Hakikat Insan – Jalan Kematian

 

BAB 16 
JALAN KEMATIAN

Ingatlah bahawa setiap yang hidup dan bernafas akan menghadapi mati dan ianya tetap datang apabila sampai masa yang telah-dijanjikan dan ianya tidak boleh lagi ditangguh-tangguh walaupun sesaat.
Seperti Firman Allah : Al-Ankabut : 57
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ ۗ ثُمَّ اِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
Tiap-tiap yang berjiwa (bernyawa) itu akan merasai mati, Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembaikan
Oleh itu:
“Wahai saudara 
Hendaklah ingati 
Dirimu itu akan kembali 
Menemui Tuhan 
Menuntut janji 
Di saat ketika, di suatu hari 
Sakratul-maut 
Akan menghampiri 
Nescayalah kita menemui mati”.
Adapun yang dimaksudkan dengan mati adalah kembalinya diri rahsia kita kepada Allah Taala dan tamatnya perkhidmatan kita menjaga, menanggung dan mengembalikan diri rahsia Allah kepada diri Empunya Diri dan kita akan terus hidup di satu alam yang baru dan kekal hidup buat selamanya. Di samping itu juga perlu diingatkan bahawa kematian tidak pernah mengenal tua atau muda, miskin atau kaya, alim atau jahil, bodoh atau cerdik, raja atau rakyat bila sahaja sampai saat ketikanya maka manusia itu tetap akan menghadapi maut.
Seperti Firman Allah : Al-Jumu’ah : 8
قُلْ اِنَّ الْمَوْتَ الَّذِيْ تَفِرُّوْنَ مِنْهُ فَاِنَّهٗ مُلٰقِيْكُمْ
“Katakanlah. sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya. maka sesungguhnya kematian itu akan tetap menemui kamu”
Dan firman Allah lagi : Yunus : 49
اِذَا جَآءَ اَجَلُهُمْ فَلَا يَسْتَئۡخِرُوْنَ سَاعَةً وَّلَا يَسْتَقْدِمُوْنَ
Apabila telah datang ajal. maka mereka tidak dapat ditangguh walaupun sesaat dan tidak pula mendahulukannya
Banyak dari kalangan kita berkata bahwa kita tidak akan mengetahui bila seseorang itu akan menghadapi mati, tetapi sebenarnyajika kita mempelajari bersungguh-sungguh dan berjaya pula menyucikan diri kita dengan Allah s.w.t. dan sampai pula kepada martabat makrifat dengan Allah Taala nescaya kita akan diberitahu akan masa kematian kita. Bagi orang-orang hakiki dan makrifat dengan Allah Taala, orang·orang ariffin billah dan wali-wali Allah, mereka diberitahu. Di alam ilmu ghaib melalui Laduni tentang berita kematian mereka atau lebih dikenal oleh para Tasauf sebagai perintah kembali. Biasanya perintah kembali ini akan diperolehi oleh mereka setahun sebelum saat kematiannya. Pada kelazimannya mereka menerima notis kematian itu melalui Laduni sebanyak 5 kali di dalam masa hidupnya.
1. Setahun sebelum mati.
2. 6 bulan sebelum mati
3. 100 hari sebelum mati
4. 40 hari sebelum mati.
5. 7 hari sebelum mati dan seterusnya bergantung kepada mertabat seseorang.
Berita kematian melalui Laduni itu akan disambut oleh para ariffin billah dengan senyum senang dan lapang sekali walaupun sepatutnya disaat itu merupakan sesuatu saat cemas yang harusditempuh oleh mereka. Notis kematian ini adalah merupakan satu anugerah besar kepada para-para ariffin billah untuk mereka membuat persiapan akhir bagi menyerahkan amanah diri rahsianya kepada diri Empunya Diri Tuhan semesta alam dan sesungguhnya berbahagialah bagi mereka yang mendapat notis tersebut. Adapun alamat atau petua tanda-tanda seseorang itu akan menghadapi mati seperti yang pernah diterangkan oleh beberapa orang ulama Tasauf di antaranya Tok kenali Kelantan adalah seperti berikut :
1. Jika bergerak sekalian tubuh dan merasai suatu nikmat yang amat sangat itulah tanda satu tahun lagi kita akan mati. maka bertaubatlah banyak-banyak.
2. JiKa bergerak pusat ini, bermakna 40 hari lagi kita akan mati.
3. Jika bergerak jantung ini, bermakna 20 hari lagi kita akan mati.
4. Jika bergerak (gentar) dari pusat menghala naik hingga ke ubun·ubun kita dan berpatah balik (turun balik) dan berhenti di buku leher sama tengah dengan halkum kita berserta dengan satu nikmat yang amat sangat rasanya, ini bermakna 7 hari lagi kita akan mati.
5. Jika bergerak anak lidah ini bermakna 5 hari lagi kita akan mati.
6. Jika bergerak ھى مطلق ataupun ق قوسر iaitu di antara dua kening kita dengan suatu nikmat yang amat sangat rasanya. ini bermakna tiga hari lagi kita akan mati.
7. Jika bergerak dahi kita ini bermakna dua hari lagi kita akan mati.
8. Jika bergerak ubun-ubun kita di antara waktu Zohor dengan Asar, ini bermakna satu hari lagi kita akan mati.
9. Jika bergentar pusat terus menghala ke hujung salbi lalu terus bergerak menghala ke arah tulang belakang dan terus naik ke ubun-ubun kita, maka dengan kuasa Allah sampailah saatnya kita meninggal dunia yang fana ini dan kembalilah ke hadrat Allah s,w.t.
Firman Allah : Al-Baqarah : 156
قَالُوْۤا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـاۤ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ
“Daripada Allah kita datang, maka kepada Allah kita kembali”
Adapun ketika kita menghadapi sakaratul maut. maka kita akan menghadapi beberapa rupa yang amat banyak. Jika datang rupa yang hitam itu adalah iblis. maka adalah wajib kita berkata :

Jika datang rupa merah maka itu adalah Nasrani, maka hendak juga mengucap:

Jika datang rupa kuning maka itu adalah Yahudi. maka mengucaplah :

Malahan jika datang mana-mana rupa yang tidak berwarna putih (rupa putih), maka wajiblah kita mengucap :

Maka apabila sahaja datang rupa berwarna putih iaitu rupa Nabi s.a.w., maka hendaklah kita mengucap :
Semoga Allah menjadikan aku orang mukmin yang sebenar“.
Ingatlah wahai semua insan, kedatangan rupa-rupa yang di bayangkan di atas hanya sekali sahaja dan kedatangan mereka tidak menentu. Cuma tugas kita adalah menunggu rupa putih iaitu rupa Nabi Muhammad s,a.w. dan berkatalah kita:
Setelah itu datanglah Sakaratulmaut berdiri ke pihak kepala kita di antara kedua keningnya ( ق قوسر ) bercahaya seperti bulan penuh purnama memenuhi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan di dalamnya seperti rupa kita sendiri. Adapun rupa Sakaratul-maut itu adalah berwarna hening (macam cermin kosong), bentuk rupa manusia dan wajahnya adalah seperti wajah kita jua (memang ianya betul-betul seperti wajah kita), di antara kedua-dua keningnya bercahaya seperti bulan, kita dapat pula melihat wajah kita di dalam tubuhnya. Adapun bagi orang-orang makrifat dan sampai pula martabatnya serta orang ariffin billah dan wali-wali Allah apabila sampai masa saat menghadapi sakaratul-maut, maka tidak sesiapapun yang dapat mengambil nyawanya kecuali Tuhannya sendiri dengan menunjukkan wajah rupanya, seperti yang pernah dilihat oleh Rasulullah ketika Mikraj dan Nabi Musa a.s. ketika munajat di bukit Tursina. Tidaklah boleh dibayangkan, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui, maka di saat itu dibukakan penglihatan dengan penglihatan makrifat Allah dengan ilmu yang amat sempurna. Maka di saat menghadapi sakaratul-maut itu hilanglah segala kesakitan yang dahsyat itu dan lekalah kita dengan pandangan makrifat sehingga kita tidak mengetahui yang kita ini telah terpisah di antara roh dan jasad. Adapun rupa Rasulullah yang datang kepada kita ini, iaitu ketika kita menghadapi Sakaratul-maut adalah amat elok sekali, tiada bandingan di alam maya ini, itulah rupa putih yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang ariffin billah di saat kematiannya. Alangkah bertuahnya kita jika kita dapat menemui mati dengan penuh ketenangan seperti yang pernah dihadapi oleh para Aulia, Rasulullah dan para wali-wali Allah yang lain.
Akhir Kalam marilah kita renungi kala-kata seorang ulama Tasauf yang berbunyi:
“Mati itu tiada sakat, Setiap had bertambah dekat, Umpama ikan terlekat di pukat, Sekadar menanti tuannya angkat”.

Sirrul asror

Rahsia Ilmu Huruf (Abjad)

Kitab Babul Haq Tanda-Tanda Sakaratul Maut

KITAB SIRRUL ASRAR

Kitab Babul Haq Nama Allah Pada Tubuh Manusia

Kitab Babul Haq Derajat Hakikat

Mengenal Diri Mengenal Allah-Al-Fatehah, Solat & Pecahan Diri

Kitab Babul Haq Dua Kalimah Syahadat

Pengertian, sejarah dan macam-macam tarekat

Kitab Babul Haq