Hakikat Insan – Guru Mursyid
BAB 6
GURU MURSYID
Di dalam bab-bab yang lalu kita telah banyak memperkatakan tentang apa yang dinamakan guru Mursyid, di mana seseorang yang hendak menuju ke jalan Makrifat kepada Allah Taala hendaklah berguru kepada guru-guru Hakiki dan Makrifat lagi Mursyid. Pengertian hakiki dan Makrifat telahpun kita bincangkan bersama di dalam bab-bab yang lalu, tetapi kita belum lagi menyentuh tentang bagaimanakah petua-petuanya untuk menentukan seseorang guru itu Mursyid. Adapun yang dinamakan guru adalah seseorang manusia zahir atau ghaib yang mengajar seseorang di dalam satu-satu ilmu dan guru ini akan menyampaikan petua-petua atau kaedah-kaedah tentang ilmu tersebut. Dalam membincangkan guru Hakiki dan Makrifat, maka seseorang yang mengajar akan muridnya akan memberi petua-petua, cara-cara dan kaedah-kaedah mengikut pengalamannya dan jalan yang dipelajarinya kepada anak muridnya untuk diamalkan, dikerjakan sehingga mencapai ke satu martabat yang tinggi dl sisi Allah s.w.t. dan juga di sisi manusia alam sejagat.
Adapun yang dinamakan Mursyid adalah suatu pengetahuan atau pengalaman yang dilalui sendiri oleh seseorang yang menjadi guru dan ianya benar-benar mengetahui di semua bidang ilmu dan pengalamannya yang pernah diterokainya sendiri tanpa diambil dari pendapat orang lain, cerita orang lain atau daripada bahan-bahan bacaan yang kemudiannya ditafsirkan mengikut fikiran mereka sendiri tanpa bersandarkan kepada Laduni. Biasanya guru-guru yang Mursyid adalah terdiri daripada seseorang yang tinggi martabatnya di dalam ilmu Hakiki dan Makrifat, kerana semasa perguruannya dahulu, seseorang yang menjadi guru ini telahpun mengalami sendiri pengalaman pengajaran Laduni yang kebanyakannya ilmu Laduni ini membincangkan hal-hal ilmu ghaib yang jauh terkeluar daripada tahap pencapaian pemikiran manusia. Dengan lain perkataan guru yang Mursyid bolehlah ditakrifkan secara total iaitu seseorang yang mengajar muridnya daripada hasil pengalaman ilmu pengetahuan yang dialaminya sendiri sama ada di alam Hakiki maupun di alam Makrifat. Dia tidak pernah meniru orang lain, ia tidak pernah tertarik dengan cara orang lain, tetapi ianya mewariskan ilmunya mengikut pengalaman yang pernah dilaluinya semasa ia menjalani latihan ilmu hakiki dan makrifat bersama gurunya dahulu. Guru-guru yang berpengalaman ini adalah terdiri daripada seorang guru di ijazahkan oleh guru asalnya untuk mengajar kepada bakal-bakal muridnya yang baru, maka perhubungan mata rantai jalan hakiki dan makrifat itu tidak mungkin bersambung daripada guru asalnya sampailah kepada titihan jalannya kepada Rasulullah s.a.w.
Adalah tidak layak bagi seseorang yang mengajar ilmu Hakiki dan Makrifat untuk mengajar orang lain tanpa mendapat keizinan Ijazah daripada guru asalnya. Disamping Itu pengiktirafan Ijazah boleh juga diperoleh olah seseorang bakal menjadi guru melalui Laduni di mana di dalam Laduni tersebut, seseorang itu mendapat pengiktirafan untuk membolehkannya mengajar orang lain daripada salah seseorang atau keduanya sekali iaitu Nabi Khaidir a.s. atau daripada Rasulullah.s.a.w. Pengiktirafan Laduni ini kemudiannya hendaklah dipersembahkan kepada guru asalnya yang zahir dan disahkan olehnya. Dengan mendapat pengiktirafan untuk menyebarkan pelua-petua ilmu ini maka seseorang itu bolehlah dianggap sebagai seorang guru yang Mursyid. Dalam pada itu bagi menentukan guru-guru tarikat yang mursyid, maka adalah menjadi tanggungjawab seseorang yang bakal menjadi murid supaya terlebih dahulu menyelidik akan usul galur atau titihan Tarikat itu terlebih dahulu dan tentukan jalan tarikat tersebut benar-benar bermata rantai dan mempunyai
persambungan dari satu guru ke satu guru, dari seorang wali Allah ke satu wali Allah yang lain, sampailah kepada para sahabat dan Rasulullah itu sendiri. Perlu di ingatkan sekali lagi bahawa satu-satu tarikat yang tidak mempunyai persambungan jalan dengan Rasulullah dan para sahabatnya, maka jalan Tarikat itu adalah merupakan satu jenis Tarikat rekaan atau tiruan yang palsu serta tidak bermaya. Kerana Tarikat semacam ini ianya tidak mempunyai saluran kepada Rasulullah, maka jadilah jenis tarikat tersebut itu sesat dan tidak berakar umbi. Maka jenis Tarikat sebegini bolehlah dinamakan Tarikat iblis dan sudah tentu tujuan mati amal asal seseorang bakal murid itu untuk merapatkan dirinya dengan Allah S.w.t. akan menyimpang jauh, jika ianya terjerumus ke lembah tarikat tersebut. Bagi guru-guru yang murid akan mengajar muridnya secara berperaturan daripada suatu peringkat ke suatu peringkat, daripada satu martabat ke satu martabat.
Di samping itu seseorang guru Mursyid akan mengikuti perkembangan ilmu muridnya pada setiap masa dan dapat pula menerangkan Nur Tajalli, Sir, Sirusir dan Tawassul yang diterima oleh muridnya melalui Laduni. Diterangkan dengan jelas dari satu aspek ijtihadnya ke satu ijtihad yang lain, berpandukan pengalaman ilmu Hakiki dan Makrifat yang dilalui dan dialaminya sendiri semasa menjalani latihan dahulu bersama dengan guru asalnya yang juga merupakan seorang yang Mursyid. Bermula guru-guru yang Mursyid bukannya boleh dilihat pada segi zahir sahaja tentang kedudukannya, jumlah ilmu syariatnya, panjang serbannya, “Warak” wataknya, banyak kitabnya, jernih air mukanya, bertanda hitam di dahinya, bersopan santun orangnya dan sebagainya. Tetapi ianya hendaklah dipandang dalam segi perawakan ilmunya. Ini disebabkan banyak mereka yang Mursyid menyelubungi ilmunya, merahsiakan Ilmunya. Kadang-kadang orang ramai tidak mengetahui ia merupakan seorang Mursyid yang mempunyai martabat yang tertinggi.
Seperti kata Pujangga:

“Jangan sekali-kali kamu menilik pakaian seseorang itu menandakan ianya terdiri daripada golongan orang-orang bijak pandai, alim lebai atau berketurunan baik-baik kerana walaupun memakai pakaian kain sutera dan intan berlian sekalipun, yang kera itu kera juga”
Oleh itu bagi mereka yang hendak mencari ilmu Hakiki dan Makrifat hendaklah mencari dan menuntutnya dengan guru-guru yang Mursyid, walaupun mereka terdiri daripada seorang yang miskin hina dina, seorang yang perawakan gila, seorang yang perawakan jahil sama ada daripada golongan rakyat atau raja, sama ada tempatnya di masjid atau di tepi jalan atau di bandar atau di hutan. Pendek kata belajarlah ilmu ini di mana-mana saja asalkan ia daripada guru yang Mursyid. Pendek kata kelakuan dan feel perangai zahir seseorang itu tidaklah boleh dijadikan kayu pengukur untuk dijadikan formula terhadap sifat mutlak kemursyidan seseorang itu, tidak semestinya seseorang jahil itu tidak alim, tidak semestinya seseorang jahat itu jahat, tidak semesti. semesti semesti ……..
kerana ilmu Ghaib dan Syahadah ini adalah suatu ilmu yang pelik lagi payah untuk diterima oleh daya fikiran seseorang manusia dan banyak kelakuan yang ditunjuk olah mereka yang menguasai ilmu Ghaib dan Syahadah adalah terkeluar jauh dari tahap daya otak manusia dan normal-normal masyarakat sekeliling. Sebagai iktibar yang paling dekat, bagaimana Nabi Musa mencari dan menuntut ilmu Ghaib dengan Nabi Khaidir (a.s.) di mana Allah menceritakan kepada kita beberapa peristiwa anih yang berlaku. Untuk mencari di mana Nabi Khaidir a.s. tinggal itupun sudah menjadi suatu kepelikan kepada kita, Nabi Musa diperintah berjalan di sepanjang pantai Laut Merah dan ianya harus berjalan dan terus berjalan sehinggalah ikan kering yang menjadi lauk pauk bekalan makanannya itu hidup kembali dan terjun berenang ke dalam laut. Jika difikir dengan otak bagaimana boleh ikan yang telah mati – boleh hidup kembali. Ini menunjukkan bahawa di dalam hal mencari guru pun, sudahpun menimbulkan sesuatu di luar daya fikiran manusia dan ini membuktikan tingginya teknologi ilmu ghaib dan Syahadah, di mana untuk mencari guru pun sudah sampai ke tahap yang begitu menyulitkan daya fikiran manusia, apa halnya pula dengan ilmunya. Ingatlah jarang sekali kita menjumpai seorang guru yang alim Syariat dan Mursyid pula dalam ilmu hakikat dan Mursyid. Kalau terjumpa. itulah seorang guru yang paling baik, tetapi jika tidak bertemu dengan guru bersifat di atas, maka sudah cukup bagimu menjumpai seorang guru hakiki lagi Makrifat yang Mursyid.

Adapun di antara sifat-sifat dan syarat-syarat pada guru yang mursyid itu :
- Seseorang guru itu sering menggunakan Al-quran sebagai buktinya.
- Menggunakan hadis qudsi dan Hadis Nabi sebagai sandaran.
- Menggunakan perkataan petua guru-guru Mursyid.
- Menggunakan Qias dan Ijtihad Laduni dari hasil pengalamannya.
Adapun syarat-syarat sifat dan perangai yang sering ditunjuk oleh Guru Mursyid terhadap muridnya di antaranya adalah seperti berikut :
- Hendaklah seseorang guru itu mengajar murid-muridnya dengan jujur dan ikhlas.
- Seseorang guru itu pandai memilih dan menilik murid-muridnya yang hendak diberi ilmu yang penting.
- Seseorang guru itu tidak menaruh perasaan dengki terhadap muridnya.
- Seseorang guru itu tidak akan menyembunyikan ilmunya yang layak diterima oleh muridnya jika diminta.
- Seseorang guru itu hendaklah berpesan kepada muridnya suatu pesanan yang benar dan hak.
- Seseorang guru itu tidak memperalatkan anak muridnya untuk kepentingan dirinya.
- Seseorang guru itu hendaklah sentiasa berdoa kepada anak muridnya supaya dikurniakan Allah darjat, berkat dan mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat.
Biasanya juga guru-guru yang mursyid tidak pernah meninggalkan syariat di dalam hidupnya, ianya akan hidup seperti orang ramai. Tetapi dalam hal ini
janganlah dipandang dan sudut ini saja tetapi hendaklah juga dipandang di dalam sudut yang lain. sebab taraf martabat di antara satu manusia dengan manusia yang lain adalah berbeza dan payah sekali untuk diterangkan di dalam catatan ini.

Dirimu itu sirullah,
Tanggung jawab dipikul,
Mengenal diri kewajiban,
Makrifat itu jalan sebenar.
Tanggung jawab dipikul,
Mengenal diri kewajiban,
Makrifat itu jalan sebenar.
Tiada hidup tiada mati,
Mati itu satu khayalan,
Cuma kita bertukar alam,
Tanggung jawab tak dilupakan.
Mati itu satu khayalan,
Cuma kita bertukar alam,
Tanggung jawab tak dilupakan.
Tiada nyata hanya Allah,
Sifat nyata sudah terserlah,
Tiada mati tiada terhenti,
Cuma kita harus kembali.
Sifat nyata sudah terserlah,
Tiada mati tiada terhenti,
Cuma kita harus kembali.