Hakikat Insan – Cara-Cara Mengerjakan Sembahyang

 

BAB 12 
CARA CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG
Sembahyang yang pernah diterangkan pada bab-bab yang lalu. bahawasanya sembahyang itu adalah merupakan satu cara istiadat bagi membolehkan kita berdiri menyaksikan diri k.ita sendiri. Kita harus mengerjakan istiadat 5 waktu pada masa 24 jam sehari semalam. Oleh itu adalah pertu bagi kita mengetahui satu cara hakiki untuk menunaikan sembahyang. Rasulullah s.a.w. telahpun menerima istiadat atau cara-cara sembahyang ini daripada TuhanNya di dalam satu peristiwa Israk dan Mikraj. Maka di dalam peristiwa itulah Rasulullah s.a.w. menerima sembahyang dan istiadat sembahyang tersebut. Maka jadilah sembahyang 5 waktu itu tunggak dan tiang agong bagi hakiki hidup manusia itu sendiri.
Di dalam pertemuan rahsia dengan Allah S.w.t . Baginda Rasulullah s.a.w telah menerima cara-cara sembahyang sebagaimana cara-cara sembahyang para-para malaikat, rasul, aulia-aulia yang dizahirkan oleh Allah terlebih dahulu daripada Baginda. Maka terimalah Rasulullah akan cara tertib tereni sembahyang tersebut dan kemudiannya digezetkan oleh Baginda di dalam peraturan syariat Islam dan ianya menjadi rukun Islam yang kedua. Cara peraturan istiadat sembahyang itu hendaklah menjadi panduan dan ikutan kepada umat-umatnya sampailah dunia ini kiamat dan akhirat menjelang tiba.
Di dalam mensyariatkan cara-cara sembanyang ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
Sembahyanglah sebagaimana Aku sembahyang“.
Di dalam menunaikan syariat solat ini syariat Muhammad telah pun menetapkan hanya satu cara solat yang mutlak iaitu sembahyang atau solat yang benar-benar mengikut, sebagaimana cara-caranya yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. dari Tuhannya saja yang harus menjadi panduan dan amalan oleh umatnya. Justeru itu jika diamalkan selain daripada cara-cara solat yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. dengan Tuhan itu maka sembahyang yang diamalkan itu adalah kosong, sembahyang pak turut semata-mata. tengok orang takbir kita takbir, tengok orang sujud kita sujud, tengok orang baca tahayat kitapun baca tahayat, tetapi kebanyakan daripada kita tidak pernah belajar sembahyang, dan tidak pernah menyoal diri kita sendiri kenapa kita sembahyang dan kenapa pula sembahyang dibuat begitu rupa (ada rukuk, sujud dan sabagainya).
Kebanyakan daripada kita hanya menunaikan sembahyang ikutan. Lahir saja ke alam dunia, kita terus tengok ibu dan bapa kita sembahyang, kitapun terus di suruh sembahyang. Lantas kitapun sembahyang dan terus sembahyang sampai kita menjadi dewasa dan tua. Kita tidak pernah bertanya daripada mana ibu bapa kita mengambil cara sembahyang itu. Kita tidak pula bertanya asal-usul sembahyang itu, kerana jika satu cara sembahyang itu tidak sampai persambungannya dengan Rasulullah s.a.w. maka sembahyang itu adalah sembahyang pak turut dan sia-sia saja. Maka sembahyang yang dibuat tanpa pengesahan guru yang mursyid yang mengamalkan tatacara sembahyang yang mempunyai persambungan mata rantai daripada Baginda Rasulullah s.a.w. maka jadilah sembahyang itu adalah sembahyang ikutan dari datuk moyangnya dahulu.
Dunia terus berpusing, matahari tetap memancarkan cahayanya. Si alim menjadi jahil si jahil pula mendapat petunjuk daripada Tuhannya. Makin sehari makin ramai cerdik pandai Islam dari universiti itu, dari pondok ini, tetapi lihatlah di mana saja kita pergi kebanyakan manusia sembahyang dengan cara-cara mereka masing-masing berbeza di antara satu sama lain, perbezaan di antara seorang alim dengan seorang alim yang lain; di antara seorang jahil dengan seorang jahil yang lain. Cubalah lihat satu contoh perbezaan cara takbir sembahyang di antara dua orang alim, yang belajar di satu pusat pengajian yang mempunyai kitab dan hukum yang sama dan cuba pula kita perhatikan kedudukan kaki mereka di antara, dua sujud yang seorang begini dan seorang lain begitu, lantas jika terdapat perbezaan diantara dua orang alim tersebut maka di manakah pula
kebenaran sabda Rasulullah s.a.w. yang mensyariatkan sembahyang sebagaimana Baginda sembahyang, sedangkan hanya satu cara sahaja,Rasulullah s.a.w. menerima sembahyang daripada Tuhannya. Oleh itu jika perbezaan amalan di antara dua orang ulama’ maka bagaimana halnya dengan sijahil yang tidak pernah mendapat tunjuk ajar daripada seorang guru yang mursyid.
Wahai anak cucuku, setelah hidupku sesuku abad ini, aku telah banyak menemui guru-guru syariat untuk bertanya tentang cara-cara sembahyang ini. Aku bertanya kepada mereka cara-cara sembahyang dan bertanya pula dari mana mereka mengambil cara-cara sembahyang dan bagaimana petuanya untuk menghadirkan diri di dalam sembahyang dengan penuh khusyuk dan tawaduk dan menghilangkan perasaan fikiran membuatku teringat kepada lembu di padang atau kain basah hari nak hujan di dalam masa sembahyang. Tiada daripada mereka dapat memberi petua kepadaku tentang cara-cara sembahyang Rasulullah dan cara-cars untuk menghadirkan diri dengan khusyuk dan tawaduk di dalam sembahyang. Malahan masing-masing dengan petua fikiran masing masing, yang berbeza di antara satu alim ulama dengan ulama yang lain. Lantaran daripada itu aku pun telah mulai sangsi dengan cara-cara sembahyang mereka dan ijtihad bahawa mereka bersembahyang secara ikut-ikut saja. Mereka belajar di universiti dan di pondok-pondok, Mereka belajar kitab semata-mata. Tetapi mereka sendiri tidak pernah belajar dan diajar sembahyang Rasulullah s,a.w. Daripada itu, aku berdoa ke hadrat Allah supaya diajarkan aku cara-cara sembahyang seperti yang pernah diajarkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika peristiwa Israk dan Mi’raj dahulu. Pada suatu malam aku di ajar cara-cara sembahyang oleh Rasulullah s.a.w. disaksikan oleh Nabi Yusuf (a.s.), Wali Qutub Outubun Jadid, Syeikh Abdul Kadir Jailani dan Imam Syafie (Rahmatullah). Mereka datang mengajar aku sembahyang di dalam keadaan tawassul dan kemudian disahkan pula oleh Nabi Khaidir (a.s.) di dalam satu mimpi yang terang dan jelas dan aku masih Ingat sampai ke saat ini. Kemudiap aku membawa cara-cara sembahyang yang aku perolehi ini kepada beberapa orang guru hakikat dan makrifat lagi mursyid. Lalu mereka mengesahkan bahawa cara-cara sembahyang yang diterima oleh aku itu adalah sememangnya sebagaimana cara-cara sembahyang yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. semasa Isra’ dan Mikraj dahulu. Sesungguhnya aku yakin dengan ilmu aku dan aku tidak akan syak dengan ilmu aku. Oleh kerana itu aku berwasiat kepada semua anak cucuku supaya mengamalkan cara-cara sembahyang ini dengan baik. Semoga Allah meredai kita bersama dan elakkanlah daripada mengamalkan sembahyang ikutan yang tidak mempunyai asas usul galor daripada Rasulullah s.a.w. Adapun rukun sembahyang itu adalah 13 perkara. Pertamanya niat dan yang terakhirnya adalah tertib demikianlah syariat sembahyang mengikut hukumnya.
Bermula peraturan cara-cara sembahyang yang boleh aku terangkan di dalam buku catatan aku ini adalah seperti yang berikut:
1. Dirikan solat tersebut dengan mengikut syarat rukunnya.
2. Menghilangkan diri.
3. Menilik diri rahsia yang dikandung oleh kita.
4. Membaca dan mendengar setiap anggota kita, membaca pada setiap patah bacaan dalam solat tersebut.
5. Merasai nikmatnya sembahyang.
Kelima-lima cara ini hendaklah dibuat serentak di dalam acara sembahyang tersebut
1. Cara-cara solat mengikut syarat rukunnya.
Adapun yang dikatakan solat mengikut syarat rukunnya adalah dengan kita mendirikan solat dengan mengikut semua syarat rukun seperti yang ditetapkan oleh syariat. Disini aku tidaklah berhasrat untuk membincangkan satu persatu, tetapi hanya aku berhasrat untuk membincangkan di dalam catatan aku ini tentang beberapa perkara di dalam sembahyang yang jelas benar mempunyai perbezaan tentang aturcaranya, tingkah laku di dalam sembahyang itu sendiri dl antara perkara-perkara yang aku ingin sentuh dl sini adalah:
A. Niat
Adapun niat itu terkandunglah ia di dalam Kosat, Ta’arat, Ta’awut dan Ta’ayin dan niat Ini hendaklah terbit pada hujung hati kita dan terus buat dengan
perlakuan, jadi niat bolehlah disimpulkan bahawa:-
Terlintas sesuatu dihati dan terus dilakukan dengan perbuatan akan apa yang terlintas dihati tersebut dan tidak kepada perbuatan lain. Dalam hal sembahyang Ini, kita lafazkan di dalam hati kita dan katakanlah :
Aku hendak sembahyang menyaksikan diriku kerana Allah semata-mata“.
Di saat kita melafazkan niat kita ini kita hendaklah berdiri di tempat sujud kita dan selepas lafaz niat langkahkan tiga tapak langkah ke belakang iailu ke arah tempat bila nak kiam pada sembahyang tersebut dan kiamlah untuk teruskan aturan sembahyang yang lain berikutnya.
B. Kiam (Berdiri) 
Adapun yang dinamakan kiam itu adalah kita berdiri di atas tempat sembahyang dan menghalakan dada tegak ke arah Baitullah (Kiblat). Di mana jarak di antara kaki kiri dengan kaki kanan adalah sejengkal lurus dan kedudukan kedua-dua tapak kaki hendaklah lurus ke arah Baitullah, Letakkan tangan-tangan kita lurus dengan kura-kura tangan kita tegak mengadap le arah Baitullah. Manakala mata zahir, kita hendaklah memandang ke tempat yang hendak kita sujud dan hilangkan diri kita dan seterusnya takbirlah iaitu (Allahuakbar) di samping itu perlu diingatkan kedudukan dada kita hendaklah sentiasa tegak ke arah Baitullah di sepanjang sembahyang kita tersebut,
C. Takbir ratul ihram 
Sambil kita berkata Allahu Akbar maka hendaklah kita mengangkat dua belah tangan kita dengan tegak dan lurus serta biarkan lbu jari tangan kedua-dua belah tangan kita itu terkena cuping telinga kita di samping kita dapat merasai ketegakannya, iaitu rasa tegang pada bahagian tengah belakang kita. Lafaz Allah itu hendaklah dilafazkan dengan panjang 3 alif (6 harakat) sambil angkat kedua belah tangan ke arah telinga dan lafaitu hendak serentak dengan
kedua belah tangan kita untuk dipeluk atas pusat. Kemudian peluklah kedua·dua belah tangan kita diparas atas pusat dengan tangan kiri di bawah dan tangan kanan di atas. Rapatkan lengan sebelah kanan ke bahagian rusuk kanan dan longgarkan lengan di sebelah kiri sehingga terbentuk lubang di antara siku kiri dengan bahagian rusuk kiri semacam huruf ھى pada perkataan الله dakapkan tubuh kita kemas-kemas dan jangan sekali-kali bergerak walau keadaan macam mana sekalipun dengan lain perkataan tidak ada istilah boleh garu-menggaru di dalam masa sembahyang.
Selepas sahaja selesai takbir maka bacalah:-
D. Bermula Al Fatihah itu terdiri daripada 7 ayat iaitu :
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ • اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ • مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ • اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ
صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّآ لِّيْنَ
dan hendaklah dibaca secara wakaf pada setiap ayat dan hendaklah dibaca di dalam dada, biarlah kita merasai bacaan kita itu, berada di bawah paras susu pada lambung kiri kita dan jangan sekali-kali sekadar dibaca di lidah dan di dalam tengkok. Di samping itu ianya hendaklah dibaca mengikut tata cara bacaan yang betul mengikut sebutan huruf dan baris masing-masing.
Bacalah Al Fatihah ini perlahan-lahan jangan laju supaya kita dapat keghairahan Al Fatihah tersebut, di samping itu bacaan kita itu janganlah terlampau nyaring dan jangan pula terlampau perlahan sehingga tidak dapat kedengaran di telinga kita. Hal ini sesuai dengan firman Allah di dalam AI.Quran: Al-Isra’ : 110
قُلِ ادْعُوا اللّٰهَ اَوِ ادْعُوا الرَّحْمٰنَ ۗ اَ يًّا مَّا تَدْعُوْا فَلَهُ الْاَسْمَآءُ الْحُسْنٰى ۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذٰلِكَ سَبِيْلًا
“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu di dalam solatmu dan jangan pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara keduanya”
E. Rukuk
Rukuk ertinya menundukkan diri searas pinggang ke arah Baitullah. Semasa rukuk, mata kita hendaklah ditumpukan di tempat sujud. Manakala tangan kita
hendaklah ditongkatkan di lutut (tapak kedua-dua belah tangan, betul.betul di tengah tempurung lutut) dan bacalah : (dengan perlahan lahan, jangan laju)
الله اكبر سُبْحَا نَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Kemudian bangkit iktidal dan angkatlah kedua-dua belah tangan kita seperti takbir dan katalah : سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
F. Sujud
Bermula sujud itu adaah merebahkan diri ke arah Baitullah dengan membongkokkan belakang, biar bahagian muka kita terdampar di atas tempat sembahyang dengan tangan kita hendaklah diletakkan kedua-dua belah ibu jari menyentuh bibir kanan dan bibir kiri. Dan kaki kita sebelah kanan hendaklah ditegakkan 90 darjah (tegak) dan jangan sekali-kali bahagian lengan kita menyentuh tempat sembahyang (tika sembahyang). Dan bacalah :- الله اكبر سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ‎
Kemudian bangkit duduk di antara dua sujud. Letakkan kedua-dua belah tangan di atas paha dan lutut dan jangan digerakkan. Dan bacalah:-
الله اكبر رَبِ ّاِغْفِرْلِيِ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
Dan sujudlah sekali lagi seperti yang diterangkan di atas.
G. Tahayat awal dan akhir.
Bermula cara tahayat awal itu adalah dengan cara kita duduk di atas kaki kiri kita dan manakala bahagian kaki kanan hendaklah ditegakkan 90 darjah. Manakala kedua-dua belah tangan hendaklah diletakkan di atas paha/lutut dan mata zahir kita hendaklah dilihat di tempat sujud. Dan bacalah:-
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وعلى آلِ مُحَمَّد
Bacalah tahayat itu dengan teratur, perlahan dan kemas di samping ianya hendaklah dibaca didalam dada Baca tahayat ini mestilah dibaca dengan teratur kerana ayat-ayat tahayat itu adalah ayat pujian Zat kepada Sifat dan pujian Sifat kepada Zat dengan lain perkataan puji-memuji diantara diri zahir dengan diri batin di samping penyaksian secara total di antara Tubuh zahir dan tubuh batin. Begitulah juga pada tahayat akhir cuma kedudukan kaki kita pada bahagian kiri hendaklah dimasukkan dibawah betis kaki kanan dan tegakkan tapak kaki kanan 90 darjah seperti di dalam tahayat awal dan bacalah :
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وعلى آلِ مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد. اَلْلَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ المَسِيْحِ الدَجَّالِ.
H. Salam
Bermula salam itu adalah berpaling muka kearah kanan dan kearah kiri dengan berkata :
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله َوبركَاتُُه
dan disamping itu biarlah mata zahir kita dapat melihat bahu kanan dan bahu kiri kita dan masa memusingkan kepala itu jangan sekali-kali dada kita bergerak (biar tegak ke arah Baitullah) dan semasa memberi Salam itu maka bacalah:
Salam sebelah kahan bacalah :
Dan apabila salam sebelah kiri :
atau pada martabat Zat Sila baca Salam kanan, bacalah :
Dan apabila salam kiri bacalah :
2. Menghilangkan Diri
Adapun yang dimaksudkan menghilangkan diri adalah dengan cara kita menafikan diri yang zahir ini dan mengisbatkan kepada diri batin semata-mata iaitu dengan kita merasai bahawa dengan sesungguhnya diri kita ini tidak mempunyai apa-apa. Kita tidak berkuasa, tidak mendengar, tidak berkehendak, tidak melihat, tidak hidup, pendek kata tidak … tidak … tidak …. segalanya hanya Dia saja (Allah) yang bersifat begitu:
(Sila baca bacaan diatas sebelum Takbir, Allahu Akbar)
Dengan beriktikad begitu maka kita akan merasai diri kita kosong oleh yang demikian itu maka hendaklah kita merasai diri kita kosong sepanjang kita mengerjakan Sembahyang iaitu dari mula kita mulai niat, takbir dan sampailah ke salam dan jangan sekali tidak merasai begitu walaupun sesaat di dalam masa mengerjakan sembahyang tersebut. Jika kita tidak merasai begitu (hilang diri) maka kita tidak dapat menyaksikan diri rahsia kita di dalam sembahyang tersebut maka seelok-eloknya kita melafazkan bacaan pengisytiharan tersebut ketika hendak memulakan takbiratul-ihram (ketika kiam). Katakanlah bacaan berikut:
Selepas sahaja dibaca bacaan di atas berserta dengan kita merasai berdera (rasa raa) dibahagian belikat pada tengah-tengah tulang belakang. Perasaan itu dari bawah tulang sulbi naik ke arah atas tulang belakang. bila sahaja kita merasai perasaan tersebut maka cepat-cepatlah kita takbir dengan kata:
الله اكبر
Dan baca lafaz takbir biar secara panjang seboleh-bolehnya biarlah 3 alif (6-harakat). Takbir kita itu biarlah dengan penuh bertenaga dan dilafazkan di dalam dada. Perlu diingatkan semasa qiam (kiam) dan menghilangkan diri, mata zahir kita hendaklah melihat di tempat sujud kita. Dada kita mengadap kiblat dan mata hati kita hendaklah melihat ق قوسر iaitu di antara kedua-dua kening dan batang hidung. Di samping itu telinga batin kita hendaklah menumpukan sepenuh perhatian dan pendengaran ke arah bacaan yang dilafazkan oleh segenap anggota kita zahir dan balin dan tidak sesaat pun lalai dengan tugasnya itu.
Manakala tugas mata batin kita adalah melihat di ق قوسر bagi menilik akan diri
kita (diri rahsia yang ada pada jasad kita). Maka tiliklah dengan sebaik-baiknya seluruh diri rahsia kita itu sehingga ianya benar-benar nampak jelas dan terang
sekali. Di dalan masa ini juga perlu diingatkan lagi bahawa tugas telinga batin kita adalah mendengar setiap patah perkataan yang dibaca oleh lidah kita bersama secara serentak oleh Semua anggota kita yang zahir dan yang batin, untuk penjelasan lebih lanjut silalah berhubung dengan orang hakikat dan makrifat lagi mursyid lagi sampai pula Martabatnya
3. Menilik diri sendiri.
Adapun yang dimaksudkan menilik diri rahsia adalah di mana kita menilik diri
batin kita yang menjadi rahsia kepada Allah s.w.t. Maka diri batin kita itulah diri rahsia Allah Taala, lanya berada didalam jasad kita di mana rupa nya adalah sama seperti rupa paras kita yang zahir ini tetapi ianya tiada cacat-cela seperti kita. Di dalam hal menilik diri ini, tumpukan mata hati kita dari saat menghilangkan diri, takbir ratul-ihram sampailah salam kepada pusat ق قوسر dan perhati, tiliklah
diri rahsia kita di dalam jasad kita. Tiliklah diri rahsia kita itu sehingga nampak jelas, keseluruhan diri rahsia kita pada setiap saat di waktu menunaikan solat tersebut.
Rupa diri rahsia kita adalah sama dengan rupa wajah kita. Biasanya bila saja wajah diri rahsia dapat dilihat dengan terang, meliputi seluruh, tubuh jasad kita,maka kita akan merasai pada peringkat awalnya “berdera” (gementar seluruh tubuh secara automatik (tanpa disengajakan), di samping diselit dengan suatu kelazatan yang payah untuk diterangkan disini dan dengan ini akan mewujudkan tawaduk di dalam solat. Jangan sekali-kali kamu menoleh mata batin kamu itu ke arah lain. Malahan kamu haruslah melatihkan dirimu sehingga berjaya mencapai makam dan martabatnya. Tawaduk adalah mematikan penglihatan mata hati dari melihat dan menilik hal-hal lain kecuali di tumpu sepenuhnya kepada menilik diri batin semata-mata. Dengan ini lintasan fikiran membayangkan sesuatu akan mansuh dan tidak timbul lagi dan lenyap langsung. Untuk mengetahui secara lebih jelas sila kamu bertanya kepada mereka yang hakiki dan makrifat lagi mursyid serta sampai pula pada martabatnya.
4. Mendengar bacaan oleh setiap anggota.
Sebarang bacaan di dalam sembahyang bermula dari pada menghilangkan diri,
takbir al-ihram sampai ke salam hendaklah di baca di dalam dada iaitu kita
dapat merasai bacaan kita itu dilambung kiri kita. Jangan sekali-kali sebarang
bacaan kita hanya di baca di lidah sahaja.
Serentak dengan lidah menyebut satu-satu kalimah bacaan di masa sembahyang
itu maka hendaklah dituruti sama oleh setiap anggota tujuh lapis jasad kita dan
diri batin kita. Dan dengan itu juga ianya wajiblah didengar oleh telinga batin
kita. Jangan sekali-kali menolehkan pendengaran telinga batin kita ke arah lain sepanjang masa mengerjakan sembahyang tersebut. Dengan melatihkan diri berbuat demikian akan menghasilkan keadaan khusyuk yang sebenar. Adapun yang dimaksudkan dengan khusyuk adalah mematikan pendengan telinga zahir kita dan membuka pendengaran telinga batin kita kepada setiap patah bacaan di dalam sembahyang tersebut ke arah yang lain.
5. Merasai nikmat sembanyang
Jika kamu mengamalkan petua-petua solat Wali Allah dan para-para Aulia ini seperti mana yang diterangkan kepadamu tadi, maka kamu akan menikrnati satu kelazatan yang amat sangat (Kalau hendak dibagaikan di dunia ini selain daripada nikmat persetubuhan tiada lagi suatu Nikmat sedap yang boleh dinikmati oleh semua manusia, tetapi jika kubandingkan dengan nikmat persetubuhan maka nikmat sembahyang ini adalah lOO kali nikmat persetubuhan. Sila bayangkan Oh! Ee……… Enak! Sebenarnya kelazatan ini, tidak sekali-kali dapat diterangkan oleh bahasa. Tetapi ianya dapat dirasai sendiri oleh mereka yang sampai kepada martabatnya. Inilah suatu kelazatan yang pernah dilalui oleh wali-Wali Allah, para ariffinbillah dan makrifat lagi Mursyid. Dan kebanyakan bagi mereka yang sampai ke makam martabat solat ini secara yang sebenar-benarnya maka orang yang berkenaan bila saja ianya mulai hendak solat iaitu belum habis lagi sebut di dalam takbiratul-ihram, tubuh jasadnya Itu telah pun ghaib dan tidak dapat dilihat lagi oleh mata zahir manusia dan tidak pula dapat dirasai bila disentuh oleh anggota zahir orang lain. Dengan lain perkataan orang yang sampai kemartabat ini bila saja takbir di dalam solat, tentu ghaib sehinggalah di selesai salam dalam sembahyangnya. Alangkah bertuahnya kita jika darjat merasai sendiri kelazatan tersebut. Maka di sini timbullah khusyuk dan tawaduk dan hilanglah sembahyang lembu di padang. Dengan demikian tunaikanlah sembahyang sampai kamu mengalami sendiri nikmatnya.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq