Hakikat Insan – Cara Menikmati Ucapan Dua Kalimah Syuhadat

 

BAB 10 
CARA CARA MENIKMATI UCAPAN 
DUA KALIMAH SYUHADAT
Adapun mengucap dua kalimah syahadat itu adalah dengan melafazkan kata :
اشھدان لاالھ الاالله واشھدان محمدارسول الله
Ucapan kalimah ini juga boleh dinamakan sebagai ucapan penyaksian diantara kita dengan diri kita. Diantara cara-cara yang diketahui adalah seperti berikut:
1. Hilangkan diri kita 
Adapun maksud menghilangkan diri kita adalah dengan cara kita merasakan dengan satu perasaan yang sesungguhnya bahawa diri kita ini tidak mempunyai apa-apa, tidak berkuasa, tidak melihat, tidak mendengar, tidak,….. hanya Allah bersifat teragong itu. Kita kosongkan diri kita dan kita isbatkan segala-galanya kepada Allah s.w.t dengan lain perkataan kita harus merasai bahawa kita :
Bila sahaja kita telah hilang segala gala dan yang nyata Allah semata-mata disaat itu ucaplah lafaz dua kalimah syuhadat itu. Dan semasa kita melafazkan dua kalimah syuhada itu maka kita hendaklah menilik diri batin kita yang berada didalam jasad kita dan perlu dijelaskan rupa wajah diri batin kita adalah serupa dengan wajah kita. Hanya kita saja yang tahu bagaimana perasaan hilang diri itu atau bertanyalah kepada orang-orang makrifat lagi mursyid yang pernah mengalami hal yang diperkatakan ini.
2. Melafazkan kalimah 
Adapun maksud melafazkan kalimah dua syuhadat tersebut adalah dengan cara kita melafazkannya dengan mulut dan ditasdikkan didalam hati. Sebutkan dua kalimah, pendeknya kalimah syuhadat itu hendaklah dibaca didalam satu nafas. Bacalah dengan terang mengikut bacaan huruf dan baris masing masing serta hendaklah dibaca secara panjang pendeknya. Sebab jika diwakafkan di kalimah Allah maka kita cuba pada hakikatnya untuk memisahkan diri rohani kita dengan diri kita yang jasmani, Sesungguhnya bahawa diri kita yang zahir tidak boleh dipisahkan dengan diri batin kita. Untuk menjadi kamil diantara keduanya maka sebab itulah kalimah syuhadat itu harus dilafazkan terus habis tanpa diwakafkan didalam satu nafas sahaja.
3. Hendaklah dibaca dan didengar oleh seluruh tubuh.
Kalimah dua syuhadat ini hendaklah dibaca didalam dada iaitu ketika melafazkan kalimah tersebut dan serentak dengan itu hendaklah diikuti oleh semua pancaindera serta seluruh anggota tubuh kita turut melafazkan kalimah syuhadat tersebut. Jangan sekali-kali melafazkan kalimah tersebut hanya dibibir dan dilidah sahaja tanpa diikuti oleh pancaindera dan anggota lain seluruhnya, Maka dengan cara mengulangi lafaz dengan cara tersebut diatas sudah pasti kita merasai gemetar, seluruh tubuh kita dan disertai dengan satu rasa kelazatan yang amat sangat. Sila ulangi selalu ucapan dengan cara tadi sehingga ianya menghasilkan satu kelazatan yang amat sangat seperti yang pernah dialami sendiri oleh orang orang arifinbillah dan orang orang makrifat kepada Allah s.w.t.
4. Merasai Nikmat 
Perasaan sekira apabila kalimah syuhadat ini dilafazkan tidaklah boleh diterangkan oleh bahasa, Tetapi dapat dinikmati oleh orang orang yang merasainya. Seperti kata orang Saufi :
Barang siapa yang tidak merasainya tidak akan mengetahui
Untuk keterangan lanjut silalah berjumpa dengan orang makrifat lagi mursyid. Namun begitu alangkah bertuahnya bila kita sendiri dapat merasai dan menikmatinya, ini bererti kita telah berjaya bersaksikan diri kita sendiri dengan satu bentuk kesaksian yang hakiki dan makrifat. Oleh yang demikian, wahai anak cucuku, bersyuhadahlah kamu sampai ke martabat orang-orang arifinbillah kerana jika kita berjaya berolehnya maka bererti syuhadat kita adalah syuhadat tanda yang tidak mengandungi erti dan faedah apa-apa.
Sila Lafazkan dua kalimah syuhadat seperti berikut : 
Jangan sekali-kali di lafazkan begini : 

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq