Bay'at
KETAHUILAH
bahwa makna Bai‘ah adalah berjanji dan taat setia kemudian berpegang
teguh dan tetap melaksanakannya. Berbai‘ah merupakan amalan Para Sufi
yang mulia Rahmatullah ‘alaihim dan i terus berjalan sehingga ke hari
ini dan akan terus berjalan. Berbai‘ah juga merupakan Sunnah dan Tariqah
Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in. Bai‘ah
adalah menetapkan secara sedar hubungan di antara Murshid dan Murid.
Murid membenarkan Murshidnya memberikan bimbingan kepadanya dan Murshid
menerima Murid sebagai Muridnya dan pengikutnya dalam mencapai
peningkatan Ruhani menuju kepada maksud yang hakiki. Perkataan
Bai’ah berasal dari kata dasar Ba’a Bai’an Mabi’an yang berarti menjual
dan perkataan ini biasa digunakan dalam istilah akad jual beli.
Biasanya setelah menjual sesuatu, si penjual akan mengucapkan Bi’tu yang
berarti “Saya menjual” dan pembeli pula mengucapkan Isytaraitu yang
berarti “Saya membeli” dan ini mengisyaratkan kepada keredhaan kedua
belah pihak. Darikata dasar tersebut terbit
pula kata Baya’a yang berarti membuat perjanjian atau biasa disebutkan
sebagai Bay’at atau Bai’ah. Dalil Bai‘ah di dalam Al-Quran ada di dalam
Surah Al-Fath ayat 10 yang mana Allah berfirman yang maknanya ; “Sesungguhnya
orang-orang yang berbai‘ah berjanji setia kepada kamu (Muhammad),
sesungguhnya mereka berbai‘ah berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah
di atas tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar janjinya maka
akibat buruk akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati
janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” Bahwasanya
orang-orang yang berjanji setia kepada Nabi Muhammad, sesungguhnya
mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka,
maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat dari melanggar
janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya
kepada Allah, maka Allah akan memberinya pahala yang besar. Pada
bulan Zulqaidah tahun keenam Hijriyyah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam beserta pengikut-pengikutnya hendak
mengunjungi Makkah untuk melakukan Umrah dan melihat keluarga-keluarga
mereka yang telah lama ditinggalkan. Sesampainyadi Hudaibiyah, Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berhenti dan mengutus
Hadhrat ‘Utsman bin ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu terlebih dahulu ke Makkah
untuk menyampaikan maksud kedatangannya dan kaum Muslimin. Mere man bin
‘Affan Radhiyallahu‘Anhu, tetapi tidak juga datang kerana Hadhrat
‘Utsman binAffan Radhiyallahu ‘Anhu telah ditahan oleh kaum Musyrikin,
kemudian tersiar lagi khabar bahawa Hadhrat‘Utsman bin ‘Affan
Radhiyallahu ‘Anhu telah dibunuh, maka Nabi menganjurkan agar kaum
Muslimin melakukan Bai'ah janji setia kepadanya. Mereka pun mengadakan
janji setia kepada Nabi dan mereka akan memerangi kaum Quraisy bersama
Nabi sampai kemenangan tercapai. Perjanjian
setia ini telah diridhai Allah sebagaimana tersebut dalam ayat 18 Surah
Al-Fath, karana itulah disebut sebagai Bai'atur Ridhwan. Bai'atur
Ridhwan ini menggetarkan kaum Musyrikin sehingga mereka telah melepaskan
Hadhrat ‘Utsman dan mengirimkan utusan untuk mengadakan perjanjian
damai dengan kaum Muslimin. Perjanjian ini terkenal dengan Sulhul
Hudaibiyah. Orang yang berjanji setia biasanya berjabat tangan. Caranya
berjanji setia dengan Rasul ialah meletakkan tangan Rasul di atas tangan
orang yang berjanji itu. Jadi maksud tangan Allah di atas mereka ialah
untuk menyatakan bahwa berjanji dengan Rasulullah sama dengan berjanji
denganAllah. Jadi seakan-akan Tangan Allah di atas tangan orangorang
yang berjanji itu. Hendaklah dimengerti bahawa Allah Maha suci dari
segala sifat-sifat yang menyerupai makhluknya. Di dalam Surah Al-Fath ayat 18 Allah Subhanahu WaTa’ala berfirman yang artinya : “Sesungguhnya
Allah telah ridha terhadap orang-orang beriman ketika mereka berjanji
setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di
dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi
balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat.” Sesungguhnya
Allah telah ridha terhadap orang-orang Mukmin ketika mereka berjanji
setia kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam di bawah sebuah
pohon dan Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu
menurunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka
dengan kemenangan yang dekat waktunya. Yang dimaksudkan dengan
kemenangan yang dekat ialah kemenangan kaum Muslimin pada perang
Khaibar. Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum
berbai‘ah dengan Hadhrat Baginda Nabi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dalam banyak keadaan. Ada yang berbai‘ah untuk ikut berhijrah
dan berjuang bersama-sama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, ada yang berbai‘ah untuk sama-sama menegakkan Rukun Islam, ada
yang berbai‘ah untuk tetap teguh berjuang tanpa undur ke belakang dalam
medan pertempuran jihad menentang orang kafir, ada yang berbai‘ah untuk
tetap berpegang dan memelihara Sunnah, menjauhi bida‘ah dan berbai‘ah
untuk melakukan ketaatan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kaum
wanita di kalangan Para Sahabat Radhiya‘anhum juga melakukan Bai‘ah
dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Terdapat bermacam-macam peristiwa Bai‘ah di zaman Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim
Ajma’in. Menurut Hadhrat Shah Waliyullah Dehlawi Rahmatullah ‘alaih di
dalam kitabnya Al-Qaulul Jamil terdapat beberapa bahagian Bai‘ah yaitu: 1. Bai‘ah untuk taat setia kepada Khalifah. 2. Bai‘ah untuk menerima Agama Islam. 3. Bai‘ah untuk tetap teguh berpegang dengan Taqwa. 4. Bai‘ah untuk ikut berhijrah dan berjihad. 5. Bai‘ah untuk tetap setia menyertai Jihad. Menurut Hadhrat Shah Abdullah Ghulam ‘Ali Rahmatullah ‘, terdapat 3 jenis Bai‘ah. Jenis yang pertama
ialah apabila seseorang itu bertaubat pada tangan seorang yang suci dan
berbai‘ah untuk meninggalkan perbuatan dosa, maka dosa-dosa besarnya
juga akan turut terampun. Jika dia kembali melakukan dosa, maka dia
perlu mengulangi Bai‘ah kali yang kedua yakni Bai‘ah ini boleh berlaku
berulang-ulang kali. Jenis Bai‘ah yang kedua
ialah apabila seseorang itu berbai‘ah untuk mendapatkan Nisbat
Khandaniyah yakni nisbat dengan sesuatu golongan atau kelompok bagi
mendapatkan berit baik a yang menjadi kekhususan bagi golongan tersebut.
Di samping itu dia mengharapkan Syafa’at yang tidak terbatas menerusi
golongan tersebut. Misalannya, seseorang itu berbai‘ah dengan Silsilah
Qadiriyah supaya mendapatkan perkhabaran baik Hadhrat Ghauts Tsaqilain
Syeikh Abdul Qadir Jailani Rahmatullah‘alaih yang mana beliau telah
berkata bahawa, “Para murid dalam Silsilahku tidak akan meninggal dunia
dalam keadaan tidak bertaubat.” Bai‘ah seperti ini tidak perlu dilakukan
berulang-ulang. Jenis Bai‘ah yang ketiga
ialah apabila seseorang itu berniat untuk mengambil faedah dan
istifadah dari sesuatu Khandan atau golongan. Jika seseorang itu telah
berikhtiar dan berusaha untuk melaksanakan Zikir dan Wazifah Khandan
tersebut secara ikhlas namun tidak berupaya melaksanakannya maka untuk
dirinya, dengan kebenaran yang menjadi kebiasaan ialah hendaklah merujuk
kepada siapa orang suci dari kelompok atau golongan yang lain dan
berbai‘ah dengan Murshid yang lain sama ada Murshid yang sebelum itu
ridha atau tidak. Akan tetapi tidak boleh sekali-kali menafikan kesucian
dan kesalihan Murshid yang terdahulu sebaliknya hendaklah beranggapan
bahawa mungkin berkahnya tidak di sana. Jika
seseorang Murid mendapati Murshid mengabaikan pengamalan Syari’at dan
usul-usul Tariqat dan dirinya terikat dengan ahli-ahli duniawi dan
mencintai dunia, maka hendaklah dirinya mencari Murshid yang lain bagi
menghasilkan limpahan Faidhz batin dan kecintaan serta Ma’rifat. Adapun,
amalan mengulangi Bai‘ah memang ada berlaku di zaman Hadhrat Baginda
Rasulullah Salllallhu ‘Alaihi Wasallam, begitu juga di zaman Para
Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in, Para Tabi’in dan Tabi’it Tabi’in. Menurut
Hadhrat Shah Waliyullah Dehlawi Rahmatullah ‘alaih bahawa mengulangi
Bai‘ah dengan Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu
ada asasnya. Begitu juga melakukan Bai‘ah berulang-ulangdengan
ahli-ahli Tasawwuf sama ada dengan dua orang Syeikh yang berlainan atau
dua kali dengan Syeikh yang sama. Ini dilakukan karana wujudnya
kecacatan pada orang yang menerima Bai‘ah itu yakni Syeikh tersebut,
sama ada selepas kematiannya ataupun berpisah jauh serta putus hubungan
secara zahir. Adapun Bai‘ah yang dilakukan
berulang-ulang kali tanpa sembarang sebab atau uzur maka boleh dianggap
sebagai main-main dan ini boleh menghilangkan keberkatan dan menyebabkan
hati Syeikh atau Guru Murshid itu berpaling dari menumpukan perhatian
keruhanian terhadapnya. Wallahu A’lam. Hadhrat
Aqdas Maulana Muhammad ‘Abdullah Rahmatullah ‘alaih suatu ketika telah
ditanyakan orang tentang apakah maksud Bai‘ah? Beliau lalu
berkata,“Cobalah engkau lihat bahwa dengan adanya pengetahuan
hukum-hukum Syariah dan urusan keagamaanpun orang tidak dapat berakhlak
dan melakukan amalanSalih dengan baik, terdapat juga kebanyakan
orang-orang Islam yang mengerjakan solat dan puasa tetapi masih tidak
dapat menghindarkan diri dari kelakuan buruk seperti menipu dan
berbohong serta mengumpat ghibat. Maksud utama Bai‘ah ialah supaya
menghindarkan kelakuan yang buruk dan menggantikannya dengan melahirkan
akhlak yang tinggi dan mulia, mendatangkan kemudahan untuk melakukan
amalan Salih dan dengan sendirinya akan meninggalkan perbuatan maksiat.” Hukum
Bai‘ah adalah Sunat dan bukannya Wajib karena manusia melakukan Bai‘ah
dengan Hadhrat Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam atas tujuan
Wasilah untuk tujuan Qurbah menghampirkan diri mereka kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Tidak ada dalil yang menunjukkan bahwa meninggalkan
atau tidak melakukan Bai‘ah adalah berdosa dan tidak ada Imam
Mujtahidin yang menyatakan berdosa jika meninggalkan Bai‘ah. Adapun
hikmah melakukan Bai‘ah adalah amat besar sekali karana Allah
melaksanakan peraturanNya dengan meletakkan dan menentukan beberapa
perbuatan, amalan dan kata-kata yang bersifat zahir sebagai lambang bagi
membuktikan ketaatan dan bagi menyatakan perkaraperkara yang bersifat
Ruhaniah, halus dan tersembunyi di jiwa insan. Sebagai contoh,
membenarkan dan mempercayai dengan yakin akan kewujudan Allah Yang Maha
Esa dan Hari Akhirat adalah merupakan perkara ghaib, halus dan bersifat
Ruhaniah, Maka Islam meletakkan pengakuan lidah atau ikrar sebagai
lambang membenarkan kewujudan Allah dan Hari Akhirat yang bersifat
Mujarrad dan halus. Begitulah juga di dalam
urusan Mu’amalat perniagaan dan jual beli yang mana ianya berasaskan
keredhaan penjual dan pembeli untuk melakukan urusan perniagaan dan
keredhaan itu adalah bersifat halus dan tersembunyi maka amalan akad
Ijab dan Qabul menjadi sebagai lambang bagi menzahirkankeredhaan antara
penjual dan pembeli. Demikian juga dalam melaksanakan Taubat, keazaman
untuk berhenti dari melakukan dosa adalah bersifat halus dan Mujarrad
lagi tersembunyi, oleh itu telah ditentukan oleh Allah menerusi amalan
Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat
Radhiyallahu ‘Anhum bahawa amalan Bai‘ah itu secara zahirnya adalah bagi
melambangkan keazaman untuk bertaubat dan meninggalkan dosa-dosa.
Upacara Bai‘ah ini seharusnya dilakukan secara rahsia pada tempat yang
rahsia kerana ianya merupakan suatu rahsia perjalanan yang rahsia bagi
setiap Salik. Pada hakikatnya Bai’ah adalah
merupakan suatu akad jual beli antara kita dengan Allah Subhanahu Wa
Ta’ala kerana Dia telah berfirman di dalam Surah At-Taubah ayat 111, Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman, diri dan harta
mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka. Mereka berperang pada
jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji
yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan
siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka
bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah
kemenangan yang besar. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerangkan
ciri-ciri serta sifat-sifat mereka yang telah melakukan jual beli dengan
Allah pada Surah At-Taubah ayat 112 yang berarti: Mereka
itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji
Allah, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat
ma’aruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum
Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman itu. Di
dalam ayat tersebut, Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerangkan dengan lebih
jelas akan ciri serta sifat orangorang beriman yang menyempurnakan akad
jual beli antara dirinya dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Yakni mereka
itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji, yang
melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan
mencegah berbuat Munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah dan
gembirakanlah orang-orang Mukmin itu. Maksudnya melawat untuk mencari
ilmu pengetahuan atau berjihad. Ada pula yang
menafsirkannya dengan orang yang berpuasa yang sentiasa bertaubat dan
melaksanakan amalan ibadah dengan baik dan sempurna, yang sering
berziarah untuk tujuan Silaturrahim ataupun untuk bertemu dengan
seseorang yang ‘Alim untuk tujuan mendapatkan ilmu ataupun menziarahi
Para Auliya Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan sebaik-baik ziarah adalah
menziarahi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam di Madinatul Munawwarah, yang mendirikan Solah dengan ruku’ dan
sujud yang baik dan sempurna, yang menjalankan kewajiban Dakwah dan
Tabligh dengan menyuruh manusia berbuat amalan kebaikan yang Ma’aruf dan
berusaha mencegah manusia dari melakukan perbuatan yang zalim dan
mungkar serta senantiasa memelihara hukum-hukum Allah Subhanahu Wa
Ta’ala sepertimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan berpandukan
Al-Hadits dan AsSunnah. Dengan berusaha
memelihara hukum-hukum Allah, mereka telah menafkahkan harta mereka dan
menyerahkan diri mereka bagi menegakkan Kalimah Allah. Mereka berperang
dengan Syaitan, Hawa, Nafsu dan Duniawi semata-mata kerana Allah
sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Maka mereka itu
adalah golongan orang-orang beriman yang berada dalam tingkatan yang
khusus dengan mendapat perkhabaran gembira dari Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Maka sebagai melengkapi syarat jual beli antara orang-orang
beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, bahwa Dia telah membeli diri
mereka dan harta mereka dan Syurga adalah sebagai tukaran. Bai’ah
merupakan akad bagi jual beli ini dan setelah kita berakad dengan akad
Bai’ah ini, menjadi tanggungjawab kitalah untuk menyerahkan diri kita
mentaati perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan RasulNya Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dan membelanjakan harta kita menurut kehendak Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dengan mengikuti petunjuk RasulNya, Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam Sumber : AR-RISALAH AL-‘ALIYAH Faqir Maulawi Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi ‘Ufiya Allahu ‘Anhu Wali Walidaihi |