Hakikat Insan – Hubungan Manusia Dengan Allah

 

BAB 2 

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH
Pada alam ال غاءب غيب iaitu dalam keadaan entah berentah pada zat. Semata-mata iaitu pada belum awal, belum akhir, belum ada bulan, belum ada matahari, belum ada bintang, belum ada sesuatu. Malahan belum ada Tuhan yang bernama Allah, maka dalam keadaan ini diri empunya zat tersebut telah mentajallikan diriNya untuk memuji diriNya. Lantas, ditajalinya Nurullah dan yang kemudian ditajalikanNya pula Nur Muhammad (Insan Kamil). Pada peringkat ini dikatakan martabat Anta ana, Ana anta. Maka dalam keadaan ini empunya zat telahpun bertanya kepada nur muhammad dan sekelian roh untuk menentukan kedudukan dan taraf ketuhanan dan tarat hamba. Lantas ditanyakannya kepada Nur Muhammad. Apakah Aku ini Tuhanmu? Maka jawab Nur Muhammad yang mewakili seluruh Ruhulbani ataupun Ruhul Quddus menjawab: Ya, Engkaulah Tuhankudengan kata:
Ertinya: “Aku adalah hamba Engkau dari kalangan anak anak hamba Engkau yang tidak mungkin menyembah hanya Engkau”.
Sebagaimana yang ditegaskan di dalam al-Quran alkarim yang berbunyi:
Ertinya: “Apakah aku ini Tuhanmu? Maka jawab sekalian roh bahkan (ya) engkaulah Tuhanku“.
Pengwujudan Allah s.w.t. seperti firman Allah di dalam Hadis Qudsi yang bermaksud: “Aku suka mengenal diriku, lalu aku jadikan makhluk ini dan aku perkenalkan diriku kepada mereka, Ialu mereka pula mengenalkan diriku“.
Apa yang dimaksudkan dengan makhluk ini ialah Nur Muhammad sebab seluruh kejadian alam maya ini adalah dijadikan daripada Nur Muhammad, maka sesudah persumpahan Roh itu jadilah alam maya ini iaitu Alam Kabir. Sebelum daripada ini Zat Al Haq dalam usaha nya untuk memperkenalkan diriNya dengan menyerahkan rahsia dirinya Nur Muhammad (manusia). Tetapi di dalam persoalan ini sebelum manusia sanggup menerimanya tiada satupun makhluk·makhluk di alam maya ini sanggup memikul suatu rahsia besar, iaitu rahsia diri Allah S.w.t. tersebut. Pernah ditawarkan’ rahsianya itu kepada langit bumi, gunun-ganang, tetapi semuanya tidak sanggup untuk menerimanya. Tujuan empunya zat ( Zat Al Haq ) mentajallikan Nur Muhammad itu adalah untuk memperkenalkan dirinya sendiri dengan diri rahsianya sendiri maka diri rahsianya itu adalah ditanggung dan diperakui amanahnya oleh suatu kejadian yang bernama insan yang bertubuhkan diri batin yang bernama Allah, Dan diri yang bernama Allah itulah diri batin kepada diri manusia (rohani). Seperti firman Allah Taala di dalam hadis Qudsi:
Manusia itu adalah rahsia aku dan diri akulah yang menjadi rahsianya“.
Dalam menawarkan tugas amanah yang berat ini Allah S,W.t. berfirman :
Sesungguhnya pernahku tawarkan amanah rahsia diriku ini kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi semuanya mereka tidak mahu menerimanya kerana takut mengabaikan, lalu yang sanggup menerimanya adalah manusia (Insan Kamil)“.
Maka terimalah manusia diri rahsia Allah itu dan ianya tetap menjadi tanggungjawab rmanusia menjaga amanah Tuhannya itu dengan cara mengenal dirinya dan memuji dan memuja rahsia dirinya sejak daripada ia dizahirkan ke alam dunia sampailah ianya kembali kehadrat Robbal’azat, Tuhan pemilik rahsia dan di samping itu manusia juga di amanah untuk menjadi pemerintah kepada alam (alam semesta yang terbentang luas ini.
Seperti firman Allah di dalam al·Ouran: Al Baqarah: 30
وَاِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلٰٓئِكَةِ اِنِّيْ جَاعِلٌ فِى الْاَرْضِ خَلِيْفَةً ۗ
“Ingatlah kamu apabila Tuhan memberitahu malaikat untuk menjadikan manusia sebagai khalifah (di alam maya ini)”.
Dan firman Allah lagi : An-Nur: 55
Allah SWT berfirman:
وَعَدَ اللّٰهُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مِنْكُمْ وَ عَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَـيَسْتَخْلِفَـنَّهُمْ فِى الْاَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِيْنَهُمُ الَّذِى ارْتَضٰى لَهُمْ
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelumnya berkuasa dan sesungguhnya dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhoinya untuk mereka“.
Ini berertilah dua amanah penting yang harus dipikul dan dipertanggung-jawabkan kepada manusia. Pertama menjaga, mengenal, memuji dan
mengembalikan amanah rahsia itu kepada empunya rahsia yang dikandung oleh alam Saghir iaitu batang tubuh manusia itu sendiri.
Kedua – menjaga amanah pemerintahan di alam semesta ini (alam kabir) Dengan lain perkataan tugas manusia adalah menjaga dan mengawal hubungannya dengan tuan empunya Diri rahsia dan juga dengan makhluk lain. Oleh kerana diri rahsia telahpun diterima maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk menunaikan sumpahnya dahulu. Untuk tujuan ini maka Adam dizahirkan unluk memperbanyakkan diri-diri penanggung rahsia dan berkembang dari satu dekad ke satu dekad, daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Sampailah alam disini mengalami kiamat dan rahsia dikumpul kembali.
Adapun yang dinamakan manusia itu adalah kerana ianya mengandungi rahsia, dengan lain perkataan manusia ertinya dirimu itu mengandungi rahsia.
Oleh kerana diri manusia menanggung rahsia, maka manusia haruslah berusaha mengenal dirinya. Kerana dengan mengenal diri sahajalah manusia tersebut akan dapat mengenal Tuhannya dan kembali menyerahkan dirinya kepada Empunya Diri apabila tempuh perkhidmatannya tamat iaitu dikala berpisah roh dan jasad.
Seperti firman Allah di dalam al.Ouran: An·Nisaa’ :58
اِنَّ اللّٰهَ يَأْمُرُكُمْ اَنْ تُؤَدُّوا الْاَمٰنٰتِ اِلٰۤى اَهْلِهَا
Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya memulangkan amanah kepada yang berhak menerimanya (Allah)“.
Perlu ditegaskan sekali lagi tujuan utama Allah menyerahkan amanah dirinya kepada manusia adalah untuk mempekenalkan dirinya dan memuji dirinya dengan diri rahsianya iaitu Allah memuji dirinya dengan diriNya sendiri.
Seperti firman Allah di dalam hadis Qudsi:
َ“Barang siapa mengenal dirinya maka kenallah Tuhannya”.
Dan firman Allah Taalan di dalam al-Quran:
Sesungguhnya aku jadikan jin dan manusia adalah untuk berbakti
Dalam menjalankan tugas harian pada konteks hubungan manusia dengan Tuhannya dan bagi menentukan janji tertunai, sumpah terpelihara maka Iblis ditugaskan bersama-sama dengan gengnya syaitan supaya membuat ujian godaan terhadap keteguhan sumpah janji. Iblis dan kuncu-kuncunya akan berusaha sedaya upaya pada hakikatnya menapis, mengelas dan menentukan kesetiaan sumpah janji manusia terhadap Allah s.w.t. Manusia-manusia yang tidak berpedoman dan hampa akan terbang mengikut arus angin ujian. Maka rugilah manusia tersebut dan jadilah ia binatang yang pandai bercakap. Tetapi bagi manusia-manusia yang teguh dan berprinsip dan mengerti serta kenal pula tugas sumpah janjinya, maka ianya akan berjaya duduk disisi Allah S.W.T. dan mereka Itulah orang-orang yang beruntung.
Sebagaimana firman Allah Taala: Yasin: 60
اَلَمْ اَعْهَدْ اِلَيْكُمْ يٰبَنِيْۤ اٰدَمَ اَنْ لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطٰنَ ۚ اِنَّهٗ لَـكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai bani Adam supaya kamu tidak tunduk kepada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuhmu yang nyata”.
Dan firman Allah Taala’ : AI-Balad : 4
لَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ فِيْ كَبَدٍ
Sesungguhnya aku jadikan manusia untuk diuji (dengan susah payah)”.
Adapun manusia pada awalnya iaitu sebelum dizahirkan ke alam maya dan di zaman bayi adalah bersih disisi Allah s.w.t. Tetapi setelah bergelombang dengan pengaruh lumpur-lumpur kehidupan masyarakat serta hanyut dengan arus ujian iblis dan geng-gengnya serta lalai terhadap tugas utamanya maka manusia menjadi kotor itu akan tertutuplah pintu hubungan di antara Tuhan dengan hambanya. Sebab Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya kelahiran seseorang kanak-kanak itu adalah bersih tetapi ibubapanyalah yang mencorak ianya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi
Bila Sahaja kekotoran melanda sehingga terbentuknya ketulan darah kotor dibahagian bawah jantung manusia maka berertilah manusia tersebut tidak mempunyai hati nurani (Qalbi). Dan bila manusia ini menjadi kotor dan kehilangan Qalbi maka semakin lama semakin jauhlah jarak perhubungan di antara Tuhan dengan dirinya yang kotor itu. Manusia yang berperangai begini akan terus hanyut tersadai lemas di dalam lumpur-lumpur hidupnya di dalam dunia ini. Mereka ini akan lupa akan Tuhannya dan juga diri sendiri. Hidupnya berpura-pura menjadi manusia tetapi pada hakikalnya lebih hina dari pada binatang. Manusia jenis ini mempunyai mata tetapi buta, mempunyai telinga tetapi tuli dan mempunyai hati tetapi tidak dapat memerhati. Seluruh kemudahan rezekinya yang diperolehi digunakan untuk tujuan mengabai dan menjauhkan hubungan dirinya dengan Allah S.W.T., dia hanya pandai menyumbat perut bodohnya dengan makanan, menyuci tubuh mayatnya dengan sabun itu sabun ini, namun ia merelakan rahsia Allah yang ada pada batang tubuhnya kebuluran kurus kering melidi dan kotor bagai bangkai biawak yang busuk. Hinanya manusia ini jijiknya lebih dari segala-galanya.
Firman Allah Taala:
Sesungguhnya kami telah iadikan manusia di dalam bentuk yang sebaik-baiknya, Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang sehina-hina”.
Dan firman Allah Taala : Al-A’araf:179
وَلَـقَدْ ذَرَأْنَا لِجَـهَنَّمَ كَثِيْرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْاِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوْبٌ لَّا يَفْقَهُوْنَ بِهَا ۖ وَلَهُمْ اَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُوْنَ بِهَا ۖ وَلَهُمْ اٰذَانٌ لَّا يَسْمَعُوْنَ بِهَا ۗ اُولٰٓئِكَ كَالْاَنْعَامِ بَلْ هُمْ اَضَلُّ ۗ اُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُوْنَ
“Dan aku sumbatkan ke dalam neraka jahanam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memerhati dan mempunyai mata tidak melihat dan mempunyai telinga tidak mendengar. Mereka adalah bagaikan binatang ternakan, bahkan lebih hina, daripadanya dan merekalah orang∙orang yang lalai”.
Lantaran itu manusia akan menghadapi penyakit darah kotor hati yang menyebabkan manusia tersebut merana di dalam kegelapan, sesal untuk kembali kepangkuan Tuhan· Pada hakikalnya manusia ini akan ditutupkan pintu pergantungannya untuk berhubung dengan Allah S.w.t. ketika hayatnya di alam maya ini.
Firman Allah Taala:
Allah telah mengunci mata hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup
Dan firman Allah lagi:
Di dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka siksa yang pedih akibat dusta mereka”.
Mereka ini sanggup menipu Tuhannya, menipu orang ramai dan malahan sanggup menipu dirinya sendiri. Inilah yang dinamakan manusia bertelinga lembu. Bermata ikan kering dan berhati bangkai.
Firman Allah Taala: Al-baqarah : 9
يُخٰدِعُوْنَ اللّٰهَ وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا ۚ وَمَا يَخْدَعُوْنَ اِلَّاۤ اَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُوْنَ
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang beriman padahal mereka menipu diri sendiri. sedang mereka tidak mengetahui. “
Sesungguhnya menyedari hidupnya kita di dunia ini adalah bertujuan menunjukkan sesuatu perkhidmatan cemerlang dengan Allah s.w.t. dan menunaikan sumpah janji yang termeterai serta menyedari pula akan hakikat bahawa kita hidup di dunia ini, terus diuji akan kesetiaan dan keteguhan kita dengan sumpah janji. Maka kita haruslah menyuci hati kita, menyuci seluruh anggota zahir dan batin kita supaya perhubungan kita dengan Allah di dunia dan akhirat tidak terputus walau sesaatpun dan kita menjadi manusia yang diredai oleh Allah dan dapat duduk disisiNya di akhirat nanti. Adapun cara merapatkan perhubungan hamba dengan Tuhannya itu ialah dibahagikan oleh para ulama kepada 4 bahagian:
  1. Secara Syariat
  2. Secara Tarikat
  3. Secara Hakikat
  4. Secara Makrifat
Sesungguhnya dengan mengetahui cara-cara jalan merapatkan hubungan di antara hamba dengan Tuhannya, maka manusia itu akan menjadi manusia yang baik dalam perhubungannya dengan Allah dan perhubungannya sesama makhluk. Maka manusia ini akan dikurniakan keredaan dan dapat berada disisi Tuhannya.
1. Cara Syariat
Adapun yang dinamakan jalan Syariat ialah suatu jalan zahir yang membentuk sesuatu peraturan. Atur cara dan peradaban di antara manusia dan Allah, dan manusia sesama manusia serta dengan makhluk-makhluk lain. Sesungguhnya peraturan-peraturan syariat ini telah digariskan oleh Allah di dalam al-Quran dan juga digariskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui perbualannya dan Jika manusia benar-benar mengikuti peraturan-peraturan syariat ini maka manusia Itu tidak mungkin sesat dalam hidupnya di dunia ini dan selamatlah di akhirat nanti.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:-
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Kamu tidak akan sesat selama-Iamanya jika kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul”.
Di dalam peraturan-peraturan ini Allah telah menggariskan kontek hubungan diriNya dengan manusia, hukum-hukum hidup secara individu maupun secara bermasyarakat. Dibincangkan soal akidah. soal ibadat, soal muamalat, soal munakahat dan lain-lain peraturan untuk kebahagiaan manusia sesama manusia dan kebahagiaan manusia dengan Allah S.W.t. untuk dunia dan akhirat. Ditentukannya garis-garis panduan hidup. tentang mana yang wajib, haram, sunat, harus dan makruh, dosa, pahala, syurga dan neraka. Dengan lain perkataan syariat menggariskan dasar pokok buatlah yang disuruh dan tinggallah apa yang dilarang.
Adapun peringkat cara Syariat adalah suatu peringkat peraturan pengabdian
hamba terhadap Tuhannya maka dengan mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang ditentukan maka dapatlah seseorang manusia itu menjadi taraf hamba yang paling baik. Suatu perkara yang perlu diingatkan pada peringkat Syariat ini. pengamal-pengamalnya benar-benar mengharapkan sesuatu balasan atau upahan daripada setiap yang dikerjakannya. Dan dengan upah kerja yang dilakukannya itulah mereka yakin akan menentukan sama ada mereka dikurniakan syurga atau terpaksa menghumbankan dirinya ke dalam neraka. Jadi disini dapatlah disimpulkan bahawa matlamat utama bagi pengamal-pengamal syariat adalah syurga dan seboleh-bolehnya jauh daripada neraka. Mereka mempunyai suatu keyakinan buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat.
Berasaskan firman Allah : Az·Zalzalah :7-8
فَمَنْ يَّعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَّرَهٗ
وَمَنْ يَّعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَّرَهٗ
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarahpun niscaya ia akan melihat (balasan) nya dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun nescaya, Dia akan melihat (balasan)nya pula”.
Dan firman Allah lagi : Al-Mu’mminun : 102-103
فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِيْنُهٗ فَاُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ
وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِيْنُهٗ فَاُولٰٓئِكَ الَّذِيْنَ خَسِرُوْۤا اَنْفُسَهُمْ فِيْ جَهَـنَّمَ خٰلِدُوْنَ
Barang siapa yang berat pertimbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang beruntung dan barang siapa yang ringan timbangannya maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, kekallah mereka didalam neraka Jahanam”.
Di samping mereka berusaha sedaya upaya melakukan sesuatu kerja dengan
‘IKHLAS” untuk Allah semata-mata mereka juga benar-benar mengharapkan satu balasan yang setimpal dengan kerja yang dilakukannya. Ini bermakna mereka berbakti kepada Tuhannya dengan berudang di sebalik batu, ataupun ada hati di sebalik barang. Pekerjaan mereka bolehlah disifatkan sebagai kebaktian separuh hamba (semi hamba). Lantas jika mereka benar-benar bersifat hamba yang tulin, maka sudah tentu sebarang pekerjaan yang dilakukan oleh mereka sudah tentu mereka tidak mengharapkan sebarang halasan daripada Tuhannya. Kerana setiap balasan bukan suatu yang boleh dipinta-pinta tetapi ianya lebih merupakan Satu kurnia daripada Tuhannya.
Seperti firman Allah : Al-Jin : 13
وَّاَنَّا لَمَّا سَمِعْنَا الْهُدٰۤى اٰمَنَّا بِهٖ ۗ فَمَنْ يُّؤْمِنْۢ بِرَبِّهٖ فَلَا يَخَافُ بَخْسًا وَّلَا رَهَقًا
Barang siapa beriman kepada Tuhannya maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak akan menambah dosa dan kesalahan”.
Apakah elok seseorang yang mengakui dirinya hamba, menagih janji dari Tuhannya? Dan apakah mereka sangsi terhadap kebenaran janji Tuhannya? Dari itu bagi seseorang yang mengerti dirinya hamba sudah tentu ianya tidak mengharapkan sesuatu balasan daripada Tuhannya, dan ingallah Allah tidak mungkir janjiNya. Sesungguhnya bagi mereka yang mengikuti cara syariat ini akan mencapai suatu martabat beriman dan soleh dan dengan mematuhi segala peraturan-peraturan perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia, maka mereka akan dikurniakan syurga di akhirat nanti.
Seperti firman Allah di dalam al-Ouran: Al-Kahfi : 107
Allah SWT berfirman:
اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنّٰتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا
Sesungguhnya orang∙orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal.”
Adalah perlu diingatkan masuknya syurga bagi orang-orang syariat itu bukan sekali kerana pahalanya tetapi sekadar belas ihsan daripada Allah s.w.t di atas kepatuhannya dengan Allah. Walaupun seberapa banyak pahala yang diperolehi oleh mereka, maka sudah tentu mereka tidak boleh membelikan syurga, kerana syurga bukannya sesuatu yang murah menjadi bahan belian dan jualan. Sebaliknya orang-orang Syariat haruslah berikhtiar sedaya upaya mereka menjadikan diri mereka seorang mukmin supaya Allah sendiri membeli dirinya dan hartanya dengan syurga, di atas dasar perjuangan menegakkan peraturan peraturan Allah di dalam hidupnya.
Seperti firman Allah :
“Sesungguhnya Allah akan membeli orang-orang mukmin dirinya dan hartanya dengan Syurga, iaitu mereka yang berjuang menegakkan peraturan Allah”.
Maka berbahagialah bagi manusia-manusia yang mengamalkan cara Syariat menduduki taraf martabat dirinya sebagai seorang hamba yang mukmin dan mereka sememangnya dijamin oleh Allah syurga dan kekallah mereka buat selama-lamanya.
Firman Allah : Ash-Syaffat : 111
اِنَّهٗ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِيْنَ
Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba kami yang mukmin”.
Adalah perlu ditegaskan di sini bahawasanya matlamat akhir Pengajian Syariat adalah untuk mendapatkan suatu yang bernama syurga, menjauhkan diri dari terhumban ke dalam neraka. berusaha sedaya upaya mendapat banyak pahala dan mengurangkan dosa. Buatlah yang disuruh, tinggallah apa saja yang ditegah oleh syariat Muhammad s.a.w.
2. Cara Tarikat
Adapun jalan tarikat ini adalah jalan yang pernah diterokai dan dilalui bagi tujuan untuk merapatkan dirinya dengan Allah s.w.t., ia merupakan Suatu jalan bagaimana hendak menyucikan diri dan hati supaya terbentuk satu jalinan ikrab di antara dirinya dengan Allah s.w.t., jalan Tarikat yang sebenar adalah merupakan satu cara menyucikan diri untuk menuju kehadirat Allah Taala dan jalan ini hendaklah mempunyai akar umbi persambungan daripada Rasulullah s.a.w. Jalan tarikat yang mendapat restu dari junjungan agong itu kemudiannya diwarisi pula oleh para sahabat Baginda dan seterusnya bersambung menjadi mata rantai dan diwarisi pula oleh para wali Allah yang agung dan sampailah
kepada seseorang guru asalnya untuk mengajar saluran jalan Tarikat ini seterusnya. Sesungguhnya mana-mana Tarikat yang tidak mempunyai asas akar umbinya daripada Baginda Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya yang ikrab, maka jalan Tarikat itu adalah satu jalan Tarikat yang salah dan rekaan semala-mata. Ianya diasaskan mengikut pandangan sendiri dan tarikat ini tidak akan sampai kemana-mana. Oleh itu sesiapa saja yang hendak mengikut jalan pengajian Tarikat, maka adalah menjadi tanggungjawabnya membuat penentuan asal pangkal sesuatu Tarikat itu. Dan tentukan ianya berasal dari Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Jalan tarikat adalah suatu cara memuja dan memuji Allah dan melatih diri supaya tidak melupai Allah pada setiap ketika dan memberi segala keagungan dan kebesaran itu kepada Allah semata-mata. Jalan menyuci diri dan hati ini adalah melalui proses mengendalikan nafsu-nafsu yang dimiliki oleh manusia, supaya ianya tidak lalai dan lupa dirinya dengan Tuhannya dan seterusnya bangun memberi keagungan itu kepada Allah Taala.
Seperti firman Allah di dalam al-Quran:
Hai Orang yang berselimut bangunlah, lalu beri peringatan dan Tuhanmu agungkanlah dan pakaian (lahir & batin) bersihkanlah”
Disamping Itu juga orang Tarikat mengasuhkan dirinya supaya kasihkan kepada Allah dan Allah mengasihi dirinya.
Seperti firman Allah :
َ“Mereka mengasihi dirinya seperti mereka mengasihi Allah, sedangklan orang yang beriman tetap mengasihi Allah”.
Dan firman Allah lagi di dalam al-Quran: Ali Im’ran ayat 31:
قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ وَيَغْفِرْ لَـكُمْ ذُنُوْبَكُمْ ۗ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Adapun nafsu yang dimiliki oleh manusia itu seperti yang tercatit di dalam Al-Quran adalah terbahagi kepada tujuh:
  1. Amarah
  2. Lawamah
  3. Malhamah
  4. Mutmainah
  5. Radhiah
  6. Mardiah
  7. Kamaliah
Dangan mangenal nafsu-nafsu tersebut, maka orang-orang Tarikat akan mencapai, mertabat ditaraf nafsu-nafsu tersebut yang mempunyai kalebihan berlainan di antara satu mertabat nafsu dangan nafsu yang lain. Untuk mengenal dan mencapai mertabat nafsu-nafsu itu seseorang itu hendaklah menuntut dan mengamalkan saluran ilmu Tarikat daripada guru-gurunya yang mursyid, dan dapat pula mencapai martabat nafsu-nafsu tersebut. Di samping mereka mengikut petua-petua yang dianjurkan oleh guru mereka dan satu peringkat ke satu peringkat sehingga menjadi manusia kamil (Insan Kamil) dan diredai oleh Allah di dunia dan akhirat.
Mereka hendaklah menjalani tarikat mereka dengan tekun dan penuh usaha supaya tercapai mertabat tersebut. Adapun pekerjaan dan amalan orang-orang Tarikat tidaklah lagi mengharapkan pahala, ertinya apa yang diperlakukan semasa amalan tarikat ini hanya bagi mereka semata mengharapkan dirinya dapat mendampingi Allah Ta’ala pada setiap ketika. Mereka bukan lagi gila kepada pahala atau syurga tetapi sebaliknya mereka gila untuk mengenal Tuhannya dengan berusaha untuk mengenal dirinya sendiri. Pendek kata mereka mahu Allah semata·mata. Di sini di antara kata·kata mereka yang masyhur adalah:
Padaku tiada pahala, tiada syurga, yang ku idami adalah kekasihku Allah jua
Adalah perlu ditegaskan di sini bahawa matlamat akhir pangajian Tarikat adalah untuk mengenal diri dan mengenal Allah, menyuci nafsu dirinya ke suatu darjat nafsu yang tertinggi kemuliaannya dengan Allah S.W.t. Mereka akan berusaha sedaya upaya menghampiri dirinya dengan Allah S.w.t. di dalam masa hayatnya di alam fana ini pada setiap masa dan setiap ketika.
3. Cara Hakikat
Cara ketiga adalah cara hakikat dan adapun cara ilmu hakikat ini adalah suatu cara menyelami dan mengenali diri sendiri, yang merupakan satu-satu jalan ke arah makrifat diri dengan Allah S.w.t. dan ianya adalah juga merupakan jalan yang dilalui oleh wali-wali Allah, ariffinbillah dan para-para Aulia.
Mereka yang menjalani pengajian ilmu hakikat ini akan beriktiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan dirinya dengan Allah dengan cara membongkar, menyelidik dan menyaksikan rahsia diri sendiri iaitu rahsia Allah yang ditanggung oleh dirinya dan berusaha membentuk dirinya manusia kamil-mukamil. Bagi mereka yang hendak menuju kehadirat Allah dengan jalan hakiki ini, maka
hendaklah mereka terlebih dahulu menjalani cara tarikat dan berjaya pula membersihkan dirinya dari segala bentuk syirik kepada Allah Taala, samaada syirik hafi dan syirik Jali. Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru-guru hakiki dan makrifat serta mursyid yang mempunyai pengetahuan yang luas serta mencapai pula ketahap martabatnya. Di samping itu, orang-orang hakiki haruslah pula mendapat didikan secara terperinci dari guru-guru ghaib, yang terdiri daripada wali-wali Allah yang teragung, nabi-nabi dan rasul-rasul.
Guru-guru ghaib Ini akan mengajar seseorang Itu di samping guru zahir yang mursyid yang melatih mereka menjalani alam Ilmu hakiki. Guru-guru ghaib akan mengajar mereka ilmu hakiki melalul LADUNI, seperti yang diterangkan di dalam bab yang berikutnya. Untuk pengetahuan lebih jelas silalah bertanya dengan guru-guru hakiki, makrifat. Dengan menjalani jalan hakiki, maka manusia tersebut akan mencapai ke suatu tahap tinggi disisi Allah s.w.t. dan sesungguhnya bebahagialah orang-orang hakiki yang mencapai mertabatnya dan dapatlah mereka duduk disisi Allah di dunia dan akhirat. Orang-orang hakiki yang sampai mertabatnya bukan saja mulia disisi Allah, tetapi lanya Juga akan mendapat kemuliaan di kalangan masyarakat dan dipuja oleh masyarakat disepanjang hayatnya. Adalah perlu ditegaskan disini bahawa matlamat akhir pengajian Hakikat adalah untuk menjadi Allah pada zahir dan batin yakni pada diri zahir dan diri batin pada murtabat kemuliaan insan Kamil-mulkamil. Tiada sesuatu pun pada dirinya kecuali Allah semata-mata.
4. Cara Makrifat
Sementara jalan makrifat ini adalah suatu jalan yang pernah dilalui dan dialami olah para wali Allah yang agung. Para-para ariffinbillah dan para-para aulia, nabi dan Rasul. Seseorang yang Ingin menuju ke jalan makrifat kepada Allah inl haruslah terlebih dlhulu menjalani latihan pada peringkat jalan hakiki, kerana jalan hakiki adalah merupakan persambungan jalan ke jalan makrifat. Orang-orang makrifat akan mengcungkil segala rahsia alam maya, samada pada alam saghir ataupun pada alam kabir. Malahan mereka terus meneroka mengenal diri rahsia Allah Taala itu sendiri. Bagi mereka yang menjalani jalan makrifat, mereka diasuh bukan sahaja oleh guru zahir, hakiki lagi makrifat, guru-guru ghaib yang terdiri wali-wali Allah, nabi-nabi dan para Rasulullah malahan bagi orang-orang yang sedang menuju ke jalan makrifat ini akan diajar sendiri oleh Tuhannya melalui guru batin iaitu diri rahsia Allah (diri rahsianya sendiri). Untuk menjelaskan hal ini silalah bertanya kepada guru-guru hakiki dan makrifat lagi mursyid. Bagi mereka yang mencapai ke peringkat makrifat ini mereka adalah manusia paling bertuah yang akan mendapat mertabat darjat dan kesaktian serta keredhaan yang paling tinggi disisi Tuhannya dan ianya dapat pula duduk bersama Tuhannya diberi peluang menjelajahi tujuh petala langit tujuh petala bumi, Arash dan Qursi, syurga, dan neraka semasa hidupnya lagi di dalam dunia ini. Alangkah bertuahnya kita jika kita mencapai mertabat tersebut dan kitalah orang tertinggi di dalam segala-gala hal pada pandangan Allah s.w.t. Orang-orang yang mencapai mertabat ini akan mendapat sanjungan daripada Allah dan daripada manusia sejagat. Mereka akan dihormati sepanjang hayat mereka.
Akhir Qalam tiliklah pantun orang hakikat:
Pucuk paku dalam paku,
Paku datang dari seberang,
Carilah aku di dalam aku,
Aku berselindung di dalam terang.
Namun begitu perlulah ditegaskan secara terang-terang disini bahawa matlamat akhir pengajian Makrifat adalah untuk kembali semula menjadi Tuhan pada Mertabat dan kita pada alam ghaibul-ghaib yakni Ahdah. Untuk pemahaman yang lebih mendalam silalah bertanya kepada orang-orang Makrifat lagi mursyid.
TIADA NYATA PADA DIRIKU
HANYA DIRIMU
AKU PENANGGONG RAHSIA
TIADA RASA BERAT DIPIKULKU TETAP SETIA MENJUNJUNG AMANAHMU KU JAGA
TIADA MUNGKIN KUMUNGKIR JANJI.
DJANJI DIIKATKU SIMPUL KEMAS
TIADA FORMULA MELONGGARNYA KEMBALI.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq