Hakikat Insan – Hakikat Syuhadat

 

BAB 8
HAKIKAT SYUHADAT

Sesungguhnya Syuhadat adalah merupakan rukun islam yang pertama, di mana seseorang itu ingin menjadikan Islam sebagai cara hidupnya haruslah. terlebih dahulu mengucap dua kalimah syuhadat iaitu:
اشھدان لاالھ الاالله واشھدان محمدارسول الله
Jadi sesungguhnya selagi seseorang itu tidak melafazkan dua kalimah syuhadat, maka selama itulah seseorang itu tidak boleh diiktiraf sebagai seorang Islam.
اشھدان لاالھ الاالله واشھدان محمدارسول الله
Di dalam pengertian syariat dua kalimah syuhadat membawa erti:
Aku menaik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku juga menaik saksi bahawa, Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah“.
Sesungguhnya ramai di kalangan kita hanya pandai melafazkan ucapan dua kalimah syuhadat ini tetapi jarang benar di kalangan kita cuba mengkaji atau sekurang-kurangnya menyoal diri sendiri tentang hakikat pengertian hujung jatuh syuhadat itu sendiri. kita tengok ibu dan bapa kita melafazkan Syuhadat, maka kitapun turut berbuat demikian, namun begitu kita tidak pernah pun bertanya kenapa kita harus melafazkan,
اشھدان لاالھ الاالله واشھدان محمدارسول الله
Dan kenapa pula kita tidak boleh melafazkan satu bentuk lafaz penyaksian yang lain daripada kalimat syuhadat di atas.
Di samping itu tidak kurang jua di kalangan kita bertanya kenapalah لاالھ الاالله itu boleh membawa kepada pengertian “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah“. Sedangkan di dalam kalimah لاالھ الاالله itu tidak pun terdapat perkataan Tuhan dan tidak pula terdapat perkataan sembah, tetapi di dalam pentafsiran erti balik pula syuhadat tersebut tidak boleh dikatakan begini:
yang mungkin lebih sesuai untuk diertikan dengan “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah“, Tetapi ternyatalah kita tetap diarahkan oleh Islam supaya melafazkan dengan lafaz syuhadat لاالھ الاالله yang membawa pengertian kepada Tiada yang nyata hanya Allah.
Jadi boleh disimpulkan di sini bahawa pengertian yang dibuat oleh para alim ulama Syariat. adalah jauh tidak menepati daripada matlamat sebenar yang hendak dinyatakan oleh syuhadat itu sendiri, di samping itu soalnya apakah perkataan Allah di dalam syuhadat itu boleh di fahaman kepada Tuhan dan apakah sebenarnya begitu. Begitu juga bila, kita melafazkan محمدارسول الله itu apakah benar membawa suatu pengertian kepada “Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Jika benar begitu kenapa ucapan Nabi Adam (a.s.) bapa sekelian manusia juga mengucap syuhadatnya dengan mengakhirkan Syuhadatnya itu dengan lafaz محمدارسولالله dan seterusnya Nabi Ibrahim. Nabi Ismail dan semua Nabi dan Rasul, Wali-Wali Allah sebelum zahir Nabi Muhammad S.a.w, mengucap dengan ucapan yang sama Atau dalam hal yang lain ada di kalangan kita akan berkata Nabi-Nabi sebelum zahir Nabi Muhammad mengucap dengan cara lain, jika benar begitu apakah mereka difahamkan bahawa Islam ini hanya baru wujud pada zaman Muhammad s.a.w. dan benarkah Islam tidak pernah wujud sebelumnya dan jika benar ucapan محمدارسولالله itu dhaman kepada Nabi Muhammad, kenapa pula Nabi Muhammad juga mengucap seperti kita mengucap sekarang. Dan kenapa pula Rasulullah tidak mengucap begini:
اشهدان لارىب فاعبدوفى الاالله واشهد انارسول الله
Yang lebih sesuai membawa kepada pengertian “Aku menaik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku menaik saksi bahawa akulah pesuruh Allah Pendek kata banyaklah lagi persoalan-persoalan yang harus ditanya oleh kita apabila kita melangkah dan berusaha mencari dan menggati pengertian Syuhadat yang sebenar. Justeru daripada itu marilah kita bersama membincangkan hakikat syuhadat mengikut pandangan hakikat dan makrifat. Dan marilah kita sama-sama mengganti makna hujung jatuh syuhadat itu sendiri, agar kita sama-sama dapat memahaminya dengan mendalam dan dapatlah pula kita berpegang dengan pemahaman kita itu.
Adapun kalimah Syuhadat itu adalah:
اشھدان لاالھ الاالله واشھدان محمدارسول الله
Dan sesungguhnya اشھدان لاالھ الاالله itu adalah dinamakan Syuhadat Tauhid. Dan kalimah واشھدان محمدارسول الله adalah dinamakan pula Syuhadat Rasul. Adapun kalimah اشھدان لاالھ الاالله dinamakan Syuhadat Tauhid, sebab di dalam kalimah tersebutlah kita bersaksi dengan sepenuh rasa bahawa tiada yang lain hanya Allah semata-mata tiada sekutu baginya di dalam segala-gala hal dan tiada sesuatu pun yang bercampur aduk dengannya kecuali Dia sedia-dia. Oleh itulah kita bersaksi dengan diri kita sendiri tiada yang nyata pada kita hanya Allah semata. kita nafi tubuh kita dan kita isbatkannya kepada nyatanya Allah semata-mata (diri batin kita). Adapun kalimah واشھدان محمدارسول الله itu dinamakan Syuhadat Rasul, Sebab pada kalimah ini kita’ melafazkan bersaksi bahawa yang menyampaikan dan menanggung diri rahsia Allah adalah محمد iaitu diri zahir kita dan dengan melafazkan kalimah tersebut maka berikrar dan bersaksilah kita dengan diri kita sendiri bahawa diri zahir kita tetap akan menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya buat selama-lamanya. Adapun hakikat ketuhanan itu adalah diri batin kita (Rohani) dan hakikat kerasulan itu adalah diri zahir kita (Jasmani). Diri batin adalah sebenar-benar diri yang menyatakan rahsia Tuhan dan untuk menyatakan diri rahsia Allah tersebut adalah diri zahir kita. Jadi diri zahir kitalah yang menyatakan rahsia ketuhanan Allah s.w.t. Oleh yang demikianlah diri zahir kita ini digelar Hakikat Rasul. Bila kita melafazkan kalimah
Tiada Nyata Hanya Allah
Dari sini jelaslah kalimah itu sudahlah terang bagi menyatakan tentang diri batin kita. Bila sahaja kita lafazkan kalimah tersebut dengan jelas kita memperakui dengan sesungguhnya bahawasanya “Tiada nyata hanya Allah” dialah rahsia Allah yang dikandung oleh tubuh zahir kita, Adapun kalimah: محمدارسولالله Pula adalah menyatakan diri kasar kita kerana hakikat bentuk manusia itu berhakikat dengan huruf محمد Justeru itu bila kita melafazkan kalimah
اشھدان لاالھ الاالله واشھدان محمدارسول الله
maka kalimah yang telah dilafazkan itu adalah meliputi pada menyatakan diri batin dan diri zahir kita (Rohani dan Jasmani) iaitu kita menyaksikan bahawa yang dikandung oleh diri kasar kita ini adalah diri rahsia Allah S.W.t. dan diri kasar inilah merupakan sarongnya.
Seperti firman Allah s .w.t. di dalam hadis qudsi:
“Manusia itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya”
Allah s.w.t. mengurniakan manusia untuk memegang dan bertanggung jawab terhadap rahsiaNya yang ditanggung oleh manusia itulah Allah s.w.t. telah memberi satu penghormatan besar terhadap kejadian manusia. Al-Quran :
Sesungguhnya Aku kurniakan manusia itu satu kejadian yang sebaik-baiknya
Kejadian manusia adalah satu-satu kejadian yang paling rapi. Elok tersusun pada zahir dan batin. Duduknya kemuliaan manusia adalah kerana manusialah sahaja kejadian Allah yang sanggup memegang rahasia Sedangkan sebelumnya Allah S.W.T. sendiri pernan menawarkan rahsia ini kepada langit bumi, bukit-bukau untuk menanggungnya. Tetapi semuanya makhluk kejadian tersebut tidak mempunyai kesanggupan untuk menanggungnya.
Seperti firman Allah di dalam AI-Quran:
Sesunguhnya rahsia Aku ini pernah Ku tawarkan kepada langit, bumi gunung-ganang tetapi mereka enggan menerimanya kerana takut mengabaikannya tetapi yang sanggup menerima adalah manusia“.
Dari itu bila kita mengucap:
اشھدان لاالھ الاالله واشھدان محمدارسول الله
Maka berertilah kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah semata-mata dan tubuh zahir kita ini adalah tukang
penyata pada rahsia. Adapun sembahyang itu adalah berdiri menyaksikan diri kita sendiri, kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa dan menanggung rahsia Allah s.w.t. Dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata-mata. Tiada sesuatu yang kita punya kecuali hak Allah semata-mata. Jika diibaratkan kita ini hanya sebagai sebuah kotak radio yang hidup dengan mengharapkan siaran dari stesyen besar semata-mata, perlu diingatkan bahawa berfungsinya radio tersebut kerana dapat menerima gelombang siaran dari stesyen besar. Jadi jika habislah siaran atau rosaknya penerimaan siaran sudah tentu kotak radio tersebut akan dibuang menjadi sampah. Maka begitulah Kita akan berguna disisi Allah, jika kita dapat menanggung amanah rahsiaNya itu dapat berfungsi dan bertindak mengenal diri kita sendiri. Kerana bila sahaja kita dapat mengenal diri kita, maka dengan itulah pula kita dapat mengenal diri Allah.
Seperti firman Allah di dalam Hadis Qudsi :
Barang siapa mengenal dirinya maka kenallah Tuhannya“.
Oleh itu jika kita tidak mengenal diri kita maka kita adalah lebih hina daripada sampah disisi Allah. Adapun Sembahyang itu bukan sekali bererti menyembah kerana bila sebut sembah, maka sudah tentu membawa pengertian bahawa ada yang menyembah dan ada pula yang kena sembah dan tiap-tiap yang disembah sudah pasti ada dihadapan yang menyembah. Justeru itu bagaimana halnya dengan Allah yang bersifat bersalahan dengan benda-benda itu wujud di hadapan untuk disembah dan jikalau Allah di hadapan maka ertinya Allah bertempat, Jika ini iktikad kita maka kafirlah jadinya. Lagipun bagaimana boleh dikatakan sembahyang itu boleh disifatkan sebagai menyembah sedangkan manusia itu sendiripun adalah diri rahsia Allah s.w.t.
Seperti firman Allah S.W.t. di’dalam Hadis qudsi :
Manusia itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya“.
Oleh itu maka dapatlah disimpulkan bahawa sembahyang itu sebenanya adalah satu istiadat menyaksikan diri sendiri dan sesungguhnya diri kita itu adalah diri Allah semata-mata, Seyogyanya di ingatkan bahawa keadaan yang dinyatakan di atas bukanlah sekali-kali kita boleh beriktikad bahawa Allah s.w.t. itu duduk di dalam diri kita. Jika kita beranggapan begitu maka kafir jadinya dan keadaan yang diterangkan di atas juga bukan sekali-kali boleh beriktikad bahawa diri batin kita (roh) itu Tuhan dan bertuhankan diri. Jika berbuat demikian kafir pula jadinya. Perlu pula di ingatkan bahawa kita ini adalah sebagai kotak radio yang menerima gelombang radio dan rahsia radio. Maka untuk menyatakan rahsia radio tersebut adalah stesyennya yang memancar siarannya ke kotak radio. Maka berbunyilah radio sepertimana siaran asalnya di stesyen besar. Begitufah dengan Allah. Dia memuji diriNya dengan diri rahsiaNya yang dikandung oleh manusia.
Seperti firman Allah di dalam Hadis qudsi yang bermaksud:
Aku suka mengenal diriKu sendiri, Lalu Aku jadikan makhluk ini, Lalu Aku perkenalkan diri Aku Kepada mereka dan lalu mereka pun mengenal Aku“.
Bermula yang dimaksudkan dengan makhluk di dalam Hadis qudsi di atas adalah manusia. Adapun yang dikatakan sembahyang itu berdiri menyaksikan diri kerana semasa sembahyang kita wajib berkata
اشھدان لاالھ الاالله واشھدان محمدارسول الله
Bersaksilah aku tiada yang nyata kecuali Allah (diri batin)”, dan bersaksilah aku bahawa (diri zahir) itu adalah penyata rahsia Allah (diri batin)”. Di sini terang dan jelaslah bahawa kalimah penting itu dilafazkan oleh kita bagi tujuan supaya kita menilik diri kita dengan mata hati kita bahawa akulah yang membawa rahsia Allah dan kita tilik dengan mata zahir dan batin kita bahawa kita adalah Allah semata-mata tiada sesuatu pada kita hanya Allah semata-mata. Ucapan penyaksian ini bukanlah sahaja dilafazkan oleh lidah malahan dikatakan bersama oleh semua anggota zahir dan batin kita. Masing-masing serentak berdiri menyaksikan diri adalah Allah semata-mata. Maka disaat melafazkan syuhadat tersebut, maka gementarlah seluruh tubuh, jiwa raga orang-orang ariffinbillah, dan maka disaat itu terasalah oleh mereka satu kelazatan yang amat sangat. Tiada bahasa yang boleh diterangkan di sini, kecuali diketahui sendiri oleh mereka yang pernah mengalami dan sampai pula ke martabatnya. untuk menegaskan hal di atas Allah s.w.t. telah berfirman
di dalam Al-quran:
Sesungguhnya bagi mereka yang beriman apabila sahaja disebut Allah, nescaya bergetarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat-ayatNya maka bertambahlah iman mereka dan kepada Allah mereka bertawakal“.
Iaitu bersaksilah aku dengan telinga aku, mata aku, otak aku, kulit aku, daging aku, kaki tangan aku dan seluruh tubuh zahir dan batin aku. Tiada yang nyata kecuali Allah jua. Ertinya aku melihat dan mendengar dengan penglihatan Allah dan pendengaran Allah, tiada aku merasa Allahlah merasa, Tidak aku berkehendak Allahlah berkehendak, tidak aku berkuasa Allahlah berkuasa, Tidak-tidak …………….. tidak-tidak ……………….. Hanya Allah semata-mata. Pendek kata semua pelakuan kita hendaklah dilihat pada pandangan sepenuhnya kepada Allah semata-mata.
Seperti firman Allah s.w.t.
“Di mana saja kamu berhadap disitulah wajah Allah”.
Cara ini adalah dengan kita menafikan diri kita yang zahir ini dan kita mengisbatkan diri kita yang batin.
Adapun:
واشھدان محمدارسول الله
Dan bersaksilah aku bahawa diriku yang zahir ini adalah menanggung diri rahsia Alah semata-mata
Di dalam kalimah ini kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa diri kita jasmani inilah yang menanggung dan membawa rahsia Allah (diri batin) dan diri kita yang zahir inilah juga yang menjadi dalil awal akan wujudnya Allah Tuhan semesta alam. Dengan yang demikian fahamlah kita bahawa kalimah Syuhadat itu adalah kalimah hakikat yang menyatakan penyambungan di antara badan jasmani dengan badan rohani kita, ianya tidak boleh dipisahkan dan diceraikan di antara satu dengan lain. Oleh kerana kita faham dengan hujung jatuh kalimah Syuhadat itu adalah hakikat penyambungan di antara Rohani dan Jasmani. Maka setengah ulama’ berpendapat bahawa adalah tidak wajar bagi kita untuk melafazkan kalimah Syuhadat tersebut secara mewakafkan bacaan di mana-mana bahagian kalimah dua kalimah Syuhadat tersebut. Adalah tidak wajar kita mewakafkan di kalimah Allah seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang-orang jahil di dalam hakikat dua kalimah Syuhadat. Kerana pada hakikatnya kita telah mengetahui bahawa tubuh kalimah dua Syuhadat tersebut adalah gabungan Rohani dan Jasmani kita. Oleh yang demikian jika kita melafazkan dengan mewakafkan kalimah tersebut, mana-mana bahagian kalimah iaitu tidak dibaca secara terus di dalam satu nafas
Maknanya : Allah itu berdalilkan Muhammad dimana Allah itu dikandung oleh Muhammad. Tiada nyata Allah, tanpa zahirnya Muhammad. Sesungguhnya Muhammad itulah penyata bagi diri Allah.
Allah menyatakan DiriNya dengan manusia yang bernama Muhammad.
Maka bererti pada hakikatnya kita telah cuba memisahkan diri kita. yang zahir dengan diri kita yang batin. Lantaran itu kalimah Syuhadat ini hendaklah dilafazkan dengan cara terus di dalam satu nafas tanpa diwakafkan di mana-mana bahagian kalimah dan di samping itu hendaklah dibaca dengan perlahan, panjang dan teratur mengikut sebutan huruf baris masing-masing supaya kelazatan kalimah penyaksian ini dapat dirasai sepenuhnya oleh kita sebagaimana yang pernah dinikmali oleh orang-orang Ariffinbillah.
(Sila lihat contoh bacaan di bawah).
Adapun ucapan dua kalimah syuhadat yang hanya dilafazkan dimulut tanpa mengerti apakah sebenarnya hakikat Syuhadat tersebut adalah dinamakan Syuhadat tanda. Hujung jatuh akan hakikat Syuhadat tanda ini adalah bertujuan supaya satu-satu masyarakat yang mengaku diri mereka Islam turut sama mengiktiraf bahawa manusia yang mengucap dua kalimah Syuhadat semacam tadi adalah berugama Islam seperti mereka jua. Tetapi sebenarnya Syuhadat sedemikian itu adalah kosong dan tidak memberi erti apa-apa serta tidak bermaya.
Ertinya jika diibaratkan Besi. Maka Besi semacam itu adalah Besi Tawar yang tidak pernah mengerti apa makna tajam. la hanya semata-mata bergelar Besi tetapi tidak berguna untuk apa jua pun, kerana perlu ditegaskan bergunanya besi pada sebatang pisau itu adalah kerana tajamnya. Kerana tajam itulah Sebenar-benar tubuh Besi itu. Justeru itu maka bagi mereka yang hanya mengerti melafazkan dua kalimah Syuhadat tetapi jahil daripada mengerti hakikat Syuhadat, maka manusia sebegini adalah manusia “Islam kerana manusia”, dan ianya bukan sekali-kali “Islam kerana Allah” dengan itu maka untuk menjadi Islaminallah, maka seseorang itu haruslah mengetahui dan memahami serta dapat duduk pada hakikat syuhadat sebenarnya. Manusia yang bersyuhadat tanda adalah manusia yang mengaku, bahawasanya dirinya adalah Islam tetapi pada hakikatnya kosong tiada berisi apa-apa. Mereka tidak merasai tanggungjawab terhadap dirinya dan terhadap Tuhannya. Mereka kosong seperti sebiji padi yang tidak berisi hampa, ianya tidak tahan untuk menghadapi ujian Allah dan bergerak mengikut arus tanpa haluan. Bila sahaja ditiup angin ujian nescaya terbanglah ia mengikut arusnya. Dan manusia ini tidak mungkin mendapat petunjuk daripada Tuhannya dan rugi. Di samping itu bolehlah kita gelarkannya sebagai manusia Islam kulit. Mereka ini tidak mempunyai pegangan malahan pegangannya adalah bergantung terus kepada pegangan manusia lain. Mereka juga bolehlah dianggap sebagai burung Tiong yang pandai berkata-kata tetapi dia sendiri tidak memahami apa yang dicakapkannya. Oleh itu janganlah kita menjadi besi tawar atau burung Tiong yang cuba menjadi demikian, wahai anak eucuku aku berwasiat kepadamu sekelian fahamilah ini baik-baik kerana ianya adalah pokok atau asas kalimah untuk kita dengan Allah s.w.t Kalimah pokok yang menjadi tunjang kepada ilmu Ketuhanan dan asas untuk membezakan kita dengan haiwan-haiwan yang lain.
Cara bacaan yang salah :
Cara bacaan yang benar :

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq