Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)
Ilmu Huruf merupakan salah satu ilmu yang semakin dilupakan dan sukar mencari guru yang dapat mengijazahkan ilmu ini, kerana tidak ramai yang mempelajari atau tidak diwariskan walaupun dari kalangan para Waliyullah dan Sufi muhaqiqin sekalipun. Kitab-kitab berkenaan ilmu huruf ini juga tidak banyak ditulis, antara kitab yang terkenal tentang ilmu huruf ini adalah kitab Shamsul Maarif Kubra (Shams al-Ma’arif wa Lata’if al-‘Awarif) oleh Ahmad bin Ali as Sabuni rah. Ibn Arabi rah. banyak menghuraikannya dalam kitab magnum opusnya Futuhat Al Makiyah.
Ilmu huruf adalah puncak dari makrifat . Kerana hikmah dapat dicapai dan dihurai melalui perkataan sedang kebesaran dan keagungan hanya dapat dirasai dengan getaran huruf. Menurut Ibn Arabi, “tinggalkan dua selipar” seperti yang disebut dalam al Quran terhadap Nabi Musa a.s (20:12) ialah meninggalkan Lam dan Mim dalam “Alif Lam Mim”, kerana Alif mewakili Zat sedangkan Lam mewakili Sifat dan Mim, af’al atau perbuatan Allah s.w.t. Alif sendiri berbanding manusia adalah khalifah dalam alam huruf sebagaimana manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi.
Ilmu huruf atau abjad juga adalah satu kaedah kiraan (ilmu hisab) setiap huruf yang terdapat dalam setiap abjad, dan juga setiap abjad mewakili asma-asma Allah, Manusia dan khadam-khadam Malaikat. Anda tentu tertanya-tanya bagaimana timbulnya bilangan wirid-wirid yang jumlahnya telah ditetapkan dengan bilangan tertentu dan bagaimana pula jika kita ingin mendapatkan khadam malaikat? Untuk mendapatkan bilangan wirid para ulama terdahulu ialah melalui :
KAEDAH ABJADIYYAH
Untuk mengetahui huruf hijaiyah kita harus mengetahui terlebih dahulu huruf-hurufnya. Huruf hijaiyah terbagi menjadi 28 makhraj (pengucapan huruf. Jika selama ini kita mengenal susunan huruf Arab dari ALIF sampai YA (A-Ba-Ta-Tsa), itu adalah urutan huruf Arab yang disusun dan dikelompokkan menurut kemiripan bentuknya. Namun sebenarnya urutan huruf Arab yang betul adalah dari ALIF sampai GHAIN (A-Ba-Ja-Dun atau singkatannya ABJAD). Perhatikan susunan huruf hijaiyah dibawah ini.
Dalam ilmu hikmah, urutan huruf Hijaiyah yang dipakai adalah Susunan Abjad atau disebut juga dengan istilah Kaedah Abjadiyyah. Dimana dalam kaedah Abjadiyyah ini, setiap huruf memiliki nilai numerik (angka). Apa itu nilai numerik? Angka yang kita kenal sekarang iaitu angka 1, 2, 3 dan seterusnya. Sebelum ada angka-angka tersebut orang melakukan penghitungan berdasarkan simbol atau karakter yang merepresentasikan sebuah angka. Pada awalnya dijumpai angka-angka yang diucapkan dan angka-angka yang disimbolkan dengan jari tangan (diindikasikan oleh posisi tangan dan jari-jari). Seterusnya untuk membuat kiraan diperlukan apa yang disebut sebagai “NUMERAL” yang merupakan sebuah simbol atau karakter yang digunakan untuk mewakili sebuah bilangan. Misalnya, dalam sistim Romawi angka “SATU” disimbolkan (ditulis) dengan huruf “I”. Angka “LIMA” disimbolkan “V”, Sepuluh “FX”, Limapuluh “L”, Seratus “C”, Limaratus “D”, dan Seribu “M”. Bila kita menemukan tulisan Romawi misalnya “MCMLXXV” itu maknanya adalah angka “1975”. Jadi Nilai numerik adalah nilai yang melekat pada huruf-huruf atau simbol. Nilai Numerik Huruf Arab (Abjad Arab) (lihat rajah dibawah)
Sekiranya kita memberi perhatian kepada sistem ini. Angka-angka itu adalah 0, 1, 2, 3. 4, 5, 6, 7, 8 dan 9—Maka kita perlu mengulang lagi angka-angka itu untuk menjadi 10 (puluhan), 100 (beratus-ratus), 1000 (ribuan) —Misalnya, untuk membuat angka 10, kita memilih 1 dan 0 dari deretan digit tunggal (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9)—Sehingga, angka 9 adalah angka digit tunggal terakhir—Sistem nombor biasanya tidak terhingga
—Kita sering meyebut nombor-nombor sebagai beratus-ratus, beribu-ribu, berjuta-juta, berbilion-bilion, dan sebagainya—Tetapi tidak ada bilangan besar yang boleh dipanggil nombor terakhir yang mana tidak ada nombor lain. Di sinilah angka 9 digunakan sebagai digit terakhir, tanpa replikasi.
—Kita sering meyebut nombor-nombor sebagai beratus-ratus, beribu-ribu, berjuta-juta, berbilion-bilion, dan sebagainya—Tetapi tidak ada bilangan besar yang boleh dipanggil nombor terakhir yang mana tidak ada nombor lain. Di sinilah angka 9 digunakan sebagai digit terakhir, tanpa replikasi.
Kaedah Abjad dan nilai berangka ini digunakan untuk mengira nilai suatu nama, Asma Allah dan ayat-ayat Al-Quran. Misalnya dalam bacaan wirid-wirid Asmaul Husnah kita sering menemui jumlah angka wiridnya.
Contoh: Asma Allah “AL KHOBIR” dibaca “Yaa KHOBIR” sebanyak 812 kali. “AL LATHILF” dibaca Ya Lathiif sebanyak 129 kali, Kalimat Basmalah dibaca 786 kali dan sebagainya. Angka-angka tersebut didapatkan dengan cara mengira (hisab) dengan kaedah Abjadiyyah. Semak penjelasan berikut ini. Cara mengira (Hisab) Huruf Asma Al Husna dan Ayat-ayat Suci : Asma AL KHOBIR.
Kata Asma AL KHOBIR dipisahkan perhuruf, yaitu: alif lam kho-ba-ya-ro. Huruf alif dan lam pada AL tidak dikira, jadi yang dikira kata dasarnya – KHOBIR (KHO BA YA-RO).
Nilai Numerik Huruf Arab (Abjad) didapatkan:
Nilai Numerik Huruf Arab (Abjad) didapatkan:
- Kho nilainya -600,
- Ba nilainya -2 ,
- Ya nilainya -10,
- Ro nilainya -200
- Jumlahnya -812.
Contoh 2 Asma AL-LATHILF
Contoh Lain: Bismillahirrohmanirrohim
“Bismillahirrohmanirrohim” secara masyhur dibaca 786 kali. Para ulama terdahulu mendapatkan kiraan berdasarkan Kaedah Abjadiyyah ini. Demikianlah salah satu kegunaan dari Ilmu Huruf Kaedah Abjadiyah ini, dan tentu saja dalam ilmu hikmah, kaedah ini masih banyak aplikasi pemakaiannya, misalnya sebagai asas ilmu menulis wafaq (rajah).
HUDHURI WAL ISYRAQ (pengenalan tahap rasa)
Dari Ibrahim bin Khuttab, dari Ahmad bin Khalid, dari Salamah bin Al Fadl, dari Abdullah bin Najiyah, dari Ahmad bin Badil Al Ayyamy, dari Amr bin Hamid hakim kota ad Dainur, dari Farat bin as Saib dari Maimun bin Mahran, dari Ibnu Abbas dan sanadnya Rasulullah SAW, ia berkata:
“Segala sesuatu ada penjelasan (tafsir)nya yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak mengetahuinya”
- Bertitik dan tidak bertitik, menggambarkan nathiq (bicara) dan shamit (diam).
- Mengandung empat unsur, yaitu: 1) Unsur api—alif, haa, tha, shad, mim, fa, syin. 2) Unsur udara—ba, wau, ya, nun, shat, ta, dha. 3) Unsur air—jim, za, kaf, sin, qaf, tsa, zha. 4) Unsur tanah—ha, lam, ‘ain, ra, kha, ghain.
- Secara individualnya atau tidaknya, terbahagi menjadi: mufradah, matsani dan matsalis. Mufradah adalah huruf-huruf Muqattha’ah (yang terdapat di awal surat Al-Qur’an) seperti huruf alif, kaf, dan lam. Matsaniseperti dal, dzal, sampai fa dan qaf. Matsalis seperti ba sampai kha dalam susunan Abatatsa. Dari sisi nuqtah (titik): ada yang satu, dua, dan yang tiga.
- Malfuzhi, masruri, dan malbubi. Malfuzhi adalah huruf yang dalam pelafazan atau pengucapannya tidak sama antara huruf pertama dan huruf terakhir, misalnya alif dan jim. Masruri adalah huruf yang dalam pengucapannya sama antara huruf pertama dan huruf terakhir, misalnya mim, nun, dan wau. Malbubi adalah huruf yang pengucapannya terdiri dari dua huruf, misalnya ba, ta; huruf ini juga disebut huruf ‘illiyyah.
- Mufashalah dan Muwashalah. Mufashalah adalah huruf yang hanya boleh disambung dengan huruf sebelumnya, yaitu alif, wau, dzal, ra, za, dan dal. Muwashalah adalah huruf yang boleh disambung dengan huruf sebelum dan sesudahnya.
- Huruf cahaya dan huruf kegelapan. Huruf cahaya adalah: shat, ra, alif, tha, ‘ain, lam, ya, ha, qaf, nun, mim, sin, kaf, ha. Yang semuanya terhimpun dalam kalimat:
- Huruf mudghamah (tersembunyi) dan muzhharah (nampak). Masing-masing berjumlah 14 sama dengan pembahagian jumlah manzilah bulan. Yang nampak selalu berada di atas bumi, dan yang tersembunyi selalu berada di bawah bumi. Huruf Mudghamah adalah huruf yang bila diawali (Al) bunyi Al-nya tidak nampak, misalnya Ra dan Dal. Huruf Muzhharah adalah huruf yang bila diawali (Al) bunyi Al-nya nampak, misalnya ba, jim.
Maratib / Darjah Kewujudan
Dari segi darjah kewujudan atau maratib, huruf-huruf boleh disenaraikan sebagai berikut:
- Allah s.w.t – Alif, Wau, Nun.
- Manusia – Alif, Ya, Hamzah, Jinn, Jim, Wau, Kaf, Kof.
- Binatang (baha’im) – Dal, zay, sad, ayn, dhod, sin, zal, ghayn, shin.
- Pepohonan (nabati) – Alif, Ha, Lam.
- Bebatuan (jamad) – Ba, Ha, Ta, ya, Fa, Rha, Tha ,Kho, Za.
Sedangkan dari segi alam :
- Jabarut – Ha, Hamzah.
- Malakut – Ha, Kho, ayn, Ghayn.
- Alam al wasat – Ta, Tha, jim, dal, dhal, rha, zay, za , kaf, lam, nun, sad, dod, Kof, sin, shin, ya.
- Alam al Mulk – Ba, mim, wau.
- Alam khayal – Fa.
- Alam Jabarut – bertemu malakut pada Kaf dan Kof.
- 2 Tahap: Tahap 1 (imtizaj al maraba) dan Tahap 2 ( al sifa al ruhaniyyah) – Ta, Za, sad, dhod.
- Alam campuran/pertengahan Jabarut/Malakut – Ha.
- Alam fizikal – Alif, Wau, Ya.
Malah menurut Ibn Arabi rah. semua huruf-huruf hijaiah itu ada alam tersendiri yang mempunyai “rasul”nya sendiri dan hukum ilahi yang wajib diikuti oleh penghuni alam itu.
Ibn Arabi
Pada manusia / dunia:
- Orang Awam – Jim, Dhod, Kha, Dal, Ghayn, shin.
- Khawas – Huruf-huruf muqotaat (14 semuanya).
- Khawasul khawas – Alif, ya, ba, sin, haf, ta, Kof, tha, wau, sad, ha, nun, lam, ghayn.
- Pilihan khawasul khawas – Ba
- Pilihan khas khawasul khawas – 16 huruf semuanya.
- Alam al mursal (para rasul dan anbiya’) – Jim, ha, kha, kaf.
- Muqarrabin – Alif, dal, dhal, ra, zay dan wau.
- Insan cahaya – 12 huruf.
- Insan asrar (manusia rahsia) – Ba, fa dan jim.
- Insan maqam ittihad – 13 huruf.
ASMA MALAIKATUL HARFITS WA A’WANUL HARFITS
Ini adalah susunan huruf yang mewakili Malaikat beserta A’wan-nya (Khadan pembantu malaikat huruf)
- Huruf Alif = Malaikat Hathmahtholqiyaail [A’wan : Hadhayunin/Syalhamidin/Tomkholashin/Bukhlaylakhin]
- Huruf Ba = Malaikat Jaromhayail [A’wan : Kasyamsyakhin/Haylakhin/Mahalsyathin]
- Huruf Jim = Malaikat Tolaqtoyai Wa Tolqiyail [A’wan : Hadmakhhalasylakhokhin]
- Huruf Dal = Malaikat Sakamhayail [A’wan : Haltofin/Mahlalkhin/Syawidin/Syasyaltotin]
- Huruf Ha = Malaikat Afroyail [A’wan : Dzabhatin/Hamkikin/Hasytoyto’in]
- Huruf Wau = Malaikat Tunayail [A’wan : Mahdaduhin/Syaltamukhin/Barokhin]
- Huruf Zay = Malaikat ‘Almasyyail [ A’wan : Ma’adrosyin/Hatotimin/Mahatin]
- Huruf Ha = Malaikat Tofyail [ A’wan : Dahlikh/Kamsyalaatokhin]
- Huruf Tha = Malaikat Astoyail [ A’wan : Syamhatin/Malsyakhin/Malkhosyin/Tomahin]
- Huruf Ya = Malaikat Hardaqil [A’wan : Damgigin/Halhafin/Syawiyadkhin]
AMALAN KHADAM MALAIKAT HURUF
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM
AYYUHARRUHANI ALMUWAKKALI BIHARFIL ……(isi dengan huruf malaikat yang diinginkan)SAALTUKA BIL LADZI KHOLAQOKA FA SAWWAKA FA’ADALAKA FI AYYI SUROTIN MA SYA A ROKABAKA AYYUHAS SAYYIDUL KAMILUL MUGTAROFU MIN BIHARI MA’ADINI JAWAHIRIL ASRORI WA YUNABI’U MALAKUTU JABARUTIL ANWARI ILLA MA AJABTANI WA ROFA’TAL HIJABA BAYNI WA BAYNAKA HATTA ANDZUROKA BI BASHORI WA ANTA TUKHOTIBUNI WA SAKHHIR LI A‟WANAKA ……….(isi dengan nama Malaikat serta A’wan)
Ayat diatas adalah sebagai contoh ayat amalan memanggil khadam Malaikat, untuk mengamalkannya perlu melalui syarat dan cara tertentu. Sebenarnya banyak lagi cara amalan huruf yang boleh diamalkan, jadi, carilah guru untuk nendapatkan ijazah pengamalannya.
Di nukilkan dari kitab Syumusul Anwar, syamsul ma’arif, kitab Syarah Doa Jawsyan Kabir, menceritakan betapa sukarnya beliau hendak mendapatkan amalan ini. “Ketahuilah wahai saudaraku yang membaca dan menghafalkan setiap asma’ malaikat, maka apabila mati tubuhnya akan terjaga dari kerosakan, Sesungguhnya ilmu ini penuh dengan keberkatan dan mustajab. Aku mencari untuk amalan, teknik dan ijazah ini selama 5 tahun, akhirnya aku mendapatkannya dari seorang Syeikh yang berasal dari Iraq tepatnya di kota Baghdad, keadaan rumah Syeikh ini secara fizikalnya kelihatan sangat uzur namun keikhlasan dan ibadahnya kepaada ALLAH sangat luarbiasa, dan beliau banyak mengerjakan Khowariqul Adah (Diluar adat kebiasaan Manusia ). Aku bertemu dengan Syeikh ini setelah Riyadhoh yang sangat panjang dan membahas didalam masalah ilmu dan berbagai ke ajaiban-ajaiban serta ke anehan yang muskyil terjadi“.
KHASIAT HURUF
- Alif: Menghilangkan kebodohan, menguatkan daya tangkap fikiran, mendamaikan orang, mahabbah, membuka peti, menjaga harta, halimunan.
- Ba: Kemudahan rezeki, menyembuhkan penyakit, mahabbah.
- Taa: Menghilangkan dan mendatangkan khayalan yang menyengsarakan dan mimpi buruk.
- Tsa: Menghilangkan sakit panas, mahabbah, menyatukan/memisahkan orang.
- Jim: Menaikan darjat dan kewibawaan, mengangkat beban berat.
- Ha: Menekan musuh dan agar kuat berjalan.
- Khoo: Memisahkan orang yang bersatu dalam kejahatan.
- Dal: Sakit panas, memudahkan orang melahirkan, membuka peti harta.
- Dzal: Mahabbah, meredakan kemarahan.
- Roo: Mahabbah, memudahkan rezeki dan menolak kefakiran.