Hakikat Insan – Nyawa Dan Jasad

 

BAB 15
NYAWA DAN JASAD
Sebagaimana kita mengetahui bahawa diri manusia itu adalah ditajlli dari diri zatul-hakki, bagi tujuan untuk menyatakan diriNya sendiri. “Manusia ditajalli melalui peringkat Ahdah, Wahdah, Wahdiah, Alam Roh, Alam Misal, Alam Ijsan dan Alam Insan, sehingga ternyatanya diri manusia itu di dalam jasadnya. Lantaran itu di dalam bab ini marilah kita berbincang pula secara lebih panjang bagaimanakah proses perpindahan diri rahsia Allah taala daripada alam Roh ke alam Misal (alam kandungan bapa) seterusnya dipindahkan pula ke dalam alam Ijsan (alam kandungan ibu). Dari alam Ijsan diri rahsia Allah Ta’ala itu dipindahkan kepada alam Insan dan nyatanya diri seseorang manusia itu, bagi menyatakan diri Allah s.w.t. Sesungguhnya نورمحمد itu adalah daripada الله yang ditajallikan daripada diri ذات الحق dengan 4 anasir iaitu وجود ،علم ،نور dan شھود dan Adam itu daripada yang ditajallikan kepada 4 anasir iaitu tanah nurani. angin nurani. air nurani dan api نورالعظم dan manusia itu ditajallikan daripada Adam dengan anasir iaitu Di, wadi, mani, maknikam. Adapun nyawa itu adalah daripada Jauhar Basita yang terdiri daripada 4 anasir iaitu nafas, ampas, tanafas dan nufus.
Nafas Ampas Tanapas Nupus
Ingatlah Firman Allah Taala di dalam Al-quran tentang persumpahan tugas
manusia mempersaksikan Tuhan: Al-A’raaf , 172:
اَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۗ قَالُوْا بَلٰى ۛ شَهِدْنَا
Apakah tidak Aku Tuhanmu? Jawab sekalian roh, bahkan Engkaulah Tuhan
Di kala persumpahan itu seluruh roh-roh yang mukmin. melainkan lblis sujud di depan رب لاَالج memperakui akan mempersaksikan Tuhan dan akan menjadikannya sebagai matlamat hidupnya yang utama. Pada masa itu tidak ada satu pun roh yang boleh berkata-kata kecuali نورمحمد . Lantas daripada itu berkatalah نورمحمد :‎
Aku adalah hamba, anak-anak hamba yang tidak mungkin menyembah hanya Engkau
Dan Allah berfirman seperti yang dinyatakan di dalam hadis Qudsi yang
bermaksud:
Sesungguhnya Engkau Nur (نورمحمد ) adalah bayang-bayang Aku dan Akulah raja segala bayang-bayang dan jangan sekali-kali engkau mensyirikkan Aku
Adapun roh yang tidak berjasad, maka di sisi Allah adalah sama tarafnya seperti binatang kerana binatang tidak mempunyai tugas menanggung rahsia. Dalam keadaan ini roh-roh telahpun bermohon pada diri Empunya Diri supaya memberi jasad kepada mereka masing-masing supaya mereka dapat mengenal dirinya dan dapat pula kembali ke hadrat diri Empunya Diri di dalam keadaan suci dan bersih. Dari itu Allah Taala menjanjikan alam iaitu Adam (Adam a.s.), setelah siap lembaga Adam, maka Allah Taala telahpun memerintahkan Jibrail supaya meniupkan روح البانى yang bernama rohani ke dalam jasad Adam. Setelah roh ditiupkan ke dalam lembaga Adam, Allah memerintahkan seluruh Malaikat supaya sujud kepada Adam. Kecuali iblis yang enggan berbuat demikian. Adapun nyawa yang lengkap dan sempurna dengan jasad itu dinamakan فیكن maka jasad itulah yang dinamakan حلق iaitu penyataan zatNya oleh sifatNya sendiri, Bermula zat Allah Taala itu adalah احده iaitu ھو di mana ھو ini mempunyai sifat.
1. Kebesaran جلل
2. Keelokan جمل
3. Kesempurnaan كمال
4. Kekerasan قحا
Proses Tajalli Diri Manusia (Sifat Allah)
Kemudian ditajallikan pula oleh Allah akan zatNya pada martabat sifat atau وحده atau dinamakan الصمد ataupun martabat نورالله dan kemudiannya kepada نورمحمد pada martabat Asma: iaitu وحدیھ dan setelah Allah menjadikan نورمحمد barulah Tuhan itu bernama Allah (الله). Setelah 125 tahun Allah mentajallikan نورمحمد barulah Allah Taala menjadikan nyawa insan yang berasal daripada Jauhar iaitu Nafas, Ampas, Tanapas dan Nufus diri roh manusia dijadikan dari جوحربسطھ . Semua sifat ini telahpun dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran. Bermula sifat-sifat yang disebutkan tadi yang dikehendaki dicuci sebelum diberi Nur kepada seseorang itu. Manusia sebenarnya mempunyai permulaan tetapi tidak ada kesudahan dan manusia akan kembali ke alam غائب الغیب kerana permulaan manusia dari Alam Ghaib. Bermula Alam Ghaib itu adalah Alam lahut iaitu احده Alam Jabarut iaitu وحده Alam Malakut iaitu وحدیھ Alam Roh. Alam Misal, Alam Ijsan dan Alam Insan.
Sesungguhnya manusia yang berasal daripada Alam Ghaib dipindahkan kemudiannya ke Alam Batin iaitu Alam Lahut. Alam Jabarut dipindahkan ke dalam perut ibu bapa (alam misal) dan (alam ijsan), kemudiannya dipindahkan pula ke alam dunia untuk dizahirkan. Setelah hidup seketika di dunia ini sebagai tempat proses penyucian diri dengan diri Empunya Diri, maka manusia itu akan dipindahkan pula ke satu alam yang dinamakan Alam Barzah dan seterusnya
ke Alam Akhirat. Adapun proses pemindahan rahsia diri Empunya Diri daripada alam غائب الغیب melalui alam Misal, Alam Ijsan dan Alam insan sampailah kepada dunia alam maya dan seterusnya meninggalkan dunia yang fana’ adalah seperti berikut:
1. Tatkala kita didalam zat Allah
namanya.
2. Tatkala rahsia turun ke ubun-ubun bapa
namanya.
3. Tatkala tahsia masuk ke ubun-ubun bapanamanya
4. Tatkala rahsia di dalam ubun ubun bapa (nyata)
namanya
5. Tatkala rahsia di dalam otak bapanamanya.
6. Tatkala rahsia bergerak di dalam otak bapa
namanya.
7. Tatkala rahsia didalam ruang mata bapa
namanya.
8. Tatkala rahsia turun ke dada bapa
سرالله ‎namanya.
9. Tat kala rahsia turun ke jantung bapa سلطان نور namanya.
10. Tatkala rahsia turun ke pusat bapa ایاإمن (دي) namanya.
11. Tatkala rahsia turun kepinggang bapa وادى namanya.
12. Tatkala rahsia dihujung zakar bapa منى namanya.
13. Talkala ibu dan bapa bersetubuh(berahi)
namanya
14. Tatkala tergantung-gantung mani dihujung Zakar bapa عالم namanya.
15.Tatkala mani menitik ke dalam rahim ibu air
namanya
16. Tatkala bersatu mani dengan maknikam ibubapa namanya.
17. Tatkala berpindah mani ke dalam rahim ibu
namanya
18. Tatkala sehari di dalam rahim ibu حیاة.الله namanya.
19. Tatkala tujuh hari di dalam rahim ibu شھود namanya.
20. Tatkala 14 hari di dalam rahim ibu نقتھ namanya.
21. Tatkala berpindah ke dalam perut ibu pada hari yang ke 31 نوطفھ namanya
22. Tatkala usia di antara 4i -hingga 80 hari خلقھ namanya.
23. Tatkala usia 81 hari hingga 119 hari
namanya.
24. Tatkala usia 120 hari terdiri برزح iaitu nyala huruf ھى dan jalan hidup.
25. Tatkala usia 130 hari jadi telujuk kanan.
26. Tatkala usia 131 hari jadinya kepala.
27. Tatkala usia 132 hari jadilah 2 tangan.
28. Tatkala usia 133 hari jadilah dua kaki.
29. Tatkala usia 134 hari jadilah 360 tulang-tulang.
30. Tatkala usia 135 hari jadilah 248 sendi-sendi.
31. Tatkala usia 136 hari jadilah 360 urat-urat besar.
32. Tatkala usia 137 hari ditambah daging-daging.
33. Tatkala usia 138 hari ditambah kulit.
34. Tatkala usia 139 hari ditambah rambut.
35. Taikala usia 140 hari di tambah kuku.
36. Tatkala usia 141 hari ditambah hidung.
37. Tatkala usia 142 hari di tambah mulut.
38. Tatkala usia 113 hari jadilah lidah.
39. Tatkala usia 144 hari jadilah dua telinga dan rongga-rongga hidung.
40. Tatkala usia kita 145 hari ditiupkan nyawa ke dalam badan kita.
41. Tatkala usia 160 hari idaman iaitu sudah ada uri-uri dan tembuni.
42. Tatkala usia di antara 200 hingga 240 hari لحما namanya iaitu nyawa hidup dengan hayat Tuhan.
43. Tatkala usia di antara 241 hari hingga 270 hari سلسل namanya iaitu telah lengkap dengan uri-uri, tembuni, ketuban, bali. Hal ini disebut juga sahabat empat. Juga dinamakan dia kembar manusia. Bermula uri ertinya cahaya dan tembuni ertinya air, ketuban ertinya api dan bali ertinya angin.
44. Tatkala usia kita di antara 271 hari hingga 280 hari فیكن namanya iaitu nyawa kita yang telah lengkap dengan jasad maka jasad itulah yang dinamakan خلقiaitu penyataan zat oleh sifat (jasad). Itulah yang dinamakan Azali. Tatkala itu zahirlah Ilmu yakni
 Ketika itu diri itu dari الیف (alif) itu ialah 
maka diri kita inilah alam صغیر iaitu alam kecil Jibrail berkata kepada Rasulullah, bahawasanya alam itu ada dua iaitu pertama alam kabir iaitu alam yang nyata ini. Keduanya alam صغیر iaitu alam di dalam diri manusia. Maka alam di dalam manusia adalah lebih mulia dan berkuasa daripada alam kabir.
45. Tatkala usia kita genap 280 hari kita dilahirkan dengan kalimah فیكل dan kita bernama
. Kita zahir ke dunia dengan tangisan, kerana hendak mencari mana satu ialan yang hendak ditempuhnya kerana jalan
ada empat bahagian:
– Jalan Neraka
– Jalan Syurga.
– Jalan 

– Jalan رحمھ
Masa di dalam tangisan itu dinamakan زوق kanak-kanak bersih di sisi Tuhan. Sebagaimana sabda Rasulullah:
“Kanak-kanak yang dilahir oleh ibunya itu semuanya bersih. Yang bertanggung jawab menjadikan kanak-kanak itu Yahudi atau Nasrani iaitu jahat atau sebaliknya ialah ibu bapanya”
46. Tatkala mula ketawa صمد namanya.
47. Tatkala mula berjalan jatuh محمد yatim namanya.
48. Mula berkata-kata رحمدالله namanya. Masa ini genggaman tangan baru
terbuka.
49. Akil baligh محمد namanya iaitu tanggungjawab seseorang kepada Tuhannya bermula pada masa ini, Segala perintah Allah adalah wajib baginya.
50. Firman Allah Taala: “Iaitu tiap-tiap yang hidup itu akan merasai mati.”
“DaripadaNya engkau datang kepadaNya engkau kembali”.
Maka di saat ini habislah sudah tanggung-jawab manusia menjaga rahsia Allah dan berpindahlah ia ke alam yang baru iaitu alam Barzah dan Mahsyar. Adapun دى daripada Allah jadinya urat, mata putih, kulit dan roma وادي daripada محمد jadinya urat, daging, bulu mata. وان ى (Wani) daripada malaikat jadi urat. منى‎
daripada bapa jadinya darah, mata hitam. مأنیكم daripada ibu jadinya cahaya mata, tulang dan daging.
– Adapun manusia daripada Allah itu ialah nyawa, cinta, cahaya, bayan-bayang. Daripada محمد itu ialah budi, iman, tauhid dan makrifat.
– Daripada malaikat itu, rasa, penciuman, penglihatan dan pendengaran,
– Daripada bapa iaitu urat, sendi, tulang dan otak.
– Daripada ibu iatu roma, kulit, daging dan darah.
Adapun usul manusia itu ada lima perkara :
1. Hati
2. Pendengaran
3. Penglihatan
4. Penciuman
5. Berkata-kata
Maka segala-gala itu dinamakan hidup. Apa yang dinamakan manusia itu ialah hidup, roh, rahsia – سرالله -, akal nafsu.
Adapun tatkala kita di dalam zat hinggalah rahsia diri dimasukkan ke ubun-ubun bapa, ini bererti kita masih lagi berada di alam ghaib dan kita di kandung pula oleh kandungan bapa selama 40 hari dan dikandung oleh ibu kita selama 280 hari
Pada masa umur kita masuk ke 120 hari di masa ini kita duduk di dalam 
 sampailah umur kita di dalam kandungan 280 hari dan kemudiannya keluarlah kita ke alam dunia fana ini bagi menghadapi suatu cabar baru untuk menanggung rahsia Allah s.w.t. dengan penuh kesucian. Ketika lahir ke dunia seseorang kanak-kanak memulakan hidupnya dengan tangisan. Kanak-kanak menangis sebanyak dua kali di dalam permulaan hidupnya. Tangisan pertama adalah menandakan hakikat duka cita kerana terpaksa memikul tanggung jawab rahsia diri Allah yang begitu berat yang boleh membawakan mereka kembali ke dua alam pilihan -iaitu Jalan keredaan ataupun jalan kemurkaan (Syurga atau Neraka). Mereka harus memperjudikan hidup mereka ke jalan Allah ataupun ke jalan iblis dan sesungguhnya tidak ada pilihan bagi mereka kecuali dua Jalan tersebut. Mereka harus menempuhnya dengan penuh tabah dan kesabaran. Baginya jika ianya tida dilahirkan ke dunia tanpa berjasad nescaya tanggungjawab yang besar ini tidak harus dipikul olehnya dan inilah beban pertama sepanjang hayatnya untuk dipertanggung jawabkan oleh hidupnya. Bermula tangisan yang kedua adalah hakikat gembira kerana ianya dilahirkan ke dunia ini, kerana menjadi suatu خلق yang paling mulia dan baik dan dapat pula memikul suatu tanggungjawab yang besar diserahkan oleh Allah kepadanya, sedangkan tanggungjawab ini tidak sanggup dipikul oleh makhluk lain seperti langit, bumi dan gunung-ganang.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq