUHAMMAD SAW yang artinya: “Barang siapa menilik kepada sesuatu, jika tiada dilihatnya Allah Ta’ala didalamnya, maka tiliknya itu batal yakni sia-sia”. Maka kata Syaiyidina ABU BAKAR ertinya ; “Tiada aku lihat akan sesuatu melainkan padahal aku lihat Allah Ta’ala dahulunya“. Jadi yang mengata kalimah LAILAHA ILLA ALLAH itu tiada lain IA jua memuji DIRI-NYA, seperti Firman Allah di dalam Qur’an :
LAYA’JAHARALIAH ILLALLAH” ertinya ; “Tiada yang menyembah Allah  hanya Allah”
“LAYU’RIFULLAH ILLALLAH” ertinya; “Tiada yang melihat Allah hanya Allah”
“LAYA’BUDULLAH ILLALLAH” ertinya; “Tiada yang mngenal Allah hanya Allah”.
  • ZAT bagi ALLAH, NAFSIAH pada MUHAMMAD, NAFAS pada ADAM
  • SIFAT bagi ALLAH, SALBIAH pada Muhammad, TUBUH pada ADAM
  • ASMA’ bagi ALLAH, MA’ANI pada MUHAMMAD, HATI pada ADAM
  • AF’AL bagi ALLAH, MA’NAWIYAH pada MUHAMMAD, RAHSIA pada ADAM
Kemudian yang empat sifat itu dibagi dua :
  1. SIFAT mengadakan SYURGA dan NERAKA
  2. SIFAT mengadakan DOSA dan PAHALA, jahat dan baik
  • ISTIGNA bagi Allah, SIFAT KETUHANAN pada MUHAMMAD, ILMU pada ADAM.
  • ISTIGFAR bagi Allah, SIFAT BERCAHAYA (NUR) pada MUHAMMAD, ADA pada ADAM.
Adapun yang terkandung didalam yang empat sifat ini ;
  1. SIFAT NAFSIAH = ialah NYAWA, pada kita
  2. SIFAT SALBIAH = ialah KULIT, URAT, TULANG, DAGING, DAN DARAH
  3. SIFAT MA’ANI = ialah HATI, JANTUNG, LIMPA, PARU, HEMPEDU, DAN RAMBUT
  4.  SIFAT MA’NAWIYAH = ialah OTAK, SUMSUM, MENDENGAR, MELIHAT, MENCIUM, BERKATA.
Inilah yang dinamakan asal tubuh kita daripada sifat (empat sifat adanya).
  • ASYHADU ALLA ILAHA ILLA ALLAH = Zat Wajibal wujud, qadim yang kusembah.
  • WA’ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH = harap kurnia ampun, Rahmat dari pada Allah.
Adapun SEMBAHYANG LIMA WAKTU terhimpun didalam ALHAMDU, keluar daripada CAHAYA MA’NIKAM yang PUTIH iaitu HATI pada kita.
  • ALIF = SUBUH—dua raka’at—ROH dan JASAD. Keluar daripada CAHAYA MA’NIKAM yang HIJAU yaitu HEMPEDU pada kita.
  • LAM = ZUHUR—empat raka’at—DUA KAKI (empat potong/ruas) keluar daripada CAHAYA MA’NIKAM yang MERAH  yaitu PARU-PARU pada kita.
  • HA = ASAR—empat raka’at—DUA TANGAN (empat potong/ruas) keluar daripada CAHAYA MA’NIKAM yang KUNING yaitu JANTUNG pada kita.
  • MIM = MAGHRIB—tiga raka’at—DUA LUBANG HIDUNG + SATU LUBANG KULIT, Keluar daripada CAHAYA MA’NIKAM yang HITAM, LIMPA pada kita.
  • DAL = ISYA’—empat raka’at—DUA BIJI MATA + DUA LUBANG TELINGA, Amal ROH ialah NYAWA, Amal HATI ialah PENGETAHUAN, Amal TUBUH ialah BADAN.
HUKUM SYAHADAT :
  • Pertama = Mengesakan Zat Allah Ta’ala: ADA, DIA KEKAL, BERSALAHAN dan BERDIRI SATU.
  • Kedua =  Mengesakan Sifat Allah Ta’ala: HIDUP, TAHU, BERKUASA, BERKEHENDAK, MENDENGAR, MELIHAT dan BERKATA-KATA.
  • Ketiga = Mengesakan Afa’al Allah Ta’ala: yang HIDUP, yang TAHU, yang BERKUASA, yang BERKEHENDAK, yang MENDENGAR, dan yang BERKATA-KATA.
  • Keempat = Mengesakan kebenaran Rasulullah Saw, PERCAKAPAN yang BENAR, PERJALANAN yang BENAR, dan PENGETAHUAN yang BENAR.
LA ILAHA ILLA ALLAH, ialah nama bagi ROHUL HAYAT, MUHAMMADAR RASULULLAH, ialah nama bagi TUBUH INSAN KAMIL.
LA ILAHA ILLA ALLAH = LA ; Sifat Mafsiah—ILAHA ; Sifat salbiah—ILLA : Sifat Ma’ani—ALLAH Sifat Ma’nawiyah.
  • LA = Kalimah IMAN, ertinya IMAN itu percaya didalam hati kepada Allah.
  • ILAHA = Kalimah ISLAM, ertinya ISLAM itu mengerjakan segala perintah ALLAH, dan menjunjung segala perintah ALLAH serta menjauhi segala yang dlarang oleh ALLAH.
  • ILLA = Kalimah TAUHID, ertinya mengesakan ALLAH daripada segala SIFAT yang bersekutu dengan ALLAH.
  • ALLAH = Kalimah MA’RIFAT, ertinya MA’RIFAT itu pengenalan kepada Allah dengan jalan MA”RIFAT yang putus.
Kemudian diketahui olehmu hai Thalib, adapun yang dinamakan ISLAM itu daripada Kalimah LAILAHAILLALLAHI. Maka wajib diketahui dahulu Kalimah itu barulah dinamakan ISLAM, yang asalnya demikian Firman Allah ; “WA’TASHINU BIHABILLAHI SAMI’AN WALA WALA TAPARRAQU”, ertinya ; “berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah engkau bercerai“. Adapun berpegang kepada tali Allah itu adalah seperti yang tersebut dibawah ini.
  • HU = Puji NYAWA, zikir waktu naik, nyawa keluar.
  • ALLAH = Puji ROH, zikir waktu turun, nyawa masuk.
  • ZIKIR ALLAH = Sama dengan Zikir LA ILLAHA ILLA ALLAH.
Maka kata Syaiyidina UMAR ; “WAMA RAAITU SYAI’AN ILLA WARRAITUL LAHI BA’DAH”, ertinya “Tiada aku lihat akan sesuatu melainkan aku lihat Allah Ta’ala besertanya“. Dan berkata SYAIYIDINA ALI ; “WAMA RAAITU SYAI’AN ILLA WARRAITULLAHI FIHI” ; ertinya “Tiada aku melihat sesuatu melainkan aku lihat Allah Ta’ala di dalamnya”. Maka sekalian dalil dan hadis serta sekalian kata sahabat-sahabat ini adalah perhimpunan WAHDAH Seperti Firman Allah ; ALLAHU BIKULLI SYA’IN MUHITH, ertinya “Allah Ta’ala itu meliputi ia bagi tiap-tiap sesuatu, seperti BESI diliputi oleh API“. Begitulah pandangan kita kepada Allah Ta’ala tempat perhimpunan daripada LAILAHA ILALLAH didalam TAKBIRATUL IHRAM, dan segala niat dan I’tikad inilah jalannya, maka berhimpunlah 4 (empat) huruf itu pada kalimah ALLAH. Huruf Allah itu apabila dihilangkan huruf ALIF maka terbacalah LILLAH, apabila dihilangkan huruf LAM AWAL maka terbacalah oleh kita LAHU, apabila dihilangkan huruf LAM AKHIRNYA, maka terbacalah oleh kita HU, dan apabila fana’ huruf LAM itu, maka tiadalah dapat terbaca lagi ALLAH tersebut. Untuk mengetahui dengan sesungguhnya atas kefana’an atau setelah fana’nya huruf HA ini, maka bicarakanlah olehmu baik-baik. Hai salah seorang yang meuntut ilmu jalan kepada Allah Ta’ala. Bicarakanlah olehmu baik-baik huruf atau perkataan itu (perkataan Allah itu) dengan seorang Guru yang boleh atau berhak mengeluarkan perkataan yang sedikit ini, kerana perkataan ini terlebih keras daripada DUNIA ini, terlebih  keras daripada BATU, terlebih keras daripada BESI dan terlebih keras daripada Segala yang keras dan jikalau tiada ilmunya, sekalian amalnya dan I’tikadnya, maka jauhilah daripada makam Nabi MUHAMMAD SAW. Inilah jalannya SYUFI, ARIFBILLAH dan ALIMBILLAH namanya.
Inilah jalan bagi segala AULIA dan AMBIA, segala jalan ARIFBILLAH itu tiada ia menilik DIRINYA itu ada baginya UJUD lain selain UJUD ALLAH Ta’ala semata-mata. Bagi Allah Ta’ala jua yang ada baginya UJUD dan baginya ZAT dan baginya SIFAT BAQA’ seperti firman Allah ; “MAN ARAFA NAFSAHU BIL FANA’I, FAQAD ARAFA RABBAHU BIL BAQA’I”, ertinya ; Barang siapa mengenal DIRINYA dengan FANA’, bahawasanya dikenalnya TUHANNYA DENGAN BAQA“. Inilah permulaan jalan NABI MUHAMMAD mengenal kepada Allah Ta’ala iaitu HADAP yang TIADA BERPUTUS, tiada BERKETIKA, tiada LALAI, tiada LUPA, tiada berkeputusan, atau BERKESUDAHAN siang dan malam, senantiasa CINTA dan KASIH kepada ALLAH TA’ALA, baik pada waktu Tidur maupun jaganya. Inilah yang sebenar-benarnya jalan MA’RIFAT kepada ALLAH TA’ALA, iaitu menghilangkan segala pekerjaan dunia, mengerjakan akan ilmunya dan menghancurkan akan segala pandangannya, maka berhimpunlah kesemuanya ini daripada huruf HA seperti disebutkan terdahulu. Maka disanalah kita MEMATIKAN UJUD DIRI KITA, SIFAT KITA, ASMA’ KITA, DAN AFA’AL KITA.   Demikianlah kita mencari yang dinamakan RAHSIA ALLAH dengan MUHAMMAD. Adapun orang AHLI SUFI mengucapkan ZIKIR ALLAH itu ada empat perkara kesempurnaannya :
  1. LA ILAHA ILLA ALLAH pada Syari’at : Tiada Tuhan yang lain hanya Allah.
  2. LA ILAHA ILLA ALLAH pada Tharikat : Tiada aku kasih yang lain hanya Allah.
  3. LA ILAHA ILLA ALLAH pada Hakikat : Tiada aku kasih yang lain hanya Allah.
  4. LA ILAHA ILLA ALLAH pada Ma’rifat : Tiada ujud sesuatu hanya ujud Allah.
Barang siapa menyebut LAILAHAILLALLAH dengan katanya tiada lidahnya, maka kafirlah orang itu pada zahirnya dan selamanya pada batinnya.
Barang siapa menyebut LAILAHAILLALLAH dengan lidahnya dan tiada tasdik hatinya, maka kafirlah ia.
Barang siapa menyebut LAILAHAILALLAH dengan lidahnya dan tasdik hatinya, maka orang mu’minah ia dengan se-benarnya mu’min.
Barang siapa mengekalkan ia akan ujud itu, maka fana’lah ia di dalam menyebut LA ILAHAILALLAH, maka orang itu WALI ALLAH, kerana kita ini ke ESAAN ujud ALLAH jua, sebab ujud Allah itu ujud HAKIKI dan ujud kita ini hanya ujud MUJAJI.
Adapun tandil tergangi tiada mempunyai Ujud hanya Allah Ta’ala. Adapun kita ini hamba-nya ertinya MUNAJAT itu berkata-kata, adapun yang berkata ALLAHU AKBAR itu Allah jua, bukannya kita, kerana kita ini hamba-nya. Adapun MI’RAJ itu LAIP, adapun LAIP itu tiada mempunyai DIRI, melainkan hanya Allah Ta’ala bukannya kita, kerana kita ini hambanya,
adapun IHRAM itu ertinya ter-cengang adapun ter-cengang itu tiada tahu akan dirinya dan dia tahu maka apabila fana’ dan tiada kelihatan ujud diri kita lagi, maka disanalah tempat kita menanamkan diri dengan Tuhan kita AZZA WAJALLA, dan barulah kita bertemu GHAIB dalam GHAIB, Ujud didalam Ujud, Zat didalam Zat, Sifat didalam Sifat, asma’ didalam Asma’, Afa’al didalam Afa’al, Sir didalam Sir, Rahsia didalam Rahsia dan Rasa didalam Rasa, maka disanalah kita menerima ZAUK WAJDAN dan ASYIK, inilah dalil yang menunjukkan diri kepada ALLAH TA’ALA.
Kedua martabat WAHDAH : ertinya ESA kerana Tunasah dan Tasbih ialah perhimpunan SALIK dan seperti laut dengan ombak maka tiadalah bercerai keduanya, maka dinamai TA’IM AWAL artinya CINTA PERTAMA, yang bernama ALLAH dan MUHAMMAD, bernama ZAT dengan ZAT, maka iaitu Sifat Allah Ta’ala : “WAHUWA MA AKUM AINAMA KUNTUK”, ertinya ; “Dimana saja kamu berada Allah Ta’ala beserta kamu”. Dan mula serta itu tiada bercerai ZAT dengan SIFAT, tiada bercerai TUHAN dengan MAKHLUK, adapun menurut kelakuan disini ZAT UJUD ILMU NUR SYUHUD itu dinamai iaitu HAKIKAT ASIA, ertinya ada yang se-benarnya, perkara yang maklum bukan perkara ilmu (segala ilmu) Allah Ta’ala kemudiannya dan lagi seperti kata para sahabat-sahabat Nabi terdahulu. Inilah pandangan orang arifbillah yang sebenar-benarnya jalan MA’RIFAT kepada ALLAH TA’ALA. Begitu pula pandangan kita. Adapun yang terhimpun didalam tubuh kita ada DUA ROH:
  1. ROH yang dinamakan ROH QUDUS— zikir ROH QUDUS itu ucapannya – HU – HU
  2. ROH yang dinamakan ROHANI, zikir ROHANI itu ucapannya— ALLAH-ALLAH
Tiada tahu akan Tuhannya, hanya bertemu GHAIB didalam GHAIB, SYEIKH MUHAMMAD USMAN pernah berwasiat kepada anaknya, yang ertinya ; “Hai anakku tidak dapat tidak atau jangan tidak, wajib engkau ketahui serta engkau I’tikadkan didalam hatimu ilmu yang 5 (lima) perkara ini, inilah yang dinamakan ILMU HAKIKAT”. Ertinya: ilmu Hakikat itu mengetahui dengan hati yang yakin, bukannya dengan bacaan atau dengan perkataan lidah tetapi dengan diberi ESANYA ditetapkan didalam hati jua. Maka tiada berfaedah bacaan dengan lidah dan kalimat perkara tersebut adalah sebagai berikut :
  • PERTAMA : TAUHIDUL AFA’AL
  • KEDUA : TAUHIDUL SIFAT
  • KETIGA : TAUHIDUL ASMA’
  • KEEMPAT : TAUHIDUL ZAT
Dan suatu riwayat mengatakan sebagai berikut : FANA’IL AFA’AL FANA’IL SIFAT dan FANA’IL ZAT. Adapun Tauhidul Afa’al itu seperti engkau kata ; “LAFA’LUN ILLA FI’LULLAH”, ertinya “tiada mempunyai perbuatan melainkan se-mata perbuatan Allah Ta’ala jua didalamnya (Hakikatnya)”. Dan Tauhidul Sifat itu yakni seperti engkau kata, dan engkau i’tikatkan didalam hatimu : “IA QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYAT, SAMA’, BASHAR, KALAM, ertinya ; “Tidak mempunyai KUASA, KEHENDAK, TAHU, HIDUP, MENDENGAR, MELIHAT DAN BER-KATA-KATA”. Melainkan kesemuanya itu daripada Allah Ta’ala jua pada hakikatnya.
Adapun Tauhidul ZAT itu seperti engkau kata engkau I’tikatkan didalam hatimu ; “LA MAUJUDA ILLALLAH”, ertinya tiada yang ujud didalam alam ini melainkan Allah Ta’ala semata-mata pada Hakikatnya, kerana sekalian alam (Ujud alam) ini tiada maujud sendirinya, tetapi berdiri ujud kepada ujud Allah aza wajalla. Keempat dalil Shuhudul Kasyrah, seperti telah dihuraikan terdahulu, iaitu pandang yang banyak didalam satu dan pandang yang satu didalam yang banyak. Maka pandang itu olehmu dengan bahawasanya ujud sekalian alam ini berdiri kepada Ujud Allah Ta’ala, tiada maujud sendirinya dan pandang olehmu bahawasanya Allah Ta’ala  itu maujud didalam sesuatu yang maujud maka disertakan pandangmu itu dengan pandangan PANDANG RAHSIA DIDALAM HATI. Bukan pandang yang dibangsakan dengan perkataan dan lafaz, itu tiada memberi faedah.
Ertinya pandang olehmu bahawasannya Allah Ta’ala itu maujud ia didalam tiap-tiap sesuatu ujud, iaitu pandang HAWIYAHNYA QIYAUMAHNYA dan Qudratnya serta kebesarannya dan tiada diambil tempat dan Allah Ta’ala itu tiada menjadi rupa sesuatu, kerana Allah Ta’ala “LAISAKAMISLIHI SYAI’UN WAHUWASSAMI’UL BASHIR” ertinya ; “Tiada menyamai Allah Ta’ala itu dengan sesuatu apa pun dan ia amat mendengar lagi amat melihat akan segala pekerjaan, baik yang zahir mahupun yang batin”.
Dan lagi ketahuilah olehmu bahawasanya keadaan kita itu tetap selama-lamanya didalam ILMU ALLAH TA’ALA jua, demikianlah se-benar-benarnya I’tikad kita, maka itulah I’tikad sekalian para Nabi-Nabi Allah, sekalian wali Allah dan I’tikad sekalian yang Solih-Solih maka janganlah kita ubah daripada i’tikad ini, supaya sampai kepada jalan FANA’FILLAH dan BAQA’BILLAH, Artinya ; LAIP KITA DIDALAM ALLAH TA’ALA dan KEKAL ADANYA DENGAN ALLAH TA’ALA. Adapun ertinya LAIP itu ialah HAPUS, hapus itu tiada lagi kelihatan ZAT kita, kecuali ZAT Allah Ta’ala se-mata. Begitulah hendaknya I’tikad dan pandangan kita, umpamanya seperti ombak ia bernama ombak atau laut sebab ia bernama laut, tetapi pada hakikatnya adalah daripada AIR jua. Maka itu namanya tiga hakikat tetapi berasal daripada satu jua. Umpamanya seperti besi didalam Api, maka hilanglah besi itu oleh api, tiada kelihatan lagi ujud besinya, hanya keadaan api itulah yang kelihatan se-mata, zatnya, sifatnya dan Afa’alnya. Maka apabila ditetapkan keadaan itu dan dikeraskan didalam keadaan kita, niscaya hilanglah keadaan kita itu, maka tiada lagi dan sampailah kita kepada jalan fana’fillah dan baqa’billah, maka apabila kita tidur terlihatlah oleh kita dalalahnya pada bertemu.
TUDIBBUL BADANI HAJJA ALA QALBI, hancurlah badan jadilah HATI. TUDIBUL QALBI SHARARROHI, ertinya, hancurkan hati jadikan ROH. TUDIBURROHI SHARANNURU, artinya, hancurkan roh jadikan CAHAYA, ialah AKU ALLAH (dalam Diam). Aku yang se-benarnya RAHSIA MARKUM MANUSIA didalam hatimu itu. Adapun hati manusia itu umpama cermin, maka apabila ditilik didalamnya, maka kelihatanlah itu TUHANNYA, daripada RAHSIANYA, kerana rupa kita yang batin itulah yang diakui Allah RUPA DARIPADA RAHSIANYA, kerana dalil menyatakan yang ertinya ; INSAN ITU RAHSIAKU, RAHSIAKU ITU SIFATNYA, SIFATNYA ITU TIADA LAIN DARIPADA UJUDKU yang WAJIB UJUD adanya. ALQALBUHAYATI SYIRRI ANA ILLA ANA, ertinya ; Didalam Akal itu Hati, didalam Hati itu Roh, didalam Roh itu Sir, didalam Sir itu AKU. AKU RAHSIA SEGALA MANUSIA
AKU RAHSIA SEGALA MANUSIA DIDALAM HATI. Ketahui olehmu hai Shaleh. Inilah orang yang sebenar-benarnya mengenal ALLAH TA’ALA seperti ; MAN ARAFALLAHU FAHUWA ALLAH, yakni barang siapa mengenal ALLAH iaitu bernama Allah dan Muhammad.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq