Hakikat Insan – Dilema Kemajuan Teknologi Dan Ilmu Allah Di Zaman Modern

 

BAB 1 
DILEMA KEMAJUAN TEKNOLOGI 
DAN ILMU ILMU ALLAH DI ZAMAN MODERN
Islam dan aqidahnya telah lama wujud, sejak wujudnya manusia pertama Adam a.s sampailah ke hari ini iaitu didalam kurun yang ke21 yang disifatkan oleh manusia sejagat sebagai zaman kemuncak tamadun manusia dan tidak kurang pula dikalangan cerdik pandai dunia mensifatkan masa kini sebagai zaman sains dan teknologi atau pun zaman perang dilangit (star war) dan islam akan terus hidup yakni wujud sampailah maya ini kiamat. Islam adalah syariat hidup manusia yang diperakui oleh Allah akan kesempurnaannya yang tidak berbanding dan ia juga merupakan satu satu alternatif yakni pilihan cara hidup yang terbaik di alam maya ini dan juga bagi kehidupan diakhirat nanti. Syariat islam, akidah islam bersama dengan ilmu Allah telah berkembang dari satu dekad kesatu dekad, daripada satu zaman kesatu zaman, daripada seorang Nabi ke seorang Nabi, daripada seorang Rasul ke seorang Rasul yang lain, ianya terkembang sampailah ketahap yang paling lengkap dan sempurna dizaman Rasulullah s.a.w.
Syariat hidup secara islam, teknologi islam dan ilmu Allah juga turut sama berkembang seiring dengan ketinggian tamadun manusia daripada satu dekad
kesatu dekad sampailah kesuatu tahap derjat teknologi yang paling tinggi dan sempurna, hanya menjangkau tahap kepintaran pemikiran manusia dan juga keluar jauh daripada tahap tahap pencapaian daya pemikir manusia. Seluruh kesempurnaan islam samaada dari segi aspek pelaksanaan dan pengurusan ekonomi, politik, sosial, ilmu teknologi dan sebagainya adalah telah sempurna dan telah mendapat pengiktirafan Allah s.w.t setahun sebelum wafatnya Rasulullah s.a.w. sebagaimana Firman Allah : Al Maidah : 3
اَ لْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَـكُمْ دِيْنَكُمْ وَاَ تْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَـكُمُ الْاِسْلَامَ دِيْنًا
Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu (cara hidup yang menyeluruh) dan Aku cukupkan nikmatKu keatasmu dan telahKu redhai islam sebagai agamamu (cara hidupmu)
Dalam kontek Syariat hidup, Allah s.w.t telah mengajar dan menggariskan peraturan peraturan (undang-undang) hidup manusia dengan hubungan manusia dengan alam ghaib, hubungan dengan teknologi, hubungan manusia dengan ilmu, hubungan manusia dengan Allah, Tuhan yang memerintah sekalian manusia dengan tujuan yang khusus iaitu untuk kesempurnaan, kebahagiaan manusia didalam dunia dan akhirat. Sesungguhnya kebahagian ini tiada tolok bandingnya dan ianya telah diperakui oleh kawan maupun lawan. Keagungan islam didalam bidang ilmu dan pencapaian teknologi telahpun terbukti dizaman silam. Hal ini banyak diceritakan oleh Allah s.w.t didalam al-quran tentang kisah pencapaian ilmu dan teknologi yang di lalui oleh para Rasul, Nabi dan umat manusia dizaman tersebut dan seluruh kesempurnaan dan pencapaian ilmu dan teknologi yang boleh dicapai oleh manusia dizaman itu telah terkumpul dan boleh dicapai secara sepenuhnya dizaman Muhammad s.a.w, seterusnya umat manusia yang terkemudian sampailah alam fana ini mengalami kiamat. Malahan sebahagian daripada kemajuan ilmu dan teknologi yang boleh dicapai oleh manusia islam dizaman silam masih lagi terdapat dizaman kini dan ketinggian teknologinya sihingga kehari ini tidak boleh lagi diterokai oleh manusia moden. Sesungguhnya pencapaian ilmu Allah dan teknologi Islam adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan teknologi sekarang kerana ilmu dan teknologi Islam yang diajar Allah adalah menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya fikiran manusia. Pencapaian teknofogi di zaman ini adalah semata-mata berlandaskan kepada kajiaan dan kepintaran otak fikiran semata-mata (yakni tahap pencapaian teknologi dan IImu Qalam). Walaupun manusia telah boleh mencipta teknologi nuklear tetapi teknologi Islam melalui ilmu Allah adalah sebenarnya jauh lebih linggi kerana ianya boleh dipakai bukan setakat ilmu qalam tetapi ianya juga boleh dicapai dengan ilmu yang lebih tinggi iaitu melalui ilmu Ghaib dan ilmu Syuhadah sebagaimana yang diterangkan di dalam bab yang lalu bahawa teknologi ‘Islam dan ilmu Allah boleh dicapai melalui tiga sukatan pelajaran. (kurikulum)
  1. IImu Qalam.
  2. llmu Ghaib.
  3. IImu Syuhadah.
Berdasarkan kepada pengajian ilmu qalam (yakni sukatan yang terendah dalam pengajian ilmu Allah) manusia telahpun dapat bermegah kerana berjaya menerokai angkasa lepas, membuat bom atom, mereka komputer dan sebagainya. Maka banggalah “manusia” di zaman moden di atas kejayaan mereka. Sesungguhnya daya pencapaian ilmu qalam boleh dikuasai oleh seluruh manusia sama ada Islam ataupun kafir, kufur atau murtad, yang bertuhan ataupun tidak asalkan ia manusia. Maka bolehlah mereka menguasai ilmu qalam. Di dalam menghadapi perlumbaan teknologi ilmu Qalam ini manusia Islam “di zaman moden” telahpun tewas dengan pencapaian dan penguasaan ilmu teknologi orang-orang bukan Islam, jelas, itupun satu kelemahan bangsa Islam. Tetapi sebenarnya Islamlah suatu umat yang beruntung di alam maya ini kerana bagi mereka bukan sahaja dapat menguasai teknologi ilmu qalam tetapi jika mereka mengenali dirinya dan mengenali Allah sebenar-benarnya nescaya mereka dapat menguasai ilmu dan teknologi yang lebih tinggi melalui ilmu Ghaib dan Syuhadah. Sesungguhnya pencapaian teknologi yang tinggi melalui Ilmu Ghaib dan Syuhadah, tidak mungkin boleh dikuasai oleh orang-orang kafir. Jadi soalnya kenapa orang orang Islam di zaman ini ketinggalan di semua bidang. Di manakah letaknya kesilapan kita, Cubalah kita fikir bersama dan kenapa umat Islam tidak menaruh minat untuk menerokai peluang teristimewa ini yang dikurniakan oleh Allah kepada Islam dan sesungguhnya peluang teristimewa inilah yang sebenarnya meletakkan tahap umat Islam kesuatu darjat yang paling tinggi. Kemuliaan yang teragung jika dibandingkan dengan manusia kafir dan kufur.
Banyak IImu dan teknologi Islam yang telah menjadi bukti kepada manusia di zaman ini. Teknologi-teknologi Islam yang terbukti yang dicapai oleh manusia Islam beriman dan mengenali Allah daripada zaman Adam sampai ke zaman Rasulullah s.a.w. dan teknologi-teknologi yang dicapai oleh umat Islam selepas zaman wafatnya Rasulullah s.a.w. Umat Islam dan manusia seluruhnya hingga ke saat inipun tidak dapat merempuh dan menguasai darjat teknologi di zaman manusia kenal Allah terutama di zaman kebangkitan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul dahulu. Marilah kita mengambil contoh dan iktibar pencapaian ilmu dan teknologi oleh umat Islam di zaman silam. Sehingga hari ini manusia tidak dapat lagi membina istana daripada air, berniaga, berdagang dengan jin. Menggunakan tenaga buruh untuk membina jalan raya dengan tenaga jin, ilmu teknologi bahasa untuk membolehkan manusia bercakap dengan bukan bangsa manusia termasuk binatang, memakmurkan negeri sehingga rakyat boleh membina rumah (banglo) daripada emas dan permata, melahirkan manusia manusia yang mempunyai keupayaan untuk terbang di udara tanpa menggunakan alat, memberikan ilmu kepada manusia untuk berjalan di atas air dan sebagainya. Tetapi seluruh teknologi yang diceritakan di atas pernah dinikmati, sepenuhnya oleh Nabi Sulaiman a.s. bersama dengan rakyatnya di zaman pemerintahannya dahulu.
Sesungguhnya ilmu ilmu teknologi yang diceritakan di atas telahpun diajar oleh kerajaan Sulaiman zamannya. IImu teknologi yang tinggi juga telahpun dicapai dan dinikmati dan dapat dikuasai pula oleh manusia di zaman Yusuf a.s. IImu teknologi menta’abir mimpi (mimpi adalah satu alat terang atau tidak terang yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada manusia untuk menyatakan sesuatu) sesungguhnya ilmu teknologi ta’abir mimpi adalah suatu ilmu yang tinggi. Hanya dengan satu mimpi Nabi Yusuf a.s. di zaman pemerintahannya dapat merangka dasar ekonomi negaranya (Mesir) di dalam usaha untuk menghadapi bencana kemarau panjang sehingga dengan ‘ilmu itu maka terselamatlah Negeri Mesir dari penderitaan
kemarau. Soalnya kenapakah ilmu ini tidak dapat dikuasai oleh manusia sekarang dan dimana letaknya kelemahan itu? Keagungan ilmu Allah dan teknologi Islam juga terbukti di zaman Musa a.s. dimana ilmu bukan sahaja boleh dipelajari oleh manusia melalui guru zahir, tetapi ilmu Allah dan teknologi Islam boleh diterima dan diajar oleh guru ghaib. Contoh yang jelas Musa a.s belajar ilmu ghaib dengan Nabi Khaidir a.s. Jika di zaman Nabi Musa manusia boleh belajar ilmu ghaib dengan Khaidir a.s. kenapa manusia tidak boleh. belajar ilmu yang sama dengan Khaidir atau Wali-Wali Allah yang lain sedangkan Khaidir tidak mati dan ramai juga Wali-Wali Allah yang ghaib hidup-hidup dan juga tidak mati sampai ke hari ini, kenapa? Teknologi dan ilmu Allah yang tinggi juga dapat dikuasai oleh umat-umat di zaman Nabi Daud, di mana mereka dapat mencairkan logam dengan tangan tanpa menggunakan alat, memerdukan suara bagai onakan buluh perindu. Umat umat di zaman Daud boleh membuat senjata seperti pedang dengan logam hanya dengan memicitkan logam tersebut hingga menjadi senjata. Di zaman Nabi Alias a.s. manusia dapat menguasai teknologi ilmu perubatan yang paling tinggi dan mereka menguasai teknologi farmasi (ubatan) untuk semua penyakit manakala di zaman Nabi Isa a.s. manusia dapat menguasai ilmu untuk menghidupkan semula orang yang tetah mati, bercakap dengan orang mati dan ilmu teknologi membaca bisikan hati perut pedal manusia dan mereka juga-menguasai ilmu mencelikkan orang buta dengan mata orang buta itu masih lagi buta (cacat).
