Hakikat Insan – Solahuddaim

 

BAB 13 

SOLAHUDDAIM

Kita telahpun mendengar, bahawa barang siapa yang tidak mengenal ilmu zikir nafas maka sudah tentu orang yang berkenaan tidak dapat menyelami alam hakikat Solahuddaim di dalam bab-bab yang lalu telah diterangkan jelas tentang solat di mana pengertian solat tersebut adalah berdiri menyaksikan diri sendiri iaitu penyaksian kita terhadap diri zahir dan diri batin kita yang menjadi rahsia Allah S.W.t. Di sini kita akan membincangkan takrif dan cara-cara untuk mencapai martabat atau makam Solahuddaim. Solahuddaim bolehlah ditakrifkan sebagai solat yang berkekalan tanpa putus walaupun sesaat di dalam masa hidup seseorang manusia itu iaitu penyaksian diri sendiri (diri batin dan diri zahir) pada setiap masa dan setiap ketika tanpa berhenti-henti walaupun sesaat di dalam hidupnya.
Seperti firman Allah di dalam AI·Quran: Al-Ma’arij (23)
الَّذِيْنَ هُمْ عَلٰى صَلَاتِهِمْ دَآئِمُوْنَ
Yang mereka itu tetap mengerjakan solat
Jika pada bab yang lepas, di dalam solat (sembahyang) tugas kita adalah menumpukan sepenuh perhatian dengan mata batin kita menilik diri batin kita dan telinga batin menumpukan sepenuh perhatian kepada setiap bacaan oleh anggota zahir dan batin kita di sepanjang upacara solat kita tersebut tanpa menolehkan perhatian kita ke arah lain Maka Solahuddaim adalah penyaksian sebenar seseorang itu terhadap diri batinnya pada sepanjang masa. Solat (sembahyang) adalah merupakan satu latihan di peringkat awal untuk kita melatihkan diri kita supaya menyaksikan diri batin kita yang menjadi rahsia Allah s.w.t. tetapi setelah berjaya membuat penyaksian diri di waktu kita menunaikan sembahyang maka kita haruslah pula melatihkan diri kita supaya dapatlah kita menyaksikan diri batin kita pada setiap saat di dalam masa hidup kita dalam masa 24 jam di sepanjang hayat kita Sebab itulah kita mengucap
syuhadat: –
اشھدان لاالھ الاالله واشھدان محمدارسول الله
Maka bererti bahawa kita berikrar dengan diri kita sendiri untuk menyaksikan diri rahsia Allah itu pada setiap saat di dalam masa 24 jam sehari semalam. oleh itu untuk mempraktikkan penyaksian tersebut, maka kita haruslah mengamakan Solahuddaim di dalam hidup kita seharian, seperti mana yang pernah dibuat dan diamalkan oleh Rasulullah, Nabi-nabi, aulia-aulia dan para wali Allah yang agung.
Bermula diantara, syarat untuk mendapat makam Solahuddaim adalah seperi berikut:
1. Seseorang itu haruslah memahami dan berpegang teguh dengan hakikat kelakuan zikir nafas.
2. Seseorang itu haruslah terlebih dahulu berjaya mendapat nur kalbun iaitu hati nurani.
3. Seseorang itu hendaklah menemui, mengamalkan sembahyang Rasulullah.
4. Seseorang itu telahpun mengalami proses pemecahan wajah.
5. Seseorang itu telahpun memahami dan dapat berpegang dengan penyaksian sebenar.
wajah orang-orang Mukmin yang mengalami Khawaful-Khawah (Pemecahan Wajah)
Untuk mengamalkan dan mendapat makam Solahuddaim maka seseorang itu haruslah memahami pada peringkat awalnya tentang hakikat pelakuan zikir nafas, iaitu tentang gerak-geriknya. Zikirnya lafaz zikirnya, letaknya dan sebagainya. Hal ini telahpun disentuh di dalam bab-bab yang lalu. Oleh itu amallah zikir nafas itu bersungguh-sungguh supaya kita mendapat iaitu pancaran nur di dalam jantung kita yang menjadi “DINAMO” kepada “current ” makrifat untuk makrifat diri kita dengan Allah s.w.t. Sesungguhnya dengan zikir nafas sahaja ketulan darah hitam (istana iblis) di jantung kita akan hancur dan terpancarlah nur kalbun dan setelah terpancarnya kalbu, maka terpancartah pula “current” makrifat bagi membolehkan seseorang manusia itu memakrifatkan dirinya dengan Allah s.w.t. dan dapatlah diri rahsia Allah yang menjadi diri batin kita membuat perhubungan dengan diri Tuhan semesta alam. Latihan untuk menyaksikan diri ini hendaklah dibuat di peringkat awal-awal lagi melalui solat. Sebagaimana yang diterangkan di dalam bab yang lalu. Di dalam masa proses penyaksian diri ini, seseorang itu akan mengalami iaitu satu proses membebasan diri batin kita dari jasad dan dengan itu maka seseorang itu akan dapat melihat wajah ke satu wajah yang lain, sampailah kepada wajah ke 9 iaitu martabat yang tertinggi di dalam ilmu ghaib. Dengan mendapat pecahan wajah maka manusia itu akan dapatlah membuat suatu penyaksian yang sebenar pada setiap saat di masa hidupnya. Sama ada semasa beribadat ataupun di dalam keadaan biasa di dalam masa hidupnya. Pada peringkat ini dinamakan juga peringkat martabat Baqa Billah iaitu suatu keadaan yang kekal pada setiap pendengaran, penglihatan, cita rasa dan sebagainya dengan ditahap ini adalah seperti orang awam dan payah sekali untuk mengetahui darjat dirinya dengan Allah s.w.t.
Biasanya orang-orang yang berjaya mencapai makam Solahuddaim dapatlah kembali ke hadrat Allah Taala dengan diri batin dan diri zahir tanpa berpisah di antara satu dengan lain. Mereka dapat memilih sama ada hendak mati (meninggal) atau hendak Ghaib. Hal sebegini pernah berlaku kepada wali-wali Allah yang agung apabila sahaja notis kematian mereka telah sampai. Kematian dan ghaibnya mereka akan disambut oleh para rasul, nabi, aulia dan wali-wali Allah di atas kejayaan mereka. Adapun langkah-Iangkah yang harus diambil oleh seseorang yang hendak mencapai ke tahap Solahuddaim maka seseorang itu hendaklah sering membuat penyaksian terhadap diri batinnya pada setiap masa di dalam hidupnya di mana mata batinnya sentiasa menilik diri batinnya dan telinga batinnya sentiasa mendengar setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh mulutnya semasa perbualan harian di samping itu setiap patah percakapan beliau itu haruslah pula diikuti oleh anggota lain seperti di dalam sembahyang. Latihan ini haruslah dibuat selalu tanpa dilengah-lengahkan walaupun sesaat. Sesungguhnya barang siapa yang berjaya ke makam Solahuddaim ini mereka akan dimuliakan di dunia dan akhirat, berkat di dunia dan akhirat dan diredai di dunia dan akhirat. Tanpa mencapai ke peringkat Solahuddaim ini seseorang itu tidak mungkin berjaya sampai ke peringkat martabat yang tinggi di dalam ilmu ghaib. Oleh itu wanai anak cucuku, kejarlah kamu agar kamu mencapai tahap Solahuddaim.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq