Hakikat Insan – Zikir Dan Peraturannya

 

BAB 19

ZIKIR DAN PERATURANNYA

Sebagaimana yang diterangkan di dalam bab yang lalu bahawa setiap orang yang hendak menyucikan dirinya dengan Allah s:w.t. adalah berkewajiban mengamalkan segala petua-petua yang diberikan oleh gurunya di samping berzikir dengan Allah S.W.t. kerana dengan cara berzikirlah sahaja maka hakiki kekotoran hati dapat disucikan, dan perlu ditegaskan jua bahawa tiada jalan lain untuk mengembalikan diri rahsia Allah pada Zattulhaki melainkan dengan cara menyuci hatinya. Kesucian hati bolehlah diukurkan mengikut tahap kesucian ketulan darah kotor yang ada di bahagian bawah jantung seseorang itu yang selama ini menyelubungi lampu makrifat. Dengan terhasilnya nur kalbun, manusia tersebut akan dapat dikuasai oleh Allah.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesungguhnya hati orang mukmin itu adalah istana Allah
Di dalam membincangkan zikir ini, tentulah kita ingin mengetahui apakah makna zikir sebenarnya, Sesungguhnya zikir pada pandangan syariat adalah mengingati dengan melafazkan Asma’ Allah sama ada di bibir maupun di dalam hati. Namun di dalam bab ini kita akan membawa saudara-saudara sekalian kepada pentafsiran Tasauf. Adapun pentafsiran zikir pada pandangan Tasauf boleh ditafsirkan begini. Zikir adalah merupakan satu Kempen atau seruan kepada semua anggota zahir dan batin bagi tujuan untuk membersihkan hati dalam usaha untuk mengembalikan diri rahsia kepada tuan Empunya Diri, ini berlandaskan kepada Firman Allah di dalam Al Quran : Ar-Rad :28
اَ لَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوْبُ
Hanya dengan berkempen (zikir) kepada Allah lah sahaja boleh membesihkan Hati
Adapun zikir yang biasa diamalkan oleh orang Hakikat dan Makrifat adalah zikir Afa’al, zikir Asma’, zikir Sifat dan zikir Zat. Bermula zikir Afa’al itu adalah dengan melafazkan kalimah Syuhadat Tauhid iaitu لاالھ الاالله di mana ianya lebih merupakan zikir awal atau mula yang kelaziman diamalkan oleh orang-orang kumpulan Syariat. Zikir ini juga sering digelar sebagai zikir Nafi dan Isbat di mana si pengamal zikir ini akan menafi segala hak pada dirinya dan segala Afa’al pada dirinya dengan mengisbat segalanya kepada hak Allah semata di samping dia juga menafikan kewujudan dirinya dengan kewujudan Allah semata-mata. Adapun zikir Asma’ itu adalah dengan cara melafazkan zikir keluar nafas iaitu الله . Zikir ini biasanya diamalkan oleh kumpulan tarikat, di mana pengamal-pengamalnya terus menerus menafikan diri zahirnya dan terus mengisbatkannya kepada diri batinnya semata-mata iaitu الله . Jika pada zikir Syariat iaitu لاالھ الاالله masih lagi dinyatakan nafi dan isbat dengan melafazkan kalimah لاالھ الاالله dengan lidah dan hatinya secara berulang-ulang melafazkan kalimah penyaksian.
لاالھ الاالله
Tiada yang nyata hanya Allah
Tetapi pada zikir orang Tarikat adalah lebih ringkas lagi dangan hanya terus menyatakah الله sahaja iaitu diri batin yang mengandungi diri rahsia Allah S.W.t. Kempen penyaksian diri batin ini dilakukan sambil si pengamalnya menilik diri batinnya, di sini dapatlah diterangkan bahawa konsep yang disimpulkan pada zikir Asma’ ini adalah
لاَ َمْو ُجودٌِالاالله
Tiada yang wujud pada zahir dan batinnya hanya Allah semata-mata.
Bermula zikir sifat itu adalah zikir keluar masuk nafas alau zikir tanapas iaitu الله ھو , dimana lazimnya zikir ini diamalkan oleh kumpulan orang-orang Hakikat. Sungguhnya zikir ini adalah zikir di mana pengamal-pengamalnya telahpun memahami konsep pada penyaksian diri zahir dan batin di mana mereka telahpun mendapat petua penyaksian diri daripada gurunya yang mursyid lagi Makrifat yang telah menerangkan padanya yang diri batin itu sesungguhnya bernama Allah dan diri zahirnya itulah sebenar hakikat Muhammad. Untuk pengetahuan lebih lanjut silalah saudara-saudara menyemak kembali di dalam bab-bab yang lalu atau bertanyalah kepada mereka yang mursyid lagi Makrifat.
Jadi bila seseorang itu berzikir dengan zikir sifat maka bererti ianya menyatakan pada diri zahir dan batinnya tentang kedua-dua konsep pegangan di atas.
الله ھو
لاالھ الا الله محمد رسول الله
Tiada yang nyata pada diriku hanya (diri batin) dan Muhammad (diri zahir) adalah penanggung diri rahsia Allah s.w.t
Adapun zikir zat pula adalah dengan melafazan inti zikir rahsia nufus iatu ..اھى , zikir ini juga dinamakan zikir pertemuan makrifat di antara zakar dan faraj ketika berlakunya persetubuhan atau dinamakan juga sebagai ucapan faraj dan zakar, zikir ini adalah zikir “Nyata Menyata” diantara pemberi dan penerima, iaitu zat dan sifat yang kamil-mulkamil pada makrifat di antara Satu dengan lainnya. Adapun yang dimaksudkan kamil-mulkamil di antara satu dengan lain itu ialah bergaul bulat antara diri zahir dan batin atau pun di antara hakikat diri Allah dan hakikat Muhammad, ianya tidak boleh lagi bercerai tanggal di antara satu dengan lain pada konsep makrifat. Untuk keterangan lanjut dan lebih mendalam sila bertanya kepada orang yang mursyid lagi makrifat.
Syariat- لاالھالاالله -Zikir Afa’al
Tarikat- الله -Zikir Asma’
Hakikat- الله ھو -Zikir Sifat
Makrifat- اھى -Zikir Zat
Pada peringkat awal bagi orang-orang muptadi (orang yang baru belajar), mereka biasanya diberi petua oleh gurunya supaya mengamal dan berpegang dahulu dengan hakikat syuhadat tauhid dan bagi orang mutawasid (orang-orang pertengahan biasanya diberi petua oleh gurunya supaya mengamalkan zikir Asma’. Manakala bagi orang muntahi (orang yang faham) biasanya mengamalkan zikir Sifat الله ھو dan zikir zat اھى . Adapun zikir لاالھالاالله adalah zikir nafi dan zikir isbat. Adapun yang dikatakan nafi itu adalah dengan kita menafikan diri zahir kita ini mempunyai segala hak keatas sesuatu kecuali nyata hak Allah semata-mata.
“Hidupku bukan hidupku, ilmuku bukan ilmuku, mendengarku bukan mendengarku, melihatku bukan melihalku, kuasaku bukan kuasaku, kehendakku bukan kehendakku dan berkata-kataku bukan kata-kataku, kecuali semuanya itu hak Allah semata-mata”.
Bermula لا itu adalah nafi bagi diri zahir dengan satu pegangan tubuh zahir ini bukan tubuh kita kecuali diisbatkan dengan الھ iaitu pada menyatakan dengan suatu pegangan penyaksian yang mutlak bahawa yang wujud pada diri zahir kita ini adalah pada yang mengisbatkan kepada الااللهّ Jadi bila dikatakan الااللهّ bererti kita menyatakan dengan satu penyaksian yang mutlak yang diri batin kita itu adalah hanya Allah semata·mata. Dalam hal ini untuk pemahaman yang lebih mendalam sila semak kembali pada bab yang membincangkan hakikat syuhadat.
Adapun zikir الله adalah zikir Asma’ dan sesungguhnya yang dikata zikir Asma’ itu adalah kerana nama الله yang bersifat dan berzat itu nyata meliputi pada seluruh alam Saghir dan alam Kabir iaitu pada diri, Manusia dan alam semesta. Semuanya tiada teruang sedikitpun kecuali Samad dengan Zat, Sifat, Asma’ dan Afa’al Allah semata-mata. Seperti firman Allah : Al-Baqarah : 156
الَّذِيْنَ اِذَاۤ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ ۙ قَالُوْۤا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـاۤ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ
Sesungguh milik Allah itu dari Mashrik dan Meghrib. dimana saja kamu mengadap disitulah kamu akan melihat wajah Allah
Oleh ilu bila kita melafazkan الله maka dengan secara automatik pada hakikatnya kita menyaksikan bahawa semua yang wujud ini adalah Allah semata-mata, tiada yang lain hanya Allah iaitu
Saksilah pada yang satu itu kepada yang banyak
Adapun zikir الله ھو adalah zikir sifat. Zikir ini adalah berkonsepkan
َiaitu saksilah pada yang banyak kepada yang satu, iaitu dengan memahami apa saja yang ada, apa juga yang berlaku, apa juga yang terjadi adalah daripada punca yang satu iaitu Allah Taala jua yang meliputi pada Zat, Sifat. Asma’ dan Afa’al. Di sini bila dilafazkan الله ھو maka bererti hilanglah segala yang zahir dan nyatalah segala yang batin iaitu Allah Taala jua, Untuk memahaminya secara yang mendalam silalah rujuk kembali pada bab-bab yang lalu. Adapun zikir اھى adalah zikir Zat ataupun dinamakan jua zikir Makrifat. Zikir ini berkonsepkan kepada
laitu “saksilah pada yang satu di dalam yang satu”, Sesungguhnya maksud saksilah pada yang satu di dalam yang satu adalah dengan cara barkonsepkan penyaksian yang satu dari yang satu iaitu semuanya daripada Allah dan kembali kepada Allah.
Semuanya dari Allah dan harus kembali kepada Allah“.
Zat itu daripada zat yang satu. sifat itu daripada yang satu. Segala Asma’ itu Asma’ yang satu dan segala Afaal itu di dalam Afa’al yang satu iaitu Zat, Sifat, Asma’ dan afa’al Allah, Tuhan semesta alam jua. Sesungguhnya semua yang wujud dan zahir adalah daripada yang satu dan sebenarnya adalah satu dan tidak disekutukan dengan yang lain daripada yang satu. Kita tidak harus melupai bahawasanya Allah Taala menzahirkan sifatNya untuk memuji dan menyatakan zatNya dan menzahirkan afa’alNya untuk menguji sifatNya dan menzahirkan Asma’Nya semata-mata untuk menyatakan Sifat, Afa’al dan Zatnya. Tiada suatu sebab lain Allah Taala menzahirkan segala-galanya melainkan untuk diriNya sendiri. Setelah kita menyentuh dan memahami tentang konsep satu-satu zikir tersebut maka kita haruslah pula membincangkan tentang petua-petua peraturan berzikir supaya zikir yang dilafazkan itu akan mencapai matlamatnya untuk membersihkan hati kita dengan Allah s.w.t. Perlulah ditegaskan di sini bahawa satu-satu zikir yang dibuat tanpa menepati
peraturan dan petua-petua berzikir nescaya zikir yang berkenaan akan menjadi sia-sia saja kerana ianya tidak mencapai matlamat zikir yang sebenar. Banyak orang berzikir mengikut selera masing-masing, terasa hendak berzikir dengan nyaring lantas dinyaringkan suaranya, terlintas dihatinya hendak dilagukan zikir tersebut, lantas dilagukannya. terasa hendak dilenggang-lenggukkan tubuhnya, lantas dilenggang-lenggukkan tubuhnya, pendek kata berzikir bagi mereka adalah dengan cara melafazkan zikir mengikut sekehendak hati ranpa mendapat petua yang mutlak untuk mencapai matlamat zikir yang dibuatnya. Bila kita menyebut peraturan dan petua petua berzikir ianya meliputi peraturan dan cara-cara untuk melafazkan satu-satu zikir dan peradaban sebelum dan selepas serta ketika berzikir. Mula-mula berikan peluang kepada saya untuk memperkatakan peradaban sebelum, ketika dan selepas berzikir.
A. ADAB SEBELUM BERZIKIR
1. Seseorang yang hendak berzikir hendaklah membersihkan dirinya dan memakai pakaian yang bersih lagi suci, seeloknya mengambil wuduk sebelum hendak berzikir.
2. Seelok-eloknya sebelum hendak memulakan berzikir, bacalah dahulu Al-Fatihah dan Islighfar banyak-banyak sebagai pembukaan jalan untuk menyucikan hati di samping memohon syufaat daripada baginda Rasulullah s.a.w.
B. ADAB PERADABAN KETIKA SERZIKIR
1. Duduk di tempat yang suci dengan cara bersila atau duduk seperti tahayat awal. Seelok-eloknya hadapkan kedudukan kita ke arah Baitillah.
2. Letakkan kedua tangan ke atas paha, iaitu tangan kanan diletakkan di atas paha kanan dan tangan kiri diletak ke atas paha kiri.
3. Pejamkan kedua-dua belah mata kita rapat-rapat, seboleh-bolehnya jangan sekali celik ketika berzikir.
4. Hendaklah kita benar-benar menghadhirkan diri kita di dalam atau semasa berzikir dan sesungguhnya cara untuk menghadhir diri semasa berzikir adalah dengan kita “mematikan” diri kita di mana kita harus merasai diri kita kosong tiada berupaya terhadap sesuatu:
Seelok-eloknya bacalah bacaan di atas ketika hendak memulakan zikir.
5. Hendaklah kita benar-benar ikhfas hati kepada Allah s.w.t.
6. Seelok-eloknya mulakan zikir dengan zikir لاالھ الااللهّ daripada zikir lain
7. Hendaklah menghadhirkan diri kita pada setiap patah lafaz zikir iaitu di mana kita haruslah mendengar setiap patah zikir yang dilafazkan dan diikuti pula oleh setiap anggota zahir dan batin kita di sepanjang masa berzikir. Hendaklah menilik diri kita (diri batin) semasa melafazkan zikir di sepanjang acara zikir tersebut.
C. PERATURAN DAN ADAB SELEPAS ·BERZIKIR.
1. Hendaklah berdiam diri seketika di tempat berzikir setelah selesai dan handaklah kita menilik diri kita (diri batin) melalui ق قو سر yang terletak antara kening Kanan dan kiri.
2. Tahankan nafas kita seketika dan lepaskan nafas kita itu secara perlahan-Iahan dan ulangkan perbuatan itu sebanyak tujuh kali. Serepas itu sila mengucap:
اشھدان لاالھ الاالله واشھدان محمدارسول الله
3. Dan hendaklah menahan diri daripada minum air selagi kita merasai dahaga selepas berzikir. Ini bertujuan supaya “pati” khasiat zikir yang berkenaan itu dapat meresapi jantung dan tubuh kita seluruhnya.
Adapun cara-cara untuk melafazkan zikir Afa’al, Zikir Asma’, Zikir Sifat dan Zikir Zat adalah seperti berikut sebagaimana yang diamalkan oleh orang hakiki dan makrirat.
A. CARA MELAFAZ ZIKIR AFA’AL لاالھالااللهّ
Adapun cara untuk melafazkan kalimah لاالھ الا اللهّ itu adalah Melafazkan dengan cara perlahan (tidak nyaring) cuma sekadar untuk didengarkan diri sendiri sahaja dan cara bacaannya adalah:
لاالھ الاالله
Hendaklah dibaca panjang 3 alif (6 harakat)
Ketika melafazkan لا itu hendak dihalakan daripada muh,l! sampai ke pusat dan ketika melafazkan الھ itu daripada arah pusat ke ubun-ubun, kemudiannya dilafazkan pula ّالا dengan pendek dari ubun-ubun ke halkum dan dipukulkan dengan lafaz الله dengan kuat sampai ke pusat menghala ke jantung (sila lihat rajah). Selepas sahaja melafaz لاالھالااللهّ maka hendaklah disambung di dalam hati dengan kata : لامْوجودٌالاالله‎
B. CA’RA ZIKIR ASMA‘ الله
Adapun cara-cara berzikir الله itu hendaklah kita mulakan dengan lafaz الله yang pertama dengan panjang iaitu 2 alif 14 harakat) daripada pusat naik ke kepala (ubun-ubun) dan dongakkan kepala ke arah langit dan kemudiannya dilafazkan pula الله (ھوالله) yang kedua dengan kuat dipukul pada pusat dan mengalir ke jantung kita dan melafazkan الله yang kedua itu juga hendaklah dipanjang dengan 2 alif (4 harakat). Sebutkan الله الله itu dengan terang dan mengikut makhrajnya. Sila tahankan nafas sehingga kita dapat menyebutkan الله الله itu beberapa kali di dalam satu nafas. Pada peringkat awal zikir الله الله itu hendaklah dibuat secara nyaring di mulut, tetapi kemudiannya diperlahankan sehingga ) tidak berbunyi pada mulut dan berzikirlah di dalam hati sahaja.
C. CARA ZIKIR SIFAT الله ھو
Sila lihat cara berzikir ini didalam bab yang membincangkan zikir nafas.
D. CARA ZIK1R ZAT اھى َ(Ah)
Adapun zikir اھى itu hendaklah dibuat di dalam hati semata-mata dan hendak melafazkan اھى dari pusat menghala ke ubun-ubun dan kemudiannya di pukul dengan kuat ke pusat dan mengalir ke jantung. Tahan nafas ketika berzikir اھى sehingga dapat dibuat beberapa kali. Ulangkan perbuatan sebanyak mungkin yang boleh dan secara istiqamah. Namun begitu untuk keterangan lanjut bagi gambaran tulisan saya ini yang mungkin tidak begitu jelas maka saya nasihatkan kepada saudara-saudara supaya bertanya kepada orang hakiki dan makrifat lagi mursyid.
Sekian. Wassalam.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq