Hakikat Insan – Sabar Dalam Konteks Makrifat

 

BAB 21 

SABAR DALAM KONTEKS MAKRIFAT

Banyak orang memperkatakan tentang sabar di mana biasanya sabar dijadikan “HADIAH” atau penawar kepada manusia di dalam menghadapi keadaan negatif yang menimpanya. Bila seseorang manusia ditimpa sesuatu kesalahan maka manusia memerlukan sabar. Bila seseorang manusia ditimpa sesuatu keadaan resah gelisah, maka manusia memerlukan suatu yang bernama sabar. Pendek kata, apabila manusia menghadapi sesuatu musibah maka sudah tentu manusia tersebut memerlukan kepada sabar. Sesungguhnya dengan memiliki sabar manusia tidak mungkin akan menempuh perasaan putus asa, akan putus harapan di dalam hidupnya. Apabila seseorang kawan menghadapi sesuatu apa, yang bernama “SUSAH” maka sudah tentu seorang kawannya yang lain akan menasihati kawannya itu supaya bersabar. Kita tidak harus mengikut hati dalam menghadapi keadaan begini. Kita harus sabar, nasihat sebegini biasanya disediakan hanya untuk orang lain, tetapi jarang di kalangan kita menggunakan sabar untuk dirinya sendiri apabila ditimpa dengan suatu yang bernama susah, malahan orang yang berkenaan tidak pun dapat menggunakan sabar, malahan dirinya terus melenting, walaupun sebelum ini ianya pernah mencurahkan nasihat sabar kepada orang lain. Apakah sebenarnya hakikat sabar ini hanya untuk dijadikan “HADIAH” bagi kegunaan orang lain Jawabnya tentu tidak. Tetapi apa yang diamal itulah hakikat sebenar yang berlaku pada masyarakat kita di kala ini. Sesungguhnya sabar itu bukan sekali-kali untuk dihadiahkan kepada orang lain tetapi sebenarnya ia harus diguna untuk kegunaan amalan diri sendiri
Seperti firman Allah : Ali Imran – 200
يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْا ۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
Hai orang-orang yang beriman; bersabarlah dan teguhkanlah kesabaran kamu, dan tetaplah bersedia (menempuh ujian) dan bertakwalah kepada Allah. 
supaya kamu beruntung
Firman Allah lagi : Al-Ankabut : 2-3
اَحَسِبَ النَّاسُ اَنْ يُّتْرَكُوْۤا اَنْ يَّقُوْلُوْۤا اٰمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَـنُوْنَ
وَلَقَدْ فَتَـنَّا الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَـعْلَمَنَّ اللّٰهُ الَّذِيْنَ صَدَقُوْا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكٰذِبِيْنَ
Apakah manusia mengira, mereka boleh mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji. Sesungguhnya Allah telah menguji orang yang terdahulu dari kamu, maka Allah mengetahui mereka yang benar dan mengetahui mereka yang berdusta“.
Dan firman Allah Taala lagi: AIi ‘lmran : 142
اَمْ حَسِبْتُمْ اَنْ تَدْخُلُوا الْجَـنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّٰهُ الَّذِيْنَ جَاهَدُوْا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصّٰبِرِيْنَ
Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga. padahal belum nyata bagi Allah nereka yang berjihad (menyuci hatinya)’di antara kamu dan belum nyata 
mereka yang sabar“.
Di samping itu banyak lagi ayat AI-Quran yang berupa seruan, ingatan dan menganjurkan manusia supaya bersabar. Bila kita memperkatakan sabar maka sudah barang tentu kita tidak dapat pisahkan dengan suatu yang lain yang bernama iman, kerana sabar dan Iman mempunyai kaitan rapat yang tidak mungkin dapat dipisahkan, Sabda Rasulullah:
“Sabar itu adalalah menjadi sebahagian daripada iman”
Sesungguhnya iman tidak terlepas dengan ujian. Keteguhan iman seseorang itu akan terbukti apabila ianya menang menghadapi ujian dan setiap ujian itu sudah tentu bahawa suburnya iman seseorang itu hanya apabila dijamu dengan ujian dan iman, akan menjadi tandus kering jika ianya tidak disirami dengan ujian. Sesungguhnya ujianlah sebenarnya makanan kepada iman. Iman seseorang itu akan diuji dengan senang dan susah, suka duka, pahit manis dan sebagainya. Tetapi sebahagian besar dari kita menganggap susah, derita, duka gelisah dan seumpamalah sebagai ujian, Sebaliknya jarang pula di kalangan masyaraka kita dapat menerima dan memahami hakikat bahawa kesenangan adalah merupakan suatu ujian yang lebih besar daripada ujian berbentuk susah. Manusia menganjurkan sabar kepada yang menghadapi susah, tetapi tidak pernah pula mengajar supaya bersabar ketika senang. sedang kita telah pun dapat menerima hakikat susah senang adalah ujian belaka. Susah datang dari Allah, senang pun daripada Allah bagi tujuan memenuhi matlamat kejadian manusia untuk diuji. Seperti firman Allah: Al-Balad’ : 4
لَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ فِيْ كَبَدٍ
Tidak dijadikan manusia kecuali bagi menghadapi ujian“.
Manusia yang berguna adalah manusia yang menerima ujian daripada Tuhannya, semakin banyak ujian yang menimpa dirinya maka makin tinggilah darjat kemuliaannya di sisi Allah sebaliknya manusia yang tidak sanggup menerima ujian daripada Allah. Maka manusia itu adalah manusia yang tidak berguna. Sesungguhnya ujian tetap bersama kehidupan manusia, tidak kira siapa manusia itu. Justeru itu boleh disimpulkan bahawa hidup itu sendiri sebenarnya adalah ujian. Tiap-tiap yang berguna tentu akan diuji. Parang akan diuji dengan pokok, bola akan diuji dengan kaki, dapur diuji dengan api, tandas diuji dengan tahi, begitulah halnya dengan kehidupan manusia tetap akan diuji jika ianya seorang manusia yang berguna.
Sesungguhnya pokok iman haruslah berdahankan sabar dan berbuahkan keredaan. Oleh itu iman, sabar dan keredaan adalah tiga perkara yang harus dipegang didalam kehidupan manusia seharian. Di dalam bab-bab yang lalu kita telah pun membincangkan iman di mana tiap-tiap yang dikata iman maka sudah tentu memerlukan kepada tauhid dan tiap tauhid memerlukan pula kepada sabar dan tiap-tiap sabar memerlukan pula kepada reda, barang siapa yang dapat berpaut kepada reda di dalam hidupnya maka ia akan menjadi manusia yang sebaiknya di sisi Allah. Bila bertanya kepada ramai apakah pengertian sabar sebenarnya maka sudah barang tentu orang berkenaan akan mentafsirkan sabar adalah menahan perasaan di kala menghadapi susah, di mana kita harus mengambil sikap tahan diri kita jangan mengikut nafsu serta menggunakan fikiran dingin ketika menghadapi Susah. Dalam hal yang demikian di dalam perbincangan ini saya ingin mentafsirkan sabar sebagai satu kesanggupan menerima dan memulangkan rahmat dan nikmat daripada Allah dengan penuh keredaan. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah di dalam Al-Quran: Al-Baqara : 156
الَّذِيْنَ اِذَاۤ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ ۙ قَالُوْۤا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـاۤ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ
Bagi mereka apabila menghadapi sesuatu musibah, maka berpeganglah (katakanlah) sesungguhnya itu daripada Allah dan kepadanya harus dikembalikan“.
Dari pemahaman di atas maka dapatlah diyakinkan bahawasanya semuanya itu daripada Allah dan kepada Allahlah harus dikembalikan. Kita datang daripada Allah, maka kepada Allahlah kita harus kembali. Susah-senang daripada Allah. maka kepada Allah harus dikembalikan, tiada sesuatupun yang harus menjadi hak kita kecuali semuanya adalah hak Allah semata-mata. Sesungguhnya susah itu adalah merupakan rahmat dan senang itu adalah merupakan nikmat. Kebanyakan daripada kita, apabila susah. maka mukanya akan berubah bentuk menjadi “MASAM”, mukanya mulai kering berkedut, tingkah lakunya penuh dengan dud-dud kegelisahan. Sebaliknya apabila ianya memperolehi apa yang dinamakan kesenangan, maka ianya akan di sambut dengan penuh perasaan riang-gembira di mana senyumnya lebar, mukanya merah kebahagiaan. Jarang manusia dapat menerima susah dengan mukanya masam dan menerima senang pun dengan muka yang masam ataupun mereka dapat menerima kesenangan dengan senyum dan dapat pula menerima kesusahan pun dengan senyum jua.
Banyak alim ulama Syariat mentafsirkan Musibah sebagai Bala telapi sebenarnya Musibah tidak seharusnya ditafsirkan sebagai bala sebaliknya musibah hendaklah ditafsirkan sebagai Rahmat dan Nikmat. Sesungguhnya Rahmat dan Nikmat adalah ujian bagi manusia seluruhnya. Hidup adalah ujian, amal ibadah adalah ujian, sembahyang (solat) adalah ujian dan matipun adalah ujian. Oleh itu kalau solat, amal ibadat, hidup dan mati adalah merupakan ujian maka apakah setiap ujian itu merupakan bala. Kalau susah itu ujian apakah susah itu bala, kalau senang itu ujian apakah kesenangan itu bala. Kalau bahagia itu ujian, maka apakah kebahagiaan itu bala, kalau duka nestapa Itu ujian, maka apakah duka nestapa itu bala. Kalau kaya itu ujian, maka apakah kekayaan itu bala dan kalau mati itu ujian maka apakah kematian itu bala. Lantaran daripada itu dapat disimpulkan bahawa musibah itu lebih merupakan ujian yang berupa rahmat dan nikmat. Kebanyakan di kalangan kita di masa kini menganggap kematian salah suatu bala, oleh yang demikian jika berlakunya satu-satu kematian, kebanyakan daripada kita akan berkata
Daripada Allah datangnya dan kepada Allah harus kembali
Justru itu kalaulah mati boleh dikatakan datang daripada Allah dan kepada Allah harus kembali, maka soalnya apakah hidup susah senang dan seumpamanya bukannya datang dari pada Allah dan harus pula dikembalikan. Sebaliknya jika semuanya itu adalah datang daripada Allah dan harus pula dikembalikan kepadaNya, maka kenapakah tidak berkata jua dengan lafaz
Lagipun perlu di ingatkan permulaan manusia di dunia adalah hidup dan kemuncak hidup adalah mati, tanpa mengalami kematian bererti kemuncak hidup manusia belum sampai kerana tanpa menempuh mati, maka tidak mungkin manusia dapat kembali ke tempat asalnya di Alam ghaib. Sesungguhnya manusia datang dari alam Ghaib, maka harus kembali ke alam ghaib. Lantaran itu apakah perpindahan manusia dari alam buana yang fana ini ke alam yang kekal harus dianggap sebagai bala. Dengan yang demikian dapat disimpull bahawa kematian bukan sekali-kali boleh dikatakan bala. Sebaliknya ianya merupakan suatu rahmat dan nikmat yang harus ditempuh oleh manusia. Oleh itu adalah tidak menepati sekali jika kita hadiahkan suatu kematian itu dengan lafaz
sedangkan perkara lain yang menempuh kita, kita tidak pernah pun berbuat demikian, dari itu bila kita benar-benar memahami segala-gala yang berlaku di dalam hidup, dan juga mati adalah lebih merupakan ujian, maka setiap ujian haruslah pula di sambut dengan suatu yang bernama sabar. Sesungguhnya tanpa berpegang kepada dahan sabar, maka sudah tentu manusia itu akan hanyut dilambung arus ujian dan manusia tersebut akan terjatuh ke tangan syaitan jika senjata sabar tidak dipunyai oleh dirinya, di samping itu perlulah diingatkan bahawa syaitan akan mencuba sedaya upaya menimbulkan sesuatu sehingga membuat kesabaran luput pada diri manusia tersebut apabila menghadapi sesuatu ujian. Maka berbahagialah mereka yang memiliki sabar pada dirinya.
Sebagaimana yang pernah ditegaskan di dalam bab-bab yang lalu bahawasanya Allah menyatakan dirinya dengan diri rahsianya iaitu dengan sifat dan afa’alnya, sesungguhnya kejadian manusia bersama dengan tugas utamanya adalah untuk menyatakan sifat dan afa’al Allah s.w.t. yang meliputi pada alam saghir dan alam kabir, di samping perlu ditegaskan lagi bahawa apa saja yang berlaku di alam maya ini adalah sebenarnya kelakuan Allah jua dan tidak boleh sekali-kali di iktiqad selain daripada itu. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawasanya semua perkara yang menimpa atas diri kita adalah sebenarnya afa’al Allah. Susah adalah afa’al Allah, senang adalah afa’al Allah, kaya adalah afa’al Allah, suka adalah Afa’al Allah, duka adalah Afa’al Allah dan semuanya adalah Afa’al Allah, pendeknya tidak adapun sedikit hak kita manusia kecuali hak Allah semata-mata. Bagaimana kita boleh mendakwa sesuatu itu hak kita, sedangkan diri kita sendiri pun adalah hak Allah jua. Oleh kerana diri kita pun bukan hak kita maka sudah tentulah apa yang menimpa kita sebenarnya bukan menimpa kita dan tidak ada hak untuk kita mengaku sesuatu yang menimpa kita, adalah menimpa kita, kecuali pada hakikatnya menimpa kita Allah jua.
Sesungguhnya perlu difahamkan bahawa Allah menyatakan diriNya dengan sifatNya. Allah menguji sifatNya dengan afa’alNya dan Allah memuji zatNya dengan namaNya. Jadi jelaslah apa yang dikatakan ujian yang menimpa kita adalah ujian afa’al Allah terhadap sifatNya semata mata. Dan manusia jangan sekali-kali mengaku dirinya itu adalah dirinya sebaliknya manusia tersebut haruslah berpegang dengan satu keyakinan bahawa aku adalah sifat Allah semata tidak lebih dan tidak kurang daripada ini. Sesungguhnya sifat sabar itu hanyalah diperlukan oleh manusia yang masih tidak mengenal dirinya. Manusia yang masih terapung-apung dengan kegelapan, pengetahuan yang tidak mengetahui dirinya, dari mana datangnya dan ke mana pula harus kembali. Di samping itu sifat sabar sebenarnya hanya diperlukan oleh manusia-manusia yang tolol, yang mendabik dada, nah inilah hak aku, itulah hak aku dan manusia tersebut merasai dirinya berhak ke atas sesuatu dan harus pula dapat memilikinya. Sesungguhnya sabar diperlukan akibat manusia merasai dirinya boleh menguasai dan memiliki sesuatu tetapi sebaliknya apabila manusia tersebut tidak berjaya memilikinya, maka sifat sabar diperlukan olehnya. Manusia merasai bahawa dia harus memiliki kekayaan, bila ditimpa dengan kemiskinan maka manusia tersebut perlukan sabar.
Manusia merasai, dia tidak harus susah bila susah menimpanya maka perlulah manusia itu kepada sabar, begitulah pula seterusnya. Sebaliknya apabila manusia dapat berpegang dengan konsep susah itu adalah hak Allah, maka ia akan memulangkan susah itu kepada Allah, senang itu adalah hak Allah maka dia akan memulangkan segala kesenangan itu kepada Allah. Lantaran itu kalau susah adalah hak Allah, senang pun hak Allah, maka mana mungkin timbulnya istilah sabar, sebab istilah sabar adalah timbul apabila adanya istilah susah dan istilah sabar juga timbul apabila adanya istilah senang. Jadi bila tidak ada istilah senang dan istilah susah pada diri seseorang manusia itu, maka sudah tentu hilanglah pula istilah sabar pada dirinya. Oleh itu tiadalah lagi istilah sabar pada dirinya apabila luputnya istilah senang dan istilah susah pada dirinya. Justeru itu kita haruslah memahami falsafah dan pegangan ahli-ahli Saufi yang menegaskan bahawa segala itu hendaklah dipandang dan persaksian dengan konsep :
laitu “persaksikanlah pada yang banyak itu kepada yang satu“.
laitu “persaksikanlah pada yang satu itu pada yang banyak”.
laitu “persaksikanlah pada yang satu itu pada yang satu”
laitu “persaksikanlah pada yang satu di dalam Nur (rahsia) yang satu“.
Dengan berpegang dengan konsep di ataslah, maka orang-orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya dapat menerima satu ujian itu dengan penuh keredaan tanpa wujudnya sifat syirik pada dirinya dengan Allah s.w.t. Mereka tidak mungkin merasai gembira ketika menghadapi apa yang dikatakan “Senang” dan tidak pula bersedih ketika menghadapi apa yang dinamakan “Kepahitan” dalam hidup. Hidupnya tidak pernah gembira, tidak pernah susah, tidak pernah gelisah dan tidak pernah, tidak pernah, tidak pernah ………….. pendek kata hidupnya dengan sesungguhnya dengan berpegangkan konsep di ataslah maka dapat terhasil suatu bentuk kesabaran yang sebenar pada dirinya dan sesungguhnya pula formula konsep di ataslah yang pernah dipegang oleh Rasulullah s.a.w., para Nabi-nabi, Wali-wali Allah yang mempunyai dan mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah S.w.t.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq