Hakikat Insan – بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Dalam Hakikat Kejadian Manusia

 

BAB 20

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

DALAM HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA

AMARAN :
Kalau kail panjang sejengkal
Lautan dalam Jangan diduga
Kalau pendek fikiran dan akal
Permata berlian pun disangka kaca
AWAS..!
Segala bentuk perbincangan pentafsiran di dalam bab ini adalah berpandukan kepada pentafsiran dan istilah-istilah pengajian IImu Hakikat dan Makrifat semata-mata dan ia sememangnya terkeluar jauh dari tahap daya dan pencapaian pengajian ilmu syariat dan ianya wajib tidak tertanggung untuk dipikul oleh pemahaman ilmu Syariat.
Sekian Terima Kasih,
Pengarang.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
DALAM HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA DAN MAKRIFAT DENGAN ALLAH S.W.T
Sebagaimana yang diterangkan didalam bab-bab yang lalu bahawa manusia datang dari alam غائب الغیب dan kemudiannya dipindahkan dari Satu alam ke satu alam yang lain sampailah manusia wujud zahir di alam Maya ini. Sesungguhnya diri batin manusia ini adalah diri rahsia Allah yang ditajallikan oleh diri Empunya Diri (ذات الحق) akan rahsiaNya itu untuk ditanggung oleh manusia . Bila sahaja rahsia itu ditanggung oleh manusia,  maka adalah menjadi tugas manusia pula memakrifatkan dirinya dengan Allah S.W.t. dan sesungguhnya tidak sempurna hakikat hidup seseorang manusia itu jika ianya tidak memakrifatkan dengan Allah S.W.T. Didalam hal ini Allah berfirman di dalam Al.Quran: Al-Zariyat : 56
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ
Tida kujadikan jin dan manusia kecuali untuk berbakti (mengenal dirinya)“.
Sabda Rasulullah s.a.w:
اول الدین معرفة الله
“Awal ugama (cari hidup itu) adalah mengenal Allah”.
Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa tugas manusia sebenarnya adalah menerima diri rahsia Allah dan bertanggung-jawab pula untuk memulangkan diri rahsia Allah itu kepada Empunya Diri (ذات الحق)Seperti firman Allah di dalam AI.Quran: An-Nisa’ – 58
اِنَّ اللّٰهَ يَأْمُرُكُمْ اَنْ تُؤَدُّوا الْاَمٰنٰتِ اِلٰۤى اَهْلِهَا
Sesungguhllya Allah (diri Empunya Diri) memerintah supaya memulangkan
amanahNya itu kepada yang berhak (diri Empunya Diri)”.
Maka selagi manusia tidak memakrifatkan dirinya dengan Allah, maka selagi itulah manusia tersebut tidak mungkin dapat memulangkan amanah Allah itu kepada diri Empunya Diri (ذات الحق ) Tuhan semesta Alam untuk memakrifatkan diri dengan Allah s.w.t. manusia telahpun diberi jalan ke arah matlamat tersebut. Pertamanya manusia itu haruslah mengenal Allah dan untuk mengenal Allah maka seseorang manusia itu haruslah pula mengenal akan dirinya, dan sesungguhnya dengan mengenal dirinya maka seseorang manusia itu akan dapatlah secara automatik mengenal Tuhannya, dan barang siapa dapat mengenal Tuhannya maka nescaya binasalah dirinya. Lantaran untuk memakrifatkan diri Allah s.w.t maka Allah pula telah menyatakan didalam firmannya:
قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ اَللّٰهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ ۙ وَلَمْ يُوْلَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ
Sesungguhnya, Allah itu adalah tunggal, Allah itu Samad Dia, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan sesungguhnya tiada sesuatupun yang dapat menyerupai diriNya
Sesungguhnya para ulama Tasauf telah bersepakat menyatakan bahawa Ayat-Ayat Surah AI-Iklas di atas adalah ayat-ayat Makrifat yang meliputi pada membincangkan proses Tajalli diri Allah s.w.t pada peringkat akidah sampailah ke alam insan Hal ini telahpun kita bincangkan di dalam Bab yang lalu. Soalnya di dalam empat rangkap ayat Makrifat yang terkandung di dalam Surah AI-Iklas itu kenapa Allah s.w.t. telah menekankan dengan seriusnya. FirmanNya:
لَمْ يَلِدْ ۙ وَلَمْ يُوْلَدْ
Tidak beranak dan tidak diperanakkan“.
Di dalam hal ini sudah tentu ianya mempunyai sesuatu hikmat rahsia yang harus diterokai oleh manusia yang hendak memakrifatkan dirinya dengan Allah S.w.t. Bila Kita memperkatakan soal beranak dan diperanakkan, maka dengan segera kita dapat memahami bahawa ianya tidak mungkin akan membincangkan soal bulan, soal bintang, soal berniaga, soal baju dan sebagainya tetapi dengan secara automatik akan membincangkan soal kemaluan perempuan (burit) dan kemaluan lelaki (pelir) dan kenapa pula soal Burit (Faraj) dan soal Pelir (Zakar) diperbincangkan dalam pengajian Makrifat dengan Allah, adalah disebabkan kerana Faraj dan Zakar mempunyai ciri-ciri Makrifat dan ilmu Makrifat tinggi. Sesungguhnya tugas Zakar adalah memakrifatkan dirinya dengan Faraj dan
tugas Faraj pula memakrifatkan dirinya dangan Zakar dan perlu ditegaskan di sini tujuan pertama Zakar harus memakrifatkan dirinya dengan Faraj adalah bertujuan untuk menyampaikan rahsia hakikat diri manusia yang terkandung di dalam Mani kepada Faraj dan manakala tugas Faraj pula harus menerima rahsia hakikat diri manusia untuk dikandung oleh Rahim yang berakhir dengan terbentuknya diri seseorang manusia itu, maka sebab itulah Faraj harus memakrifatkan dirinya dengan Zakar. Begitulah dengan manusia, di mana seseorang manusia itu terpaksa memakrifatkan dirinya dengan Allah s.w.t. bagi tujuan untuk menyerahkan amanah diri rahsia Allah kepada (ذات الحق) Tuhan semesta alam.
Di dalam membincangkan soal makrifatkannya Zakar dengan Faraj dan makrifatkan Faraj dengan Zakar banyak perkara-perkara anih yang harus digali oleh kita. Beberapa soalan terikat harus dijawab dan dikaji oleh kita bersama di samping kita membuat perbandingan dengan diri kita di dalam konteks makrifat dengan Allah S.w.t.
a. Bagaimana Zakar boleh tahu bila saja diperkatakan soal Faraj Lantas iapun bangkit segar (keras) semacam mencari Faraj yang diperkatakan oleh kita tadi. Dan begitu juga halnya dengan Faraj.
b. Bagaimana pula Zakar dapat mendengar apabila disebut nama Faraj iapun terus bangun (keras) jadi tentu Zakar mendengar ianya mengguna telinga
mana?
c. Bagaimana pula Zakar dapat melihat. sedangkan ianya tidak mempunyai mata. lanya dapat melihat Faraj walaupun diselubungi dan dilindungi, maka begitu pula dengan Faraj.
d. Bagaimana dan siapakah yang mengajar Zakar dan Faraj mengenali di antara satu dengan lain dan kenapa pula seseorang yang hendak melangsungkan perkahwinan tidak sekali-kali di ajar tentang cara-cara mengadakan hubungan seks dan kenapa setiap ibu bapa yang mengahwinkan anaknya menyakini anak-anak mereka sudahpun pandai tentang seks, dari mana dan siapa yang mengajar anak itu tentang seks?
e. Apakah ilmu yang dipakai oleh Zakar dan Faraj di mana ianya dapat mengetahui dan makrifatkan tanpa belajar dan di ajar.
f. Dan banyak lagi soalan yang harus disoal oleh kita, untuk kita mengambilnya sebagai iktibar yang baik dalam arah tujuan kita mengenali Allah s.w.t.
g. Sesungguhnya Zakar dan Faraj benar-benar makrifat di antara satu dengan lain sehingga disebut saja nama salah satu di antara mereka lantas masing-masing menunjukkan satu reaksi sepontan yang tak payah di arah di suruh-suruh oleh sesiapa dengan bahasa yang kasar, Zakar memang mengenali benar Faraj tetapi bagi Zakar jika disebut nama lain nescaya ianya tidak akan menunjukkan sebarang reaks, kenapa dan mengapa?
Jika bagi zakar matlamat makrifatnya dengan Faraj dan manusia pula mempunyai matlamat makrifat dengan diri Allah. maka kenapa pula kita bila saja disebut nama Allah walaupun beberapa kali, tubuh kita, jiwa kita, hati kita tidak menunjukan sebarang reaksi sepontan tidak seperti Zakar terhadap Faraj. Tetapi sebaliknya kita, bila saja disebut perkataan hantu dengan satu cerita yang diolah dengan baik nescaya secara sepontan kita akan menunjukkan satu-satu reaksi semacam takut dan sebagainya. Jiwa kita menjadi gelabah dan tubuh kita tanpa disuruh-suruh menjadi gementar. Kenapakah terjadi begitu, ini dengan jelas memberitahu kita dan membuktikan kita masih lagi dikuasai oleh apa yang dinamakan Iblis. Hati kita masih kotor bersama Iblis tubuh batang kita kulit daging, darah, lemak, tulang dan sebagainya menunjukkan masih dikuasai oleh iblis dan kita lebih kenal hantu dari Tuhan kerana itulah bila saja disebut saja “Hantu” nescaya gementarlah jiwa, hati dan jasad kita. Tetapi jika sesungguhnya jiwa, hati dan tubuh batang kita benar-benar dikuasai oleh Allah dan kita pula benar-benar makrifat dengan Allah maka nescaya bila saja disebut nama Allah. maka gementarlah jiwa kita, hati kita dan tubuh kita secara spontan tanpa disuruh-suruh dan buat-buat, seperti cerita Zakar dengan Faraj.
Seperti firman Allah : Al-Anfal – 2
اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيْنَ اِذَا ذُكِرَ اللّٰهُ وَجِلَتْ قُلُوْبُهُمْ وَاِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ اٰيٰتُهٗ زَادَتْهُمْ اِيْمَانًا وَّعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُوْنَ
Sesungguhnya orang mukmin bagi mereka apabila saja disebut Allah, nescaya
gementarlah seluruh hati mereka dan apabila dibacakan saja ayat-ayat Kami maka bertambah lman mereka dan kepada Tuhan mereka bertawakkal“.
Oleh itu berjuanglah kita untuk menghalau sifat-sifat syirik di dalam hati kita dan binalah hati kita supaya menjadi istana Allah Seperti Sabda Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya hati orang mukmin itu adalah istana Allah“.
Tidakkah kita malu kepada Zakar dan Faraj kita? Zakar dan Faraj masing·masing mempunyai dan memiliki mata basir dan telinga batin dalam kehidupannya seharian. Mereka dapat melihat di antara satu dengan lain dengan mata basir dan mereka mendengar sesuatu berita dengan telinga batin. Zakar dan Faraj kita mengamalkan ilmu Makrifat di antara satu dengan lain. Lantaran itulah mereka berdua itu dapat memiliki dan menguasai mata basir dan telinga batin, dari itu marilah kita berfikir bersama semoga kita dapat mengambilnya sebagai iktibar di dalam arah tuju kita dengan Allah S.w.t. Sesungguhnya biarlah kita mengasihi dan mengenali Allah sebagaimana Zakar dan Faraj mengenali Faraj dan sebaliknya. Sesungguhnya manusia ditajalli daripada Adam a.s. dengan empat anasir iaitu منى وادى دى dan مانیكم .‎
Di dalam membincangkan proses-proses mentajallikan jasad manusia yang menanggung rahsia Allah s.w.t. maka kita tidak akan terlepas daripada membincangkan hakikat hujung jatuhnya dan semuanya proses ini terkandung
dalam : بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Sesungguhnya بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ini dengan jelas dan dalam membincangkan segala aspek kejadian jasad manusia, kaitan manusia dengan ذات الحق dan sebagainya. Bermula بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ itu mengandungi 20 huruf termasuk satu huruf Alif ghaib yang bernama Alif ghaib pada awal بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ . Maka di sini bolehlah ditulis:
ا بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Membawa kepada hakikat sifat 20
Bermula hakikat huruf Alif, batin yang ada pada hadapan permulaan بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ~itu adalah menyatakan hakikat diri rahsia Allah yang ditajallikan daripada alam ghaib al ghaib. Dan huruf ب pada الله بسم adalah hakikat diri Mani yang mengandung rahsia Allah dan huruf س pada بسم الله itu adalah hakikat Sperma (Ulat Mani), pada Mani yang menanggung diri rahsia Allah, Dan huruf م pada بسم الله itu mengisyaralkan kepada Afa’al Mani (Sperma) dan huruf alif pada بسم الله itu adalah hakikat Saluran Mani melalui batang kemaluan lelaki (Pelir). serta huruf ل ل (Lam-lam) mengisyaratkan kepada bekas Mani (Pundi-pundi Mani) dan huruf H ( ه ) itu adalah hakikat kemaluan perempuan.
Adapun hakikat بسم الله itu adalah hakikat kemaluan lelaki dan perempuan yang menjadi penyampai rahsia Allah yang ditanggung pula oleh rahim ibu melalui kemaluan perempuan (hakikat huruf H). Penyampai atau pemindahan diri rahsia Allah – hakikat manusia itu dibuat melalui proses persetubuhan (seks) di antara lelaki dan perempuan. Adapun hakikat titik huruf ب itu adalah hakikat ulat Mani (Sperma) yang mengandungi diri rahsia Allah S.w t dan hurul H (ه) Itu adalah hakikat kemaluan perempuan (Burit). Adapun huruf alif yang ada pada permulaan بسم الله itu adalah letaknya pada martabat Zat semata-mata iaitu pada لاتعیان dan hurul ب itu adalah letaknya pada martabat Sifat iaitu martabat لاتعیان اول atau dinamakan juga martabat noktah Awal dan bermula hurul س itu adalah letaknya pada martabat Asma’ iaitu pada martabat لاتعیان ثانى atau martabat Noktah dua dan adapun huruf itu letaknya pada martabat م Afa’al iaitu martabat ا iaitu martabat انسان كامل hakikat sebenar manusia. Adapun الله adalah hakikat kandungan iaitu diri rahsia yang lengkap pada martabat Kamil Mulkamil maka terkandunglah ia akan Zat, Sifat, Asma’ dan Afa’al.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq