Hakikat Insan – Zikir Nafas

 

BAB 17 
ZIKIR NAFAS

Sesungguhnya nyawa itu ditajallikan oleh Allah Taala daripada Jauhar Basita dan ianya terbahagi kepada 4 peringkat. Pertamanya Nafas, Keduanya Amfas, ketiganya Tanapas dan keempatnya Nupus. Sesungguhnya barangsiapa yang tidak menemui Zikir Nafas, maka mereka tidaklah dapat menyelami makam Solahuddaim iaitu penyaksian secara total (sebenar) seseorang itu akan diri batinnya di sepanjang hayatnya, samada di masa beribadat atau di dalam keadaan selamba di dalam seharian sepanjang hidupnya dan mereka yang tidak tercapai ke makam Solahuddaim maka selama itulah mereka tidak akan tercapai martabat nafsu yang tinggi di dalam hidupnya. Sejak Nyawa dimasukkan ke dalam jasad seseorang manusia itu dari kandungan ibunya, lahir ke Dunia sampailah ianya menghembus nafas yang terakhir maka selama itu nafasnya tidak sesaatpun berhenti dari berzikir kepada diri Empunya Diri (Tuhan semesta alam) dan ianya tidak boleh dikawal oleh pancaindera manusia.
Bermula hidup nafas itu kerana Ampas, hidup Ampas itu kerana Tanapas dan hidup Tanapas itu kerana Nupus dan hidup Nupus itu dengan Rahsia dan Rahsia ini adalah diri rahsia Allah S.w.t iaitu diri batin kita.
Seperti Firman Allah didalam Hadits Qudsi :
“Manusia adalah rahsiaKu dan diri Akulah rahsianya“.
Adapun Nafas itu letaknya di mulut, Ampas letaknya di hidung, Tanapas letaknya di tengah-tengah di antara telinga kanan dan kiri dan Nupus itu letaknya pada Jantung. Bermula zikir nafas ketika keluar adalah Allah dan zikir Nafas ketika masuk adalah Hu . Adapun zikir Ampas ketika keluar adalah Allah dan zikir Ampas ketika masuk adalah Hu. Maka zikir Tanapas adalah tetap diam dengan Allah Hu semata-mata. Adapun nafas yang masuk melalui mulut dinamakan Abu Bakar dan Nafas yang masuk melalui mulut dinamakan Omar. Bermula nafas yang sampai ke ubun-ubun kepala dinamakan Jibrail dan Nafas pada mulut dinamakan Nabi. Adapun Nafas yang sampai ke mata dinamakan Mikail dan Nafas yang turun naik dari Pusat ke Halkum dinamakan Othman dan bermula pekerjaan Nafas naik turun tersebut dinamakan Ali.
Bermula Nafas yang sampai ke Pusat dinamakan Israfil dan Nafas yang sampai ke Jantung dinamakan Izrail. Adapun seperti yang ditegaskan terdahulu daripada ini bahawa Nafas adalah nyawa tubuh kita dan dialah sebenar-benar tubuh kita yang tidak mengenal cacat cela dan tidak binasa. Dan sesungguhnya Ampas itu adalah sebenar-benar hati nuruni yang menjadi nilai kepada Allah S.w.t. Dan Tanapas itu adalah sebenar-benar diri yang diam dalam Puad yang menerima Ahmad dan sesunggunnya Nupus itu adalah sebenar rahsia iaitu afa’al kepada Zat Allah s.w.t. Sesungguhnya asal Nafas itu daripada Alif. Asal Ampas itu daripada Alif hamzah baris diatas, asal Tanapas itu daripada Alif Hamzah baris di bawah dan asal Nupus itu daripada Alif Hamzah baris hadapan. Jadi bermula Zikir Rahsia Nafas itu adalah (A, AA, II, UU). Sayugia diingatkan bahawa salah satu cara untuk memakrifatkan diri sendiri adalah dengan kita mengetahui tentang Nafas.
1. Nafas iaitu keadaan keluar masuk daripada tubuh manusia.
2. Ampas iaitu keadaan keluar masuk daripada tubuh manusia.
3. Tanapas iaitu keadaan keluar ke dalam tubuh manusia.
4. Nupus iaitu keadaan ke dalam jua tidak keluar tidak Kanan mahupun ke kiri, tidak ke bawah, ke hadapan dan ke belakang iaitu Alif pada tubuh Insan yang meliputi sekalian tubuh manusia.
Oleh itu barangsiapa tahu llmu Nafas di dalam dirinya iaitu, asalnya, tempatnya, kehendaknya, kalimahnya, maka tetap dijamin oleh Allah tiada binasa akan dirinya dan tiada pula bercerai Nyawa dengan tubuhnya dan inilah sesungguhnya ianya merupakan pakaian para Nabi dan Wali-Wali Allah yang agung. Adapun Nafas kanak·kanak di dalam kandungan ibunya, ianya tidak keluar dan tidak kedalam iaitu tidak melalui hidung dan mulut dan hidup pujian tetap dengan Allah. Sesungguhnya tujuan utama kita mengetahui dan mengamalkan Zikir Nafas ini adalah bertujuan supaya ketulan darah kotor yang menjadi tempat istana Iblis itu, yang terletak pada bahagian penghujung bawah jantung kita itu menjadi hancur dan terbitlah suatu Nur Qalbi di dalam jantung kita. Kerana tanpa Qalbi manusia tidak mungkin dapat mengenal diri dan mengenal Allah S.W.t. Oleh itu adalah menjadi tugas kita yang hendak mengenal diri dan makrifat dengan Allah S.w.t. mengetahui sepenuhnya Zikir Nafas.
Adapun Zikir Nafas itu dibahagi oleh para-para Tasauf kepada 5 bahagian:
1. Zikir keluar – Allah Allah
2. Zikir masuk – Hu Hu
3. Zikir masuk keluar – Hu Allah
4. Zikir keluar masuk – Allah Hu
5. Zikir Rahsia Nafas – A, AA, II, UU
Tetapi di dalam bab ini aku hanya ingin membincangkan 2 zikir sahaja iaitu Zikir Allah Hu dan Zikir Hu Allah yang menjadi zikir yang paling popular di kalangan ahli tasauf.
Cara cara untuk mengamalkan zikir Allah Hu dan Hu Allah itu adalah seperti berikut :
Cara Zikir Hu Allah
Adapun cara kita berzikir Hu Allah itu hendaklah kita mulai dengan lafaz Hu daripada pusat kita dan di isyaratkan menghala naik keatas sehingga ke kepala dan sila tengadahkan (angkat) kepala ke langit, di mana kemudiannya hendaklah dipalu dengan kuat dengan lafaz Allah berikutnya dengan keras ke arah pusat dan dibiar menular ke Jantung. Sila sebutkan kalimah Hu Allah itu dengan terang, perlahan (jangan laju) serta mengikut makhrajnya dengan betul. Semasa melafazkan Hu itu hendaklah panjang biar 2 Alif (4 Harakat) dan dipukul dengan lafaz Allah pun dengan panjang juga iaitu 2 Alif (4 Harakat) jua. Tahankan nafas sehingga dapat, menyebut seberapa banyak di dalam satu nafas. Pada awal permulaan zikir hendaklah dibuat secara nyaring di mulut, tetapi kemudiannya diperlahankan secara beransur-ansur sehingga tertutup mulut (tidak kedengaran di lafazkan di mulut) dan berzikirlah Hu Allah itu di dalam hati semata-mata. Dan berzikirlah sebanyak mungkin yang boleh dan buat secara Istikamah.
Cara Zikir Allah Hu
Adapun cara-cara kit a berzikir nafas Allah Hu itu, hendaklah kita mulakan dengal lafaz Allah dengan panjang iaitu 2 Alif (4 Harakat) daripada Pusat naik ke Kepala dan dongakkan Kepala ke arah Langit. Dan kemudiannya dilafazkan pula dengan kuat dipukul pada Pusat dan mengalirkan ke Jantung kita. Semasa melafazkan Hu itupun mesti panjang 2 Alif mengikut Makrajnya. Sila tahankan nafas, sehingga kita dapat menyebut Allah Hu itu beberapa kali di dalam satu nafas. Sebagaimana zikir Hu Allah jua, pada permulaan zikir hendak dibuat secara nyaring di mulut tetapi kemudianhya diperlahankan sehingga tidak berbunyi pada mulut dan berzikirlah di dalam hati semata-mata dan buatlah sebanyak mungkin dan secara Istikamah. InsyaAlIah, aku rasa cukuplah dulu untuk dibincangkan di dalam bab ini.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq