Hakikat Insan – Membincangkan Kalimah Lailahailallah Muhammadurasulullah
BAB 9
MEMBINCANGKAN
لاالھ الاالله
محمدارسول الله
Amalan syariat hendakkan syurga
Amalan Hakikat mengenal kita
Janganlah banding ilmu yang ada
Barulah bertambah ilmu didada
Amalan Hakikat mengenal kita
Janganlah banding ilmu yang ada
Barulah bertambah ilmu didada
Sesungguhnya segala bentuk penerangan
yang dibuat di dalam perbincangan sebelah adalah berpandukan kepada kaedah-kaedah pengajian Hakikat dan Makrifat semata-mata. Jangan sekali-kali perbandingkan penerangan ini dengan kontek pemahaman syariat, kerana matlamat pengajian adalah berbeza
-Pengarang-

MEMBINCANGKAN KALIMAH
لاالھ الاالله محمدارسول الله
لاالھ الاالله محمدارسول الله
Adapun kalimah Syuhadat ini hendaklah dijadikan darah daging kita pada siang malam selama 24 jam, ertinya hidup kita, mati kita dan bangkit kita di hari kiamat nanti adalah dengan kalimah Syuhadat.
“Hidupku di dalam dunia ini matiku dan bangkitku di hari akhirat nanti di dalam kalimah (syuhadat)”
لاالھ الاالله محمدارسول الله
dan Insya Allah aku menjadi orang amin. Di samping itu diingatkan bahawa di dalam kalimah tauhid ini juga mengandungi 24 huruf semuanya bagi menandakan kehidupan manusia adalah 24 jam dalam sehari 12 jam siang dan 12 jam malam. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab yang lalu bahawa kalimah syuhadat adalah pada menyatakan perihal diri rohani dan jasmani kita. Kalimah ini adalah tersangat penting di dalam penghidupan kita untuk menuju kepada Allah S.W.t. Oleh itu janganlah dipisahkan sama sekali dua kalimah syuhadat di dalam penghidupan. Jika kita ingin menjadi manusia yang diredai di dunia dan akhirat. Dan jangan kita mati tanpa kalimah syuhadat.
(Bagi mengisyaratkan kehidupan penghidupan manusia adalah 24 jam sehari semalam)
لا
Bermula لا itu adalah martabat zat semata-mata atau bolehlah dinamakan juga martabat La ta’yaan pada peringkat ini belum awal belum akhir belum jadi matahari dan belum jadi sesuatupun. Ghaibul-ghuyub makamnya, adalah pada makam sir atau rahsia semata-mata. Pada martabat La ta’yaan, ini alam adalah Ahdiah dan dirinya adalah diri Sendiri. Syariatnya adalah pada lidah.
الھ
Bermula الھ itu letaknya pada martabat sifat ataupun dinamakan juga martabat La ta’yaan Awal iaitu sabit nyata awal. Martabat ini juga pernah dipanggiI martabat Noktah satu. Pada peringkat ini, makamnya adalah kalbi, Alam di martabat ini adalah alam Wahidah, Adapun diri pada martabat ini adalah diri Terdiri. Hakikat pada kalbi.
الا
Adapun الا itu letaknya pada martabat Asma’ atau ianya juga disebut martabat Noktah Dua. Pada peringkat ini makamnya adalah zikir. Manakala alamnya adalah alam wahdiah, Disamping itu perlu ditegaskan diri pada martabat ini adalah Diri Tajalli dan Tarikatnya adalah zikir.
الله
Adapun Allah itu dinamakan dia martabat Apa’al. ianya juga dinamakan martabat Alif atau martabat Insanul-kamiI, Makamnya pada peringkat ini adalah makam anggota rahsia (diri rahsia). Dan alamnya pada martabat ini adalah alam lnsan manakala dirinya, adalah diri Terperi, sedangkan makrifatnya adalah anggota rahsia. (diri batin manusia).
محمد
Adapun perkataan Muhammad itu terdiri dari pada empat huruf iaitu م ح م د . Adapun huruf م yang pertama itu adalah hakikat kepala kita. Huruf ح itu adalah hakikat dada kita, hurup م kedua itu adalah hakikat pusat kita dan د itu adalah hakikat kaki kita dan seyugia diingatkan bahawa hakikat محمد itu adalah diri kasar kita
رسول
Adapun hakikat perkataan Rasul itu adalah hakikat nyawa kita yang menjadi penyambung rahsia di antara jasmani dengan rohani. Bermula huruf rasul itu mengandungi empat huruf ل و س ر Adapun huruf ر itu adalah hakikat nafas, Huruf س itu adalah hakikat Ampas, Huruf و itu adalah hakikat Tanapas, dan huruf ل itu adalah hakikat Nupus. Perlu ditegaskan di sini bahawa nyawa itu dijadikan dari Jauhar Basita dan ianya terbahagi kepada 4 peringkat: (1) Nafas (2) Ampas (3) Tanapas (4) Nupus Jika hilang nyawa di antara rohani dan jasmani, maka seseorang itu akan mengalami kematian. Adapun hidup Nafas itu kerana Ampas, hidup Ampas itu kerana Tanapas dan hidup Tanapas itu kerana Nupus dan hidup Nupus itu dengan sendiri dalam rahsia. Adapun letak Nafas itu adalah pada mulut. Letak Ampas itu adalah pada Letak Tanapas itu adalah pada tengah-tengah bahagian dua telinga dan letak nufus pada kalbun iaitu, Kalbun orang-orang mukmin itu adalah istana Allah.
Letaknya kalbun ini adalah pada jantung manusia. Seseorang itu hendaklah menyucikan hatinya dengan berzikir supaya ketulan darah kotor di hujung jantung hancur dan bersih.
Adapun bergeraknya nafas itu dengan zikir dan tidak pernah pula nafas berhenti. Berzikir di dalam masa 24 jam di dalam penghidupan kita seharian. Jika nafas berhenti berzikir maka bererti manusia tersebut telahpun mati dan boleh di Kapan serta dikuburkan. Oleh itu adalah perlu bagi setiap manusia yang ingin menuju kepada jalan makrifat mengetahui dan mengenalkan ilmu -Zikir nafas sahaja boleh menghancurkan ketulan darah hati yang menjadi tempat iblis bergantung dan di situlah sebenar-benarnya istana iblis. Tanpa menghancurkan ketulan darah hati yang kotor itu maka Nor Allah Tidak mungkin memancar memberi sinaran akal dan iman kepada seseorang manusia itu. Sesungguhnya yang dinamakan hati (kalbu) itu adalah Nor yang memancarkan dari bahagian bawah jantung (bahagian Muhammad ) ke arah bahagian atas jantung (bahagian Allah), Adapun zikir nafas itu adalah ketika keluar Allah dinamakan ia Abu bakar dan Zikirnya ketika masuk adalah Hu dinamakan Umar, letaknya nafas adalah di mulut. Adapun zikir Ampas itu adalah ketika keluar adalah Allah dan ketika masuk Adalah Hu letaknya Ampas pada hidung, ianya dinamakan Jibril dan Mikail. Adapun zikir Tanapas itu adalah tetap diam dengan Allah Hu, letaknya ditengah-tengah antara dua telinga dinamakan hakikat Israfil. Adapun zikir Nupus adalah ketika naik Hu dan ketika turun adalah Allah letaknya di dalam jantung. Diri Nupus ini dikenal dengan Othman dan pekerjaanya dikenal sebagai Ali. Adapun yang dinamakan akal adalah buah fikiran yang dipancarkan oleh Nor dari sudut kalbi, yang datang dan menghasilkan keyakinan yang mutlak. Bermula keyakinan terhadap sesuatu terutama perkara yaag tidak boleh dicapai oleh otak manusia misalnya perkara-perkara ghaib, hanya boleh diterima oleh satu pancaindera batin yang bernama Nor yang memancar di dalam jantung seseorang. Nor (kalbu) itu boleh diibaratkan seperti letrik yang dapat dihasilkan oleh dynamo yang baik, dan “current” itu boleh ditukar kepada beberapa fungsi lain didalam kehidupan sehari-hari.

Hakikat huruf Allah
Adapun perkataan الله itu adalah mengandungi 4 huruf iaitu ه ل ل ا bermula ا itu adalah hakikat zat, huruf ل pertama adalah hakikat sifat, huruf ل kedua itu adalah hakikat Asma’ dan huruf ه itu adalah hakikat Apaal. Dan sesungguhnya الله itu adalah hakikat diri rohani kita. Dialah hakikat tubuh rohani kita yang ada permulaan dan tiada kesudahan, Ia tidak pernah kenal dengan apa yang dipanggil mati, ianya tetap hidup buat selama lamanya dan inilah diri Terperi. Sesungguhnya diri rohani ini dapat menghasilkan 9 wajah dan wajah-wajah ini hanya dipunyai oleh mereka yang makrifat lagi mursyid.
Jantung Manusia
Datang Dan Kembalinya Manusia Kamil