Mengenal Diri Mengenal Allah-Khalik Dan Makhluk
BEBERAPA KESIMPULAN >> Asal kata makhluk diambil dari kata-kata halq. Dan kata-kata halq itu diambil dari kata khalik. Dan kata-kata khalik itu adalah khalik. Jadi asal dari khalik kembali lagi kepada khalik. “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI’UN” (Datang dari Allah kembali kepada Allah ). Awalnya Allah, dan ahirnya Allah. Awalnya Tuhan, dan ahirnya Tuhan. Awalnya tidak ada permulaannya, dan ahirnyapun tidak ada penghabisannya. Kalau ma’rifat kita sudah ta’zmullah, iaitu : tilik seorang arif itu akan kebesaran dan kemuliaan, keagungan sesuatu itu melainkan itu semata-mata kebesaran, kemuliaan dan keagungan Allah aza wazallah jua adanya. Maka intisari daripada itu adalah : Segala makhluk itu adalah khalik, dan khalik itu sebaliknya. Dalilnya : SYUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH dan SYUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH, ahirnya SYUHUDUL WAHDAH FIL WAHDAH. Demikianlah pandangan seorang arifbillah. Jadi kesimpulannya adalah : SEMUA ITU ALLAH...