Maka banyaklah lagi contoh contoh yang kita boleh jadikan iktibar dan pernah kita dengar daripada orang-orang tua kita zaman moden ini tentang keris picit Jawa yang dibuat oleh para Wali-Wali Allah dengan tangan. Kita juga pernah dengar bagaimana Datuk Bahaman (Tok Peramu) memasak air tanpa api. Kita pernah mendengar kisah Syeikh Abdul Kadir memakan ayam dan menghidupkan kembali ayam tersebut, kita juga pernah mendengar Saidina Omar sedang membaca khutbah di Masjid Nabawi dan disaat yang sama memberi arahan kepada tentera yang sedang berperang di Baghdad. Kita juga pernah mendengar Tok Kenali seorang ulama tasauf Negeri Kelantan, berbuka puasa di banyak tempat (6 tempat) pada waktu yang sama. Kita juga pernah mendengar bahawa bagaimana Tok Pulau Manis (Tok Ku Paloh) menjadikan air laut di sekeliling pulau tempat kediamannya menjadi “Air sirap” sejuk seperti air batu untuk satu kenduri hanya dengan merejamkan telapak kakinya pada tepi pantai selepas sembahyaang Zohor yang mana “Air sirap” bertukar kembali menjadi air laut semula setelah pukul 10.00 malam dan ramai yang telah merasakan air sirap itu. Kita juga pernah mendengar Pak Cu Hassan (wali Hassan Lati) pernah menembak orang yang mengkhianatinya hanya dengan jari telunjuk setelah beliau di tembak dengan pistol oleh kumpulan jahat. Dalam sejarah Wak Kandar (Putera Raden Iskandar) Linau Batu Pahat Johor sering ditemui di dalam Masjidil Haram pada tiap-tiap hari Jumaat, sedangkan di masa yang sama Wak Kandar berada di dalam pondok kecilnya di Kampung Linau Batu Pahat, Johor Dan banyak lagi cerita-cerita yang telah menjadi kenyataan pada masyarakat dahulu dan sekarang.
Soalnya kenapakah mereka dapat melakukan ini jikalau tidak mereka menggunakan ilmu teknologi Allah dan memakrifatkan dirinya dengan Allah s.w.t. Mereka Islam seperti kita tapi kenapa kita tidak mau menerokai ilmu teknologi Allah s.w.t. Mungkin ada di antara kita berkata, kita ini orang awam sebab itulah kita tidak boleh melakukannya, jadi sampai bilakah kita hendak menjadi orang awam dan apakah mereka yang dapat menguasai ilmu itu, jawabnya tentulah tidak. Nah! Fikirlah sendiri. Sesungguhnya kelemahan umat Islam dimasa kini untuk menguasai teknologi Allah yang tinggi itu mungkin terhalang ataupun di halang akibat beberapa faktor yang boleh dipertikaikan dan dipersoalkan.
Faktor pertama:
Jatuhnya beberapa buah kerajaan Islam di masa-masa dahulu di mana di zaman pemerintahan raja-raja Islam boleh dikatakan banyak para-para ulama tasauf di bunuh atau berkorban dalam peperangan dan banyak pula kitab-kitab pengajian Islam terutama Tasauf dan ilmu Makrifat di bakar, di antara contoh yang nyata ialah kejatuhan islam di Baghdad oleh tentera-tentera Monghul menyebabkan ramai para tasauf di bunuh dan kitab-kitabnya dibakar dan dihanyutkan ke sungai. Jatuhnya beberapa buah kerajaan di benua kecil India telahpun mengorbankan banyak ulama·ulama Tasauf dan demikian pula kitab-kitab teknologi Islam yang linggi terhapus dan lenyap sama sekali. Daripada faktor ini, cuba terokailah sendiri. berapa banyakkah khazanah ilmullah yang telahpun dapat ditemui dan dikuasai manusia hanyut di arus zaman.
Faktor kedua:-
Timbulnya pertentangan faham para ahli-ahli Syariat buta dan bermata ikan kering dengan ahli-ahli Tasauf (yang arif arifin billah) sehingga pertentangan pendapat, ini telah membawa kepada pertumpahan darah. Kita pernah mendengar bagaimana kisah seorang ahli Tasauf masyhur bernama Al-Hallajtelah di bunuh oleh golongan Syariat yang buta. Sehingga Sultan Syeikh Abdul Kadir Jailani berkata, “Jikalau Al-Hallaj ini hidup di zamanku nescaya aku potong tangan orang yang membunuhnya”. Kita juga pernah mendengar pertarungan antara
Syeikh Nuruddin Al Ranini (ahli-ahli ulama Syariat yang buta dan bermata ikan kering) bersama dengan kuncu-kuncunya telah menjatuhkan hukuman pancung kepada seorang ahli ulama Tasauf yang bernama Hamzah Fansuri. Faktor ini berlaku adalah akibat daripada sikap keangkuhan atau pun sikap “akulah yang betul” serta lalai tentang Ilmullah yang luas yang terdiri daripada cabang ilmu Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Ulama Syariat ini mendabik dada kononnya akulah orang yang menjaga Hukum Allah, IImu Syariat sahajalah yang betul, ilmu lain dari syariat adalah salah, menyeleweng dan songsang. Mereka bodoh. tetapi tidak mengetahui yang mereka bodoh. mereka jahil tetapi tidak mengetahui mereka jahil dan menyangka ilmu Allah adalah sesempit dan secetek ilmu di dalam otak mereka. Sikap·sikap begini masih lagi dipusakai setengah kalangan tuan guru dan ustaz-ustaz Syariat yang buta dan berfikiran cetek. Nah! Akulah lulus Phd dalam bidang Syariat ataupun nah! Akulah 30 tahun belajar di Mekah, semua kitab syariat lelah aku pelajari. Mereka tidak sedar bahawa yang unta itu tetap unta…
Lantaran daripada sikap mereka itulah telah menjadi punca utama terhalangnya perkembangan ilmu di bidang Tasauf dan Makrifat kepada Allah S.W.T. malahan ada di kalangan mereka memberi dorongan negatif pada masyarakat untuk mempelajari Tasauf, apa kata mereka. “kita orang awam ini tidak layak belajar ilmu Tasauf kerana ilmu Tasauf itu ilmu para wali-wali. Kita orang awam ini cukuplah belajar setakat dosa, pahala sahaja“. Di kalangan mereka juga bertindak sebagai dalang penghalang kepada perkembangan ilmu Tasauf, merekalah yang menabur fitnah kepada pengamal-pengamal tasauf dengan racun songsang, salah, menyeleweng “Guru Yahya” sesat dan banyak lagi kata-kata yang diterokai oleh otak syaitan mereka. Di sini tidaklah pula kita menafikan ada kalangan tertentu yang mengamalkan kononnya ilmu Tasauf, Tarikat, Hakikat yang benar-benar salah dan terkeluar daripada garis-garis pengajian Tasauf yang sebenar, seperti yang pernah di bawa oleh Rasulullah s.a,w. dan para waliyallah. Sebenarnya sikap mengkritik, menentang, menghalang perkembangan jalan Tasauf ini tidak seharusnya lagi lagi timbul di zaman moden di dalam masyarakat yang sudah pon sampai kemuncak tamadun. Malahan para ulama syariat. Ustad-ustad yang berkelulusan tinggi haruslah turut sama memberi galakan kepada masyarakat bagi menerokai bidang Ilmullah terutama sekali di bidang jalan Tasauf. Jika kita jahil dalam suatu bidang perakuilah kita jahil. jangan sekali-kali kita bersikap menuduh atau mengambil kata-kata orang tanpa terlebih dahulu menyiasatnya untuk kita kurniakan gelaran salah, menyeleweng, songsang dan sebagainya. Perakuilah kebodohan kita kerana dengan kebodohanlah manusia boleh jadi cerdik, janganlah sekali·kali kita merasa bangga dengan setitik ilmu Syariat yang kita pelajari untuk beraja di mata dan bersultan di hati.
Faktor ketiga:-
Banyak di kalangan ahli Tasauf bersikap pengecut, takut, gerun, malu-silu dan sebagainya untuk berterus-terang dan membuka sayap ilmunya kepada masyarakat, ini mungkin akibat takut timbulnya pertentangan ahli Syariat dan Tasauf, akibat atau kesan pertarungan para-para ahli Syariat dan Tasauf di zaman dahulu menyebabkan daripada seorang guru kepada seorang guru telah menasihatkan murid-muridnya supaya berhati-hati di dalam membuka ilmu Tasauf supaya jurang pertembungan fahaman tidak menular seperti yang berlaku di zaman-zaman dahulu. Lantaran daripada itulah pesanan menutupkan rahsia ilmu Tasauf ini diwarisi oleh para-para ulama Tasauf sekarang. Dari itu wahai para-para ulama Tasauf sekalian marilah sama-sama kita membuka lambaran baru dengan sikap yang baru untuk menyebarkan ilmu Tasauf ini kepada anak-anak generasi kita kerana tanpa dengan sikap berani para-para ahli Tasauf maka sudah tentu ilmu Makrifat Ini akan lenyap dan mengakibatkan ramai generasi-generasi Islam yang muda akan buta untuk mengenali Tuhannya.
Faktor keempat:-
Akibat kurangnya minat umat islam untuk mendalami ilmu Tasauf dan menceburkan diri untuk menyelami itmu Ghaib dan ilmu Washahadah. Disamping itu kurangnya galakan dan dorongan daripada masyarakat serta kerajaan terhadap pengajian ilmu Hakikat dan Makrifat (Tasauf). Kebanyakan daripada masyarakat kita beranggapan bahawa ilmu Tasauf adalah ilmu para-para wali dan mereka berfahaman bahawa tok-tok wali itu hanyalah sekadar berfungsi untuk membuat air tawar buat azimat kadang-kadang bertindak sebagai pak dukun. Mereka tidak sedar dan tidak disedarkan bahawa ilmuTasauf inilah yang dikuasai oleh para-para Rasul, para-para Waliyallah yang memerintah alam maya. Mereka tidak sedar yang bahawasanya Rasul-Rasul termasuk Rasulullah s.a.w, serta para sahabatnya yang dapat memerintah dengan kebijaksanaan dan kesaktian ilmu Hakikat dan Makrifat (Tasauf), apakah mereka sedar raja Negeri Kelantan (Negeri Tanah Serendah Sekebun bunga) Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong adalah Wafiyallah dan apakah mereka sedar Raja Iskandar Putra (Parameswara) yang memerintah Melaka adalah seorang Waliyullah.
Dengan ini cukuplah bagi kita yang hendak sedar bahawa ilmu kewalian ini hanya bukan sekadar untuk membuat air tawar (air jampi) tetapi ilmu Hakikat dan Makrifat (Tasauf) adalah suatu ilmu yang tertinggi yang dapat dikuasai oleh manusia di alam maya Ini. Masyarakat harus sedar Islam syariat tanpa hakikat adalah hampa. bagaikan senapang yang tidak berpeluru. Bagai gula yang tidak manis. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang mengaku dirinya Islam harus bertindak dan mendalami Ilmu Tasauf, malahan pihak pemerintah sendiripun haruslah pula menyedari hakikat ini. Galakan dan dorongan sama ada melalui bentuk ekonomi ataupun moral hendaklah disemaikan di kalangan masyarakat supaya masyarakat Islam akan dapal kembali ke zaman keagungan dan dapat pula menguasai ilmu Allah dan teknologi Islam yang tinggi seperti mana yang pernah dikuasai oleh umat-umat Islam yang terdahulu daripada kita. Dengan itu martabat Islam akan dapat kembali menjulang tinggi di mata dunia dan terbuktilah pula betapa sempurnanya Islam ini, betapa mulianya Islam ini. Oleh itu kepada siapakah harus kita salahkan dilema ini berlaku, sebaliknya kita tidak salahkan kepada sesiapa. Salahkanlah itu pada diri kita sendiri kerana kita lalai untuk mengambil jalan yang sebenar.
Bagai pantun orang tua-tua:-
Buah salak buah kedondong,
Buah berangan dalam baldi,
Bukan nasib tidak beruntung,
Salah kita tak mengenal diri.
Menqayuh perahu mudik ke hulu,
Tanak pulut santan durian,
Jarang orang menyesal dahulu,
Ramai orang menyesal kemudian.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